Salah, Mane dan Grujic Akan Menyertai Skuad Liverpool Ke Amerika Syarikat

Buat masa sekarang mereka sedang menikmati waktu cuti selama 3 minggu selepas pasukan kebangsaan mereka tersingkir awal dari Piala Dunia.

Ketiga tiga pemain ini telah menyertai skuad kebangsaan masing masing dalam kancah Piala Dunia 2018 dengan negara Mesir, Senegal dan Serbia telah tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Mereka akan menyertai skuad Liverpool semula sejurus sebelum mereka berlepas ke Amerika Syarikat pertengahan bulan ini untuk sesi kunjungan pramusim di sana.

Liverpool kini berada di fasa pertengahan dalam siri 4 perlawanan persahabatan dengan kelab di England dengan telah menentang Chester dan Tranmere.

Kemudian mereka akan menentang Bury pada hari esok dan akan berkunjung ke Blackburn pada 19 Mac sebelum berlepas ke Amerika Syarikat.

Di sana, Liverpool akan terlibat dalam pertandingan pramusim iaitu kempen International Champions Cup 2018.

Menurut Klopp :

“Ianya permulaan buat mereka”.

“Mereka menikmati cuti mereka dan akan kembali menyertai kami sebelum berlepas ke USA. Mereka hanya bercuti 3 minggu jadi mereka tidak kehilangan prestasi semasa dengan begitu banyak”.

“Kami akan memantau perkembangan mereka dan kita akan lihat samada mereka boleh terlibat secara langsung. Mereka akan berada di sana. Pemain lain akan menyertai kami kemudiannya”.

Liverpool akan menentang Borussia Dortmund pada 22 Julai, diikuti dengan perlawanan menentang Man City pada 26 Julai.

Pertembungan yang dinantikan adalah perlawanan menentang Man United pada 28 Julai, di mana dijangka menarik penonton sehingga 100,000.

ADMIN

Diharap Mo Salah, Sadio Mane dan Marko Grujic dapat memperagakan aksi sebenar dalam siri perlawanan di Amerika Syarikat nanti.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman