Sah : Divork Origi Dipinjamkan Ke Wolfsburg Setahun Tanpa Klausa Pembelian

Pemain berusia 22 tahun ini disahkan berpindah ke Wolfsburg semusim untuk meneruskan kariernya di sana.

Divork Origi telah jaringkan 22 gol dalam 71 penampilan.

Kali terakhir adalah sebagai pemain gantian dalam perlawanan pertama Wolfsburg. Sehingga kini, Origi tidak pernah bermain dalam perlawanan liga atau Liga Juara Eropah.

Bahkan tidak disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam 2 perlawanan terakhir.

Ini menjadikan Spurs dan West Brom berminat mendapatkannya. Namun, Origi mahu untuk bermain di kelab luar England.

Marseille dan Werder Bremen turut mahukan Origi. Tetapi Wolfsburg telah berikan tawaran yang terbaik untuk pasukan dan karier pemain.

Harga pinjaman adalah sekitar £6 juta selama setahun dan Wolfsburg bersetuju untuk membayar keseluruhan gajinya yang diterimanya di Liverpool sekitar £50,000-70,000 seminggu.

Tiada sebarang klausa pembelian mutlak oleh kelab tersebut. Dan dilaporkan mempunyai klausa “recall” pada Januari nanti jika Klopp mahukannya.

Wolfsburg juga menawarkan tempat selaku kesebelasan utama, penting untuk perkembangan karier Divork Origi.

Kehadiran Dominic Solanke benar-benar “memaksa” Liverpool untuk lakukan perpindahan ini.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Divork Origi.

Related posts