Sadio Mane Tidak Sabar Untuk Turun Semula Dalam Merseyside Derby

Liverpool melakukan ‘sesi pemanasan’ ketika mengesahkan slot ke Pusingan Kedua Kalah Mati UCL dengan bergaya.

Dan pemain ini juga tidak sabar untuk diturunkan dalam aksi Merseyside Derby setelah membantu Reds menjaringkan 2 gol ketika perlawanan awal pagi tadi.

Menurut Mane :

“Ianya perlawanan yang amat penting buat kami”.

“Kami beraksi di gelanggang sendiri dan peminat wajar mendapatkan kemenangan ini menerusi aksi kami”.

Selain itu, Sadio Mane turut memuji sumbangan pemain lain yang membantu pasukan mencatatkan kemenangan penting buat Liverpool.

“Saya sangat gembira beraksi bersama mereka sepanjang di Liverpool”.

“Saya seronok bermain bersama mereka, mereka faham cara permainan saya. Semua pihak berkata mengenai kami, dan sebenarnya usaha seluruh pasukan adalah segala galanya”.

“Tanpa mereka kami tidak akan mendapat keputusan sebegini dan ianya mengenai semua pihak. Semua pemain beraksi dengan baik hari ini”.

“Kami bermain dengan baik dan layak untuk menang kerana kami banyak mencipta peluang dan tidak dibolosi”.

ADMIN

Satu tiupan semangat dari Sadio Mane untuk ahli pasukan supaya mengulangi pencapaian ini menjelang pertemuan Merseyside Derby.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts