Saya Turut Simpati Dengan Nasib Karius Ketika Final Liga Juara-Juara Tempoh Hari – Dari Kaca Mata Rakan Seposisi, Allison

Penjaga gawang Liverpool, Alisson telah memberikan pandangannya mengenai mimpi buruk yang menghantui Loris Karius semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Mei lepas.

Kemenangan Real Madrid 3-1 ke atas Reds di Kiev sebahagian besarnya pasti tidak akan dilupakan kerana dua kesalahan yang dilakukan oleh pemegang jersi No. 1 Liverpool ketika itu, walaupun kemudiannya dinyatakan bahawa Karius sebenarnya mengalami konkusi ketika dalam permainan.

Tindakan susulan pihak Anfield daripada perkara itu adalah membelanjakan £ 66.8m ke atas penjaga gol Brazil, Alisson Becker dari Roma pada awal musim ini, sementara Karius dipinjamkan ke Besiktas bagi tempoh dua tahun.

Bercakap dalam majalah FourFourTwo edisi Februari, Alisson berkata beliau bersimpati dengan pemain Jerman itu, serta juga ke atas penjaga lain yang membuat kesalahan berprofil tinggi.

Dia berkata: “Walaupun pasukan saya meraih skor sumbangan daripada kesilapan besar penjaga gol pasukan lawan, ia adalah perasaan yang berbeza untuk saya.

“Saya tidak meraikannya seperti gol-gol yang lain. Saya tahu apa yang berlaku dalam minda seseorang penjaga gol pada saat itu.

“Saya sangat sedih melihat apa yang berlaku kepada Karius – ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.” Allison

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Teamtalk

Post Author: Wade Wilson