Sky Sport Akan Mengadakan Perbincangan Dengan Carragher Berikut Insiden Meludah Penyokong

Pengulas itu dilihat telah meludah penyokong Man United dari dalam kereta berdasarkan rakaman.

Dan Sky Sports akan memanggil lagenda Liverpool itu untuk perbincangan di atas insiden yang dikatakan berlaku di Old Trafford setelah kekalahan Liverpool 2 – 1 ke atas Man United.

Namun begitu beliau mengakui kesalahan itu dan memohon maaf dengan menyatakan beliau sudah melampaui tahap kesabaran ketika itu.

Bekas pemain Liverpool ini dijadualkan akan bersama Gary Neville dan pengurus Celtic, Brendan Rodgers dalam siaran Monday Night Football menjelang perlawanan antara Stoke City dan Manchester City hari ini.

Berikut adalah kenyataan dari jurucakap penyiar rasmi bolasepak tersebut :

“Ianya satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh pihak kami dan kami akan akan berbincang mengenai perkara ini bersama Jamie”.

Menerusi Tweet peribadi beliau pada malam Ahad, Carragher menyatakan :

Carragher sebelum ini adalah kolumnis buat Daily Telegraph di mana sebelum ini menulis untuk Daily Mail.

Sebelum itu beliau berada di siaran ketika perlawanan Man United dan Liverpool, dan difahamkan begitu marah dengan persembahan anak didik Jurgen Klopp.

ADMIN

Difahamkan beliau telah diprovokasi sebanyak 4 atau 5 kali sebelum insiden itu berlaku dan rakaman dilakukan oleh bapa budak perempuan tersebut?

Sumber : Sky Sports

Related posts