Sah : Bon Jovi Akan ‘Bermain’ Di Anfield Pada 2019

Lagenda rock Amerika Bon Jovi, akan turun ke Anfield pada 19 Jun 2019, kembali semula ke Liverpool buat kali pertama dalam masa 33 tahun.

Anfield merupakan persinggahan pertama bagi ‘This House is not For Sale Tour’, juga yang pertama di United Kingdom selepas 6 tahun.

Kata Jon Bon Jovi, mereka sangat berbesar hati dapat beraksi di Anfield dan perkara pertama yang akan beliau sendiri lakukan adalah untuk bergambar di bawah tanda ‘This is Anfield’.

Tambahnya lagi, dengan pertunjukan yang besar, jangkaan puluhan ribu orang bersatu menjadi satu, dan itulah yang bakal mereka lakukan.

Sejarah tiga dekad Bon Jovi telah menyaksikan mereka menjual lebih daripada 130 juta rekod dan terpahat namanya dalam Rock and Roll Hall of Fame.

Turut serta bersama nanti, artis jemputan istimewa adalah, Manic Street Preachers.

Admin :

Anfield semakin menjadi pilihan. Kerana kehebatan bola sepaknya sama mungkin.

Menggamit ramai artis terkemuka dunia untuk beraksi dalam Anfield, merasai sama aura kehebatan Anfield itu sendiri.

Sebelum ini P!nk, yang turut sama akan mengadakan konsert di Anfield !

Anfield Akan Berubah Dari ‘Red’ Kepada ‘Pink’

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds