Sebab Mengapa Skuad Klopp Lebih Baik Dari Skuad Rodgers 2013 / 2014

Kini The Reds sudah mengatasi rekod yang dicipta oleh skuad kelas 2013 2014.

Dan masalah pertahanan yang diketahui selama ini mungkin sebahagian dari sejarah Liverpool buat masa sekarang.

Liverpool sebelum ini berulang kali terlepas kejuaraan atas kesilapan beberapa pemain; dengan Loris Karius, Simon Mignolet dan Alberto Moreno mendahului senarai pemain yang melakukan kesilapan semasa dalam perlawanan penting.

Dan apabila Jurgen Klopp berhasrat untuk memperbaiki masalah tersebut, ramai yang mengkritik di atas apa yang Klopp lakukan. Pertama sekali apabila Klopp membelanjakan amaun yang besar setinggi £75 juta untuk mendapatkan khidmat Virgil Van Dijk, dan juga melakukan urusniaga mendapatkan penjaga gol Alisson dengan harga setinggi £66.8 juta.

Pemain ini tidak dinafikan sangat berkualiti, namun peminat menyatakan adakah ia berbaloi dengan harga yang dibayar? Ataupun adakah nampak perbezaannya?

Dan dari bulan ke bulan, persembahan Liverpool berjaya menutup pengkritik itu buat sementara waktu.

Liverpool sebenarnya sudah jelas mendapat apa yang mereka laburkan selama ini. Berada di kedudukan teratas liga, layak ke pusingan kalah mati UCL dan sekaligus berada di landasan terbaik untuk mencatat kejayaan hujung musim ini.

Sudah tentu kejuaraan sebelum ini sangat hampir buat mereka. Klopp hampir menakluki Eropah dengan pasangan 3 serangkai iaitu Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino dalam kejohanan Eropah namun gagal merealisasikannya di Kiev selepas tumpas kepada Real Madrid.

Tidak pernah menjulang kejuaraan liga sejak 1990, Liverpool hampir menjulang kejuaraan liga pada zaman Rodgers iaitu 2013 2014.

Diinspirasikan daripada pasangan serangan Luis Suarez dan Daniel Sturridge, Liverpool ketika itu memperagakan tahap bolasepak terbaik mereka sejak beberapa musim.

Menjaringkan 101 gol semusim, namun ianya tercalar dengan kadar kebolosan Liverpool yang mencecah angka 50 ketika itu dengan hanya 12 perlawanan tanpa bolos pasukan sepanjang musim tersebut.

Lima musim kemudian, rekod perlawanan tanpa bolos dan kadar bolos paling banyak itu telah disimpan dalam sejarah kelab.

Alisson telah mencatatkan rekod 11 perlawanan tanpa bolos dan berpeluang cerah untuk mendapatkan Anugerah Sarung Tangan Emas musim ini. Setakat ini beliau hanya dibolosi 7 gol dalam kempen liga dengan hanya 2 kali di halaman sendiri.

Dengan bantuan daripada pemain yang lebih dinamik seperti Trent Alexander Arnold, Joe Gomez dan Andrew Robertson, benteng tampak lebih kukuh dari sebelumnya.

Permainan mereka tidaklah sebagus mana dari segi serangan seperti musim lepas, namun berjaya meraih mata mata penting khususnya dari gelanggang lawan.

Pengurus kelab seteru abadi iaitu Man United Sir Alex Ferguson pernah menyatakan; “Attacking wins you games, Defensive wins you title”.

Dan Alisson serta Virgil Van Dijk mungkin akan membuktikan teori bekas pengurus itu benar.

ADMIN

Apapun kita hadap dahulu perlawanan demi perlawanan, yang sejarah tetap jadi lipatan sejarah buat kelab kita.

Diharap Liverpool dapat mencatatkan lebih kejayaan selepas ini. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman