Selamat Kembali Ke Anfield, Naby Keita!

Akhirnya peminat Liverpool dapat melihat Naby Keita sebenar ketika beliau di RB Leipzig.

Dan sebelum ini seluruh warga Liverpool ‘dipaksa’ untuk menunggu Naby Keita yang sebenar untuk tiba di Liverpool.

Pemburuan dan pembelian pemain itu hanya berlaku pada 12 bulan selepas beliau bersetuju menyertai Liverpool.

Namun ianya satu proses penyesuaian diri yang menyakitkan di Liverpool, di mana pemain dari Guinea itu terpaksa mencari semula prestasi dan keyakinan beliau sejak perpindahan bernilai £52.75 juta dari Leipzig.

Persoalan yang menghantui beliau; “Adakah Liga Perdana Inggeris sesuai buat Naby Keita?”

Dan ianya satu tugas besar buat pemain yang baru berusia 24 tahun ini, dari liga yang berbeza dan negara yang berbeza untuk dimuatkan dalam skuad Jurgen Klopp serta menzahirkan prestasi yang terbaiknya.

Fabinho mendapat prestasi terbaiknya di sini tetapi tidak buat Naby Keita.

Namun sekarang Keita mendapat minit permainan yang banyak – 4 perlawanan berterusan beliau diturunkan dan beliau mula meraih peluang tersebut di mana Liverpool kembali ke formasi 4 – 3 – 3.

Bermain lebih baik ketika menentang West Ham United di separuh masa kedua, perlawanan kali ini menyaksikan beliau menyumbang sesuatu untuk ketiga tiga gol Liverpool.

Gol pertama; beliau melorongkan bola untuk James Milner yang melakukan hantaran lintang untuk Sadio Mane menyudahkannya menerusi tandukan.

Gol kedua : Keita merampas bola dari bekas pemain LFC, Jordon Ibe dan seterusnya untuk Andy Robertson menghantar tepat ke Gini Wijnaldum.

Dan gol ketiga, satu hantaran “outside foot” yang membebaskan Firmino untuk Salah menjaringkannya.

Ianya satu bukti di mana Klopp sanggup meluangkan masa dan membelanjakan wang yang besar untuk khidmat pemain ini.

Dan Keita juga diberikan “pelukan besar” oleh Klopp ketika wisel penamat dibunyikan.

Dan mungkin, rasanya Naby Keita sudah bersedia untuk cabaran EPL.

ADMIN

Selepas ini kita mahu saksikan lebih banyak aksi terbaik dari pemain Guinea ini, dan kita percaya beliau mampu lakukan. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman