Sadio Mane : “Saya Tidak Meniru Gaya Firmino, Beliau Yang Memaksa Saya Melakukannya!”

Pemain ini diusik oleh peminat Liverpool kerana meraikan jaringan serupa dengan Firmino.

Dengan kedua dua pemain ini menjaringkan hampir 50 gol musim ini, terdapat banyak gaya bagaimana mereka berdua meraikan jaringan bersama Liverpool ketika itu.

Bersama sama Mo Salah, mereka memperagakan bagaimana tajamnya gandingan mereka bersama Liverpool apabila 91 gol sahaja terhasil oleh mereka bertiga musim ini.

Dan ketika Mane meraikan jaringan ke 20 beliau musim ini, beliau mendedahkan bahawa pemain gaya tarian dan pergerakan ketika meraikan jaringan itu adalah atas pujukan Firmino itu sendiri.

Mereka berdua sering bersama ketika jaringan dilakukan, namun gaya meraikan jaringan itu adalah hasil daripada Firmino itu sendiri.

Mane telah “diusik” oleh peminat Liverpool selama ini kerana meniru gaya meraikan jaringan, terutama ketika menentang Porto dalam kancah UCL lepas.

Menurut Mane menerusi rakaman DVD Liverpool FC 2017 2018 :

“Roberto adalah pemain yang suka menari sepanjang masa dan beliau sering memaksa saya untuk menari bersamanya”.

“Saya cuba melakukan yang terbaik namun saya tidak sebagus dia”.

“Beliau bertanya, kenapa anda tidak menari seperti kita katakan sebelum ini?”.

“Saya berkata kembali; Hey Bobby …. Saya pemalu dan saya tidak sebagus kamu”.

“Dan Firmino berkata semua, marilah kita meraikannya. Kita harus lakukannya dan ianya sesuatu yang menyeronokkan”.

Firmino dan Mane berada bersama skuad kebangsaan masing masing ketika ini dalam kancah Piala Dunia 2018.

Firmino diturunkan dari bangku simpanan ketika Brazil seri 1 – 1 ke atas Swizerland dan Mane membantu Senengal mencatatkan kemenangan pertama ke atas Poland.

ADMIN

Sesuatu yang jarang kita lihat, pemain lain cuba meniru gaya meraikan jaringan rakan sepasukan.

Memang rakan sepasukan pun panggil dia Bobby eh …  Hahaha.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman