Sam Dyche Dilihat “Bertengkar” Pula Dengan Jurgen Klopp

Jurgen Klopp baru baru ini didenda £8000 di atas kesalahan meraikan jaringan di dalam padang ketika perlawanan menentang Everton.

Dan beliau hampir terlibat dengan kontroversi sekali lagi dengan Liverpool ketika ini kembali merapati Man City di takhta liga.

Sam Dyche ketika itu bercakap sesuatu dengan Klopp ketika kedua dua pengurus itu menuju ke bilik persalinan setelah tamat perlawanan.

Pengurus Clarets itu berjabat tangan dengan Klopp sebelum itu namun berbisik sesuatu kepada beliau sejurus selepas itu.

Kedua dua pengurus itu dilihat bercakap sesuatu sambil memberikan penghargaan kepada penonton.

Jurgen Klopp kemudiannya mahu penjelasan dari Sam Dyche namun pengurus Burnley itu hanya menggoyangkan jari sebelum masuk ke bilik persalinan masing masing.

Berikut adalah kenyataan Sam Dyche semasa temuramah :

“Saya hanya berkata Tahniah”

Ianya satu perlawanan yang mendebarkan buat Liverpool apabila suatu masa ketinggalan di belakang hasil jaringan Jack Cork.

Namun James Milner dan Roberto Firmino mengubah situasi perlawanan dan gol Shaqiri di lewat permainan memastikan 3 mata buat Liverpool.

ADMIN

Entah apa yang diperkatakan pengurus Burnley itu kepada Klopp.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman