Shaqiri Gembira Bekerja Di Bawah Klopp – Dan Mengakui Sukakan Posisi Nombor 10

Beliau yang meraikan hari jadi ke 27, membincangkan pelbagai topik berkaitan perpindahannya ke Liverpool.

Pemain Switzerland ini buat masa sekarang berada di negaranya bagi tugasan antarabangsa, dan akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada hari ini.

Shaqiri akan meraih caps antarabangsa ke 76 beliau bersama Switzerland menentang Belgium pada Jumaat ini, menyatakan kegembiraannya ketika bekerja di bawah Jurgen Klopp dan percaya beliau akan menemui sentuhan untuk masuk ke dalam kesebelasan utama tidak lama lagi.

Beliau baru diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool 2 kali musim ini, namun dikeluarkan awal oleh Klopp ketika perlawanan menentang Southampton pada rehat separuh masa pertama atas sebab taktikal.

Pemain bernilai £13 juta ini telah menunjukkan mutu permainan yang baik setakat ini sejak perpindahannya dari Stoke City dan gembira ketika ini di Anfield.

Menurut Shaqiri :

“Saya mempunyai hubungan baik dengan Jurgen Klopp”.

“Saya gembira bekerja di bawahnya. Saya berpendapat saya semakin hampir untuk diturunkan dalam kesebelasan utama. Sangat hampir”.

Shaqiri sebelum ini telah diturunkan di bahagian sayap di belakang barisan penyerang ketika aksi Carabao Cup, namun mengakui posisi yang beliau minati adalah ketika bermain menentang Southampton pada bulan lepas.

Dan di kawasan itulah pemain itu dapat beraksi dengan baik.

“Ianya berbeza jika anda bermain dengan penuh kebebasan di posisi nombor 10”.

“Jurulatih telah memberikan kebebasan itu dan saya cuba lakukan yang terbaik supaya dapat membantu pasukan. Dengan hantaran hantaran baik atau percubaan ke gol”.

“Ketika menentang Portugal, saya hampir diberikan tugasan untuk bermain di posisi bek kanan. Namun saya cuba memberikan yang terbaik di mana sahaja saya diletakkan. Saya tahu posisi itu memerlukan lebih banyak bertahan”.

“Sebelum itu saya pernah beraksi di posisi itu di Bayern Munich”.

Shaqiri juga mendedahkan beliau masih belum berpindah ke bandaraya Liverpool, dan memilih untuk tinggal di Manchester di rumah yang sama ketika beliau beraksi bersama Stoke City.

Tambahnya lagi :

“Saya masih tinggal di Manchester, rumah yang sama ketika saya bersama Stoke City”.

“Secara jujurnya, saya belum pernah menjelajah bandaraya Liverpool kecuali bersama ahli pasukan di hotel. Rakan sepasukan menyatakan ianya sesuatu yang sukar di sana kerana peminat dapat berjumpa dengan anda secara terus”.

“Jika anda individu biasa, tiada apa apa terjadj kepada anda. Namun di Liverpool, anda dapat mendengar laungan peminat dari hotel pada jam 11 malam”.

“Saya berpendapat di England tidak mempunyai panel tingkap yang tebal seperti di Switzerland”.

ADMIN

Posisi nombor 10 adalah di bahagian tengah playmaker. ( Attacking Playmaker )

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman