Siapakah Lawan Liverpool Pada Suku Akhir UCL?

Nasib 8 pasukan yang masih berada dalam kejohanan ini akan ditentukan pada Jumaat.

The Reds mengesahkan tempat ke Final Eight UCL apabila mencatatkan kemenangan bersejarah ke atas Bayern Munich di Allianz Arena awal pagi tadi.

Mereka akan mengetahui lawan mereka di Suku Akhir dan juga Separuh Akhir sekaligus laluan ke Final pada jam 11 pagi GMT (7.00 malam waktu Malaysia).

Cabutan undi adalah “open draw”, di mana mana mana pasukan boleh diundi untuk bertemu Liverpool dengan tiada lagi pasukan pilihan dan juga pasukan dari negara yang sama boleh diundi bertemu sesama sendiri.

Berikut adalah 7 pasukan yang kita sedia maklum telah berada di Peringkat Suku Akhir.

Ajax, Barcelona, Juventus, Man City, Man United, Porto, Spurs.

Perlawanan Suku Akhir akan berlangsung pada 9 dan 10 April 2019 (Leg 1), dan 16 dan 17 April 2019 (Leg 2).

ADMIN

Anda mahukan siapa untuk bertemu Liverpool? Hahaha.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman