‘Saya Gembira Di Liverpool, Dan Langsung Tidak Terganggu Dengan Khabar Angin Perpindahan’ : Salah

Bintang The Reds ini, yang telah memenangi anugerah ‘Player of the Month’ dan menyampaikan apa yang beliau rasa berkaitan dengan khabar angin Real Madrid, yang berkeinginan untuk menyuntingnya.

Mohamed Salah telah menjadi bintang Liverpool yang terkini, yang dikaitkan dengan langkah perpindahan ke Sepanyol.

Pemain sayap yang telah menjaringkan 23 gol itu, semestinya tidak akan pergi ke mana-mana, kerana beliau baru sahaja tiba di Anfield pada musim panas lalu, dengan kontrak jangka masa panjang, bernilai £ 36.9 juta.

Tetapi, itu tidak menghentikan laporan yang mengatakan Salah kini adalah sasaran utama Real Madrid, kerana mereka berusaha untuk mengatasi serangan daripada Barcelona yang telah membeli Coutinho dengan harga £ 142 juta, baru-baru ini.

Salah juga baru pulang dari Ghana minggu lepas, di mana dia diangkat menjadi ‘Pemain Terbaik Afrika’, dengan Sadio Mane di tempat kedua.

Semasa di sana lah, Salah telah ditanyakan oleh media, tentang khabar angin itu secara ringkas.

Yang mana, jelas Salah, beliau sememangnya ada mendengar begitu banyak khabar angin terkait dengan Real Madrid, tapi itu semua langsung tidak mengganggu kehidupannya di Anfield.

Yang jelas kata Salah juga, beliau telah dilayan dengan begitu baik sekali di Liverpool dan sekarang, beliau adalah sebahagian daripada skuad merah Liverpool, juga telah menjadi kepunyaan Liverpool, dan beliau sendiri begitu gembira sekali berada di Anfield.

Salah juga, meminta umum menghentikannya, ibarat menganggap ianya sekadar menyapa. Dibawa angin, iapun terbang semula.

Salah sendiri juga telah memuat naik satu status dilaman Twitter beliau dalam bahasa Arab, dengan sebahagian dari tulisannya berkaitan dengan ‘Erroneous news’.

Yang mana jelas, ‘tweet’ nya itu terkait dengan, ‘rumours’ adalah, berita yang salah, berita tidak sahih, berita yang sengaja digembar gemburkan.

Awas ! Bagi yang menyebarnya, 👊

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Related posts