Satu Lagi Penjaga Gol Keluar Sebagai Pemain Pinjaman

Liverpool Fc telah mengumumkan pemergian penjaga gol lain iaitu Shamal George yang bakal menyertai Tranmere Rovers sehingga Januari 2019.

George, yang juga telah menandatangani kontrak baru dengan Reds hari ini, menjadi pemain gantian untuk Tranmere pada separuh masa dalam perlawanan persahabatan mereka menentang Fleetwood Town lalu.

Pemain berusia 20 tahun yang berasal dari Wirral ini telah berada di Liverpool sejak 2009.

Lebih menarik, dia telah melakukan debutnya untuk Liverpool di bahagian hadapan ketika menentang Huddersfield bagi menggantikan Lucas Leiva yang cedera pada jelajah pramusim 2016.

Shamal George dimasukkan pada pramusim 2016 sebagai pemain serangan.

Pada musim lalu, dia telah menghabiskan masa dipinjamkan ke Carlisle, berjaya membuat empat penampilan untuk kelab yang dijuluk The Cumbians.

Pengurus Tranmere Micky Mellon berkata:

“Kami gembira dapat membawa Shamal ke dalam pasukan kami sebagai pemain pinjaman. Selama 45 minit dia bermain pada hari Sabtu lalu, anda dapat melihat keupayaannya sebagai penjaga gol dan keyakinan yang dimilikinya.”

“Kami tidak sabar untuk melihat lebih banyak aksi yang dapat beliau tawarkan untuk kami dan membantu dia berkembang sebagai seorang pemain di Tranmere.”

Selamat maju jaya Shamal George!

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber :

Post Author: Nazz Carra