Sadio Mane : Saya Gembira Di Liverpool, Namun Impian Saya Adalah Menjulang Kejuaraan UCL

Beliau bercakap mengenai masa depannya di Liverpool dengan pasukan kebangsaan Senegal bersedia menghadapi Piala Dunia 2018.

Dan beliau juga menyatakan beliau sangat gembira di Liverpool meskipun sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke ‘pasukan terbaik di dunia’ iaitu Real Madrid.

Namun beliau juga tidak menolak untuk mempertimbangkan masa depan beliau di tempat lain di mana impiannya adalah untuk menjulang kejuaraan UCL.

Mane merupakan penjaring gol tunggal untuk Liverpool ketika perlawanan akhir UCL di mana The Reds hanya dinobatkan sebagai Naib Juara ketika perlawanan dilangsungkan di Kiev bulan lepas.

Terdapat laporan akhbar dari France menyatakan bahawa Mane telah bersetuju secara prinsipal untuk menyertai Real Madrid sebelum Zinedine Zidane meletakkan jawatan sebagai pengurus Real Madrid.

Dan apabila diajukan soalan itu menerusi sidang media pasukan Senegal, Mane berkata :

“Saya amat gembira di Liverpool dan kontrak saya di sini berbaki 3 tahun”.

Ditanya mengenai samada beliau akan kekal di Anfield, Mane berkata :

“Saya sudah jelaskan, saya amat gembira di Liverpool. Namun anda tidak dapat meramal apa yang terjadi pada masa hadapan. Saya mahu menjulang kejuaraan, terutama kejuaraan UCL”.

Mengenai kekalahan ke atas Real Madrid, Mane berkata :

“Secara jujurnya, kekalahan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Kelab berusaha keras untuk merebut kejuaraan itu, namun Real Madrid adalah pasukan yang terbaik pada hari itu”.

“Kami telah tewas kepada pasukan terbaik di dunia. Namun fokus saya sekarang untuk beraksi dengan baik bersama Senegal dan berjaya dalam kancah Piala Dunia ini. 

Senegal diletakkan dalam kumpulan H bersama sama pasukan Colombia, Jepun dan juga Poland, di mana perlawanan pertama adalah menentang Poland pada Selasa depan.

“Saya tidak tertekan. Malah saya gembira dapat turut serta bermain dalam kejohanan ini bersama pemain lain”.

“Saya tidak melihat di saya sebagai salah seorang bintang, namun saya menganggap diri saya sebagai salah satu ahli pasukan yang mahu membantu skuad mencatat kejayaan dalam Piala Dunia.”

ADMIN

“Dalam” sungguh hajat Sadio Mane itu. Menjulang kejuaraan, mungkin sesuatu yang Klopp dan Liverpool perlu usahakan musim hadapan.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman