Sah: Mahmadou Sakho Berpindah Ke Crystal Palace Bernilai £ 26 Juta

Tamatlah karier salah satu pemain kegemaran peminat Liverpool.

Crystal Palace dan Liverpool telah bersetuju untuk hargaperpindahan pemain itu bernilai £26 Juta.

Liverpool menolak tawaran asal Palace pada harga £22 juta dan £3 juta tambahan beberapa hari lepas.

Tetapi, pada kali ini, Liverpool bersetuju dengan harga tersebut

Karier Mahmadou Sakho sangat pudar di Liverpool. Kali terakhir Sakho bermain dalam skuad utama adalah menentang Man Utd dalam Piala Europa , April 2016. Skandal bahan terlarang menyaksikan Sakho tidak bermain selepas itu termasuk Piala Negara Eropah 2016.

Beberapa bulan selepas itu, Sakho dilepaskan dari tuduhan dan boleh bermain.

Sakho dibawa ke Amerika pada pra-musim lepas. Ketika itu beliau cergas dan mampu untuk jalani pra-musim itu.

Secara tiba-tiba pemain antarabangsa Perancis ini dihantar balik ke Melwood. Dikhabarkan Sakho cedera. Tetapi rupanya ada konflik dengan Jurgen Klopp.

Dilaporkan atitud Sakho tidak digemari Klopp kerana beberapa kali datang lewat ke latihan dan waktu makan.

Detik hitam berterusan dan Sakho hanya diperimtahkan untuk bermain di Skuad Bawah 23.

Antara memori manis Sakho sudah tentulah gol ketika menentang Dortmund dalam perlawanan Europa.

Ketika ini Sakho akan berlepas ke London untuk sempurnakan medikal dan dokumentasi.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Sakho.

Related posts