Sah – Neil Redfearn Dilantik Liverpool Sebagai ‘Pengurus Baru’

Ya !
Neil Redfearn telah sah diumumkan Liverpool sebagai pengurus yang baru bagi Liverpool Ladies.

Bekas jurulatih Doncaster Rovers Belles menandatangani perjanjian untuk memimpin skuad Liverpool Ladies bagi kempen 2018-19.

Jelas Redfearn, ini merupakan satu keistimewaan dan penghormatan yang besar untuk beliau, setelah dilantik sebagai pengurus Liverpool Ladies yang baru.

Yang mana menurut beliau lagi, skuad Liverpool Ladies adalah sebuah pasukan yang mempunyai potensi besar dalam cabaran merebut trofi secara tetap.

Jelasnya lagi, Kelab Bolasepak Liverpool adalah kelab besar dan beliau yakin untuk bersaing sehingga penghujung Liga Super Wanita bagi musim 18/19 nanti.

Dengan beliau diberi peluang ini sejak awal sebelum bermulanya musim baru, semestinya tidak sabar untuk memulakannya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif LFC, Peter Moore turut berkata, dipihak Liverpool sendiri sangat gembira untuk melantik Neil Redfearn sebagai pengurus Liverpool Ladies yang baru dan mempunyai keyakinan dalam keupayaannya untuk membawa kejayaan kepada pasukan wanita.

Dengan Moore sendiri akui, setelah bercakap dengan Redfearn, beliau begitu kagum dengan keghairahan semangat, keinginan dan cita-cita pengurus baru tersebut, untuk mencapai kejayaan buat kelab.

Dan semestinya Redfearn adalah calon sebenar yang cemerlang dan Liverpool gembira untuk memilikinya.

Admin :

Kedudukan Liverpool Ladies bagi musim 17/18.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds