Sempoi : ‘Fabinho Hantar Isteri Untuk Menjawab Rumours Perpindahan’

Isteri Fabinho memberi respons kepada khabar angin yang boleh dikata bertiup agak kencang kebelakangan ini, yang terkait dengan perpindahan Fabinho.

Fabinho telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Anfield pada bulan Januari akan datang, oleh beberapa laporan, seperti berpindah ke Paris Saint-Germain, AC Milan dan juga Juventus yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Semestinya, ianya merupakan laporan yang sangat tidak masuk akal, dan isteri Fabinho sendiri telah mengungkapkannya.

Yang mana, puan Rebeca Tavares jelas sekali tidak langsung terkesan dengan berita ‘rumours’ tersebut, dengan memilih menjawabnya melalui ‘GIF’ yang sempoi lagi padu !

Rebeca sememangnya isteri yang sangat sempoi, yang sentiasa berhubungan di Twitter untuk menyatakan sokongan beliau buat suami tercinta.

Jadi, tidak hairanlah jika beliau menjadi sasaran para peminat untuk berhubung dengan Fabinho.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds