Sadio Mane Menjelaskan Mengenai Saat Yang Sukar Dalam Kariernya Di Liverpool

Pemain sayap itu menjawab semua persoalan mengenai prestasi beliau dengan jaringan hatrik ketika menentang Porto awal pagi semalam.

Dan beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah hilang keyakinan terhadap kebolehan beliau ketika melalui saat sukar dalam kariernya.

Mane menjadi pemain kedua yang menjaringkan hatrik di gelanggang lawan dalam kancah Eropah selepas Michael Owen, sekaligus mencatatkan jaringan peribadinya ke 12 musim ini dan beliau mahu menjaringkan lebih gol lagi selepas ini.

Menurut Mane :

“Secara jujurnya saya gembira dapat menjaringkan gol hatrik”.

“Sebelum ini ianya saat sukar buat saya namun ianya sebahagian dari bolasepak dan semua itu boleh terjadi. Saya tidak pernah meragui kebolehan saya ketika itu, saya tahu saya mampu membantu pasukan dan saya sentiasa berusaha keras dalam latihan”.

“Sebagai pemain ianya bukan mudah buat saya. Namun saya tetap tenang, walaupun tidak beraksi kerana ianya tugas saya dan saya harus lakukannya”.

Kecederaan dan penggantungan 3 perlawanan ketika menentang Man City merencatkan sedikit rentak Mane untuk membina momentum prestasi lebih awal musim ini.

Jurgen Klopp turut menjelaskan keyakinan beliau terjejas teruk apabila beliau menyebabkan pasukan terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol semasa menentang Everton Disember lepas.

Namun begitu Klopp tetap menurunkan beliau untuk mengembalikan keyakinannya dan ianya terjawab semasa aksi menentang Porto awal pagi semalam.

Tambah Mane :

“Ianya sebahagian dari bolasepak. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan situasi itu namun ianya boleh berlaku kepada semua pemain. Dalam fikiran saya, saya bertenang dan membiarkan masa menentukan”.

“Kami mempunyai beberapa perlawanan penting dalam beberapa minggu lagi dan kami harus bersedia untuk itu”.

ADMIN

Kami sentiasa percayakan setiap pemain yang diturunkan oleh Klopp dan Mane telah berjaya mengatasi memori sukar beliau buat masa sekarang.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman