Siapakah Pemain Muda Ki-Jana Hoever?

Beliau mencipta sejarah menjadi pemain ketiga termuda diturunkan oleh The Reds dalam Piala FA awal pagi tadi.

Liverpool bukan sahaja memiliki pemain pertahanan Netherlands, Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan namun memiliki sekali pemain pertahanan remaja Netherland yang meningkat mendadak dari skuad Bawah 18 Tahun ke skuad utama Liverpool sekarang.

Pada mulanya beliau diletakkan di bangku simpanan sebelum Dejan Lovren mengalami kecederaan di awal perlawanan, yang memaksa Klopp untuk menggantikan dengan Hoever dengan Joe Gomez dan Joel Matip masih menjalani pemulihan.

Begitu juga Virgil Van Dijk yang tidak langsung disenaraikan dalam skuad hari ini dan pemergian Nathaniel Clyne ke Bournemouth secara pinjaman.

Dan berikut adalah beberapa info mengenai karier pemain pertahanan remaja berusia 16 tahun ini.

Penglibatan Kariernya

Beliau menyertai Liverpool pada musim panas lepas selepas gagal mendapatkan kontrak profesional bersama Ajax. Sebelum itu beliau berada di AZ Alkamaar Academy. Sejak berpindah ke England, perkembangan prestasi beliau meningkat dengan mendadak.

Beliau melakukan penampilan bersama skuad Bawah 18 Tahun Liverpool pada 15 September, dengan kemenangan ke atas Newcastle United sebelum bermula dari bangku simpanan untuk membantu pasukan mencatat kemenangan 5 – 2 ke atas Red Star Belgrade dalam aksi UEFA Youth League.

Hoever diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Napoli dalam kejohanan UEFA Youth League dengan kemenangan 5 – 0, sebelum dipanggil menyertai skuad Bawah 23 Tahun pada awal November bagi menentang Villareal.

Ketika itu skuad Bawah 23 Tahun Liverpool tumpas dengan jaringan besar; 7 – 0.

Persembahan beliau menarik perhatian ketika menentang Everton Bawah 23 Tahun dalam Premier League 2, dengan beliau amat menyerlah untuk membantu pasukan mencatatkan kemenangan 1 – 0.

Hoevee kemudiannya kekal berada dalam skuad Bawah 23 Tahun dengan bermain di posisi bek kanan, dan mendapat lagi perhatian apabila membantu kelab membenam cabaran Arsenal Bawah 23 Tahun 4 – 1 bulan lepas.

Teknikal Permainan

Hoever lebih kepada pemain pertahanan bolasepak moden, yang selalu dibandingkan dengan seniornya Virgil Van Dijk. Beliau mempunyai ketenangan dalam permainan ketika situasi mengawal bola atau tanpa bola.

Seperti Van Dijk, beliau berkeyakinan tinggi ketika memegang bola dan sedia maklum semuanya bermula di posisinya di bek kanan. Beliau mampu bergerak ke hadapan, tidak takut untuk bergerak ke mana mana sahaja di atas padang dan melakukan hantaran ke hadapan namun tidak mengabaikan tugasnya di bahagian pertahanan.

Salah satu bukti perkembangan yang beliau miliki adalah menjaringkan 3 gol dari 5 penampilan bersama skuad Netherlands Bawah 17 Tahun.

Tinggi, pantas, tenang dan selesa ketika memegang bola bersama sama kawalan bola yang bagus serta tindakbalas yang cepat adalah sesuatu aset yang beliau miliki dalam perkembangannya ketika ini.

Video Teknikal Permainan

ADMIN

Meskipun beliau tampak takut takut atau tidak bermain sebaik mungkin, namun beliau baru sahaja melakukan penampilan pertamanya dari Academy ke Anfield ketika ini.

Work hard, dan beliau akan mengikuti jejak langkah Trent Alexander Arnold.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman