‘Saya Begitu Kecewa’ : Massimo Carrera

Kemenangan Liverpool | Reaksi Lawan : Spartak Moscow Sangat Kecewa Dimalukan Liverpool Dengan Jaringan Yang Besar

Sidang media selepas perlawanan, Carrera begitu kecewa.

Kecewa dengan aksi buruk pasukannya, bertambah kecewa dengan kekalahan dalam jumlah jaringan yang besar, 7-0.

Sehinggakan Carrera sendiri tidak dapat untuk memperjelaskan kenapa atau mengapa.

Katanya, pada perlawanan tersebut, Liverpool berjaya melepasi Moscow dalam semua komponen bolasepak. Yang mana secara tidak langsung, itu menunjukkan Spartacus tidak bersedia untuk menghadapi perlawanan itu.

Sangat jelas menunjukkan katanya, yang pasukannya tidak mempunyai amarah untuk berlawan dengan berjuang sehabis-habisan, dan juga tiada kualiti dalam permainan. Ianya seolah-olah menggambarkan yang para skuadnya takut kepada saingan Liverpool sejak dari awal lagi.

Carrera begitu kecewa. Ini kerana, beliau menjangkakan akan melihat satu permainan yang sama sekali berbeza seperti yang dipamerkan.

‘Besok Kami Akan Main Bolasepak Ikut Cara Kami’ : Massimo Carrera

Akui Carrera juga, bukanlah beliau begitu memaksa untuk pasukannya WAJIB menang, tapi sekurang-kurangnya berjuang habis-habisan untuk tidak membiarkan Liverpool begitu ghairah merobek gawang mereka, disamping menunjukkan yang diri mereka juga jauh lebih baik dari itu.

Carrera enggan mengulas lanjut berkenaan pengadil yang telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool, kerana tumpuan beliau lebih terarah kepada permainan pasukannya.

Beliau turut menjangkakan, yang selepas sepakan penalti tersebut, pasukannya akan mempunyai lebih banyak masa, untuk menunjukkan kekuatan sebenar mereka. Tapi malangnya, tiada apa yang berlaku.

7-0 adalah satu kekalahan yang cukup besar bagi Spartak Moscow di peringkat Eropah, dan Carrera mengambil ianya sebagai satu manfaat yang memberi pelajaran. Dengan beliau akan cuba untuk lebih memahami apa kesilapan sebenar pasukannya, dan segera melupakannya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : FC Spartak Moscow

#ynwa
#oncearedalwaysared­čî╣

Related posts