Simon Mignolet : Mudah Untuk Menerima Situasi Sebagai Penjaga Gol Di Belakang Alisson

Beliau memuji kehadiran dan impak yang diberikan oleh penjaga gol berkelas dunia dari Brazil itu setakat ini.

Hari ini genap setahun beliau telah kehilangan posisi selaku penjaga gol nombor 1 Liverpool kepada Loris Karius, yang telah mengalami kesukaran untuk beraksi lebih baik dah mengalami “mimpi ngeri” semasa Final UCL 2018.

Dan ini membuatkan Jurgen Klopp beralih arah untuk mendapatkan khidmat Alisson dengan nilai £66.8 juta musim panas lepas, sekaligus melepaskan Karius ke Besiktas dan meletakkan Simon Mignolet di bangku simpanan.

Simon Mignolet hanya beraksi 2 perlawanan piala domestik musim ini, telah terlepas kesemua perlawanan liga dan UCL namun memuji impak yang diberikan Alisson di Liverpool ketika ini untuk mencabar kejuaraan liga.

Menurut Mignolet menerusi Echo :

“Ya, saya lebih mudah menerima situasi saya ketika ini”.

“Secara faktanya pasukan bermain dengan lebih baik ketika ini. Alisson amat penting dalam pasukan”.

“Beliau telah membuktikan kebolehannya. Beliau antara 5 penjaga gol terbaik dunia, dan mungkin yang terbaik ketika ini”.

“Alisson amat berbakat besar dan banyak mempengaruhi keputusan perlawanan. Beliau tidak banyak memikirkan soal prestasi dan secara jujur beliau adalah penjaga gol sejati”.

“Beliau sendiri merupakan penjaga gol utama Brazil di hadapan penjaga gol Man City buat masa sekarang. Itu sudah cukup untuk membuktikan segalanya dan saya menerima hakikat bahawa beliau jauh lebih bagus daripada saya”.

Mignolet juga telah membantu penjaga gol itu dalam menyesuaikan diri dengan suasana bolasepak Inggeris setelah ketibaannya dari Roma.

Alisson juga dalam kedudukan yang terbaik untuk meraih gelaran penjaga gol terbaik EPL musim ini setelah mencatatkan 13 perlawanan tanpa bolos dari 23 perlawanan EPL yang diharungi.

Tambah Migno :

“Ali dan saya bekerjasama dengan baik serta mempunyai hubungan yang baik”.

“Saya berkongsi pengalaman dari beliau dan beliau berkongsi pengalaman dari saya”.

“Saya telah beraksi dalam kancah EPL selama 10 tahun dan beberapa perkara amat berbeza dari apa yang berlaku di tempat lain. Beliau ada mengajukan beberapa persoalan dan saya cuba untuk menerangkan situasi sebenarnya”.

“Beliau amat tenang bila menguasai bola dan saya cuba menirunya. Saya cuba menggunakan pengalamannya itu dalam perlawanan menentang Wolves dalam aksi FA Cup. Ianya memberi pengalaman yang berharga buat saya”.

“Saya menghormati beliau bukan sahaja sebagai pemain namun sebagai personaliti. Saya juga dapat mempelajari bahasa Spain dari beliau dan ianya memberi manfaat buat saya”.

Dan ianya bukan satu rahsia lagi bahawa Mignolet mahu berpindah pada musim panas lepas untuk mendapatkan lebih minit perlawanan.

Namun Liverpool enggan melepaskan beliau secara pinjaman dan tiada mana mana kelab yang mahu membayar sejumlah £12 juta untuk khidmat Mignolet. Dan beliau menyatakan perpindahannya di Fulham bukanlah tidak menjadi kenyataan namun hanya khabar angin semata mata.

“Banyak perkara berlaku ketika musim perpindahan, sesetengah ia benar namun sesetengah ia hanya khabar angin. Namun tiada apa yang berlaku dan saya kekal di sini”.

Dengan Besiktas bersedia untuk membayar khidmat Karius berjumlah £2.25 juta dengan perjanjian perpindahan tetap pada 2020 dengan nilai £7.25 juta, Liverpool membuat keputusan untuk meminjamkan pemain itu keluar sekaligus mengekalkan Simon Mignolet di Anfield.

Meninggalkan Anfield buat masa sekarang bukanlah sesuatu keputusan yang akan dilakukan oleh Mignolet, namun beliau bersedia untuk mencari cabaran baru di kelab lain musim panas hadapan namun mahu menghabiskan kempen musim ini terlebih dahulu.

“Saya telah memperkatakan sebelum ini bahawa saya enggan berada di bangku simpanan”.

“Saya akan berumur 31 tahun pada Mac ini. Sudah tentu saya mahu bermain namun ada perkara tertentu yang membuatkan saya menerima situasi ketika ini”.

“Ianya sesuatu perkara yang di luar kawalan. Namun apa yang mengawal saya sekarang adalah saya masih menjalani latihan dan bersedia sebagai satu pasukan”.

“Perkara terbaik adalah saya bersikap profesional, saya berpendapat semua orang akur terhadap itu. Saya tahu saya harus bekerja untuk diri saya – untuk masa depan dan karier saya dengan mengekalkan tahap kualiti yang tinggi”.

“Perkara kedua, pasukan mahu kami berdua berlatih pada tahap terbaik. Alisson perlukan itu, begitu juga dengan jurulatih penjaga gol. Dalam sesi latihan kami harus berlatih pada tahap terbaik yang kami boleh lakukan. Jika saya berlatih sambil lewa, ianya akan memberi kesan kepada pemain lain terutamanya Alisson”.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan kejuaraan EPL dan juga UCL. Saya adalah pemain untuk Liverpool FC dengan 2 tahun tempoh kontrak dengan kelab dan saya akan melakukan yang terbaik untuk kelab. Dan selepas itu kita akan lihat semula”.

“Secara jujurnya tidak akan ada apa apa yang berlaku bulan ini namun kita akan melihat sesuatu yang dapat dilakukan pada musim panas. Diharap akan ada berita baik selepas kami menjuarai EPL dan UCL musim ini”.

ADMIN

Jawapan yang jujur dari Migno, namun sangat profesional demi kebaikan pasukan.

Mungkin beliau bukanlah yang terbaik sekarang, namun yang terbaik pernah kita miliki sebelun ketibaan Alisson. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman