Sokongan Buat Lovren – Lovren Tidak Bersalah

Melalui Instagram beliau, Lovren telah membuat kenyataan terbuka.

Yang mana katanya, sekembali beliau dari menjalani latihan sebelah petang, beliau mengetahui yang diketika ini media di Croatia dan juga di England telah melaporkan berita berkenaan dakwaan yang telah difailkan terhadap beliau kerana memberikan satu kenyataan palsu terhadap satu kes yang berlaku di Croatia.

Berita tersebut di beritahu oleh ahli keluarga Lovren sendiri, kawan-kawan dan juga kenalan beliau baik di Croatia mahupun yang berada di England.

Bagi Lovren ianya tidak adil sama sekali. Kerana tanpa pengetahuan beliau dan peguamnya, malah beliau sendiri belum lagi menerima sebarang dakwaan yang berkaitan, media sudah melaporkan seolah-olah beliau bersalah.

Media juga seperti sudah menghukum beliau, yang menunjukkan diskriminasi terhadap beliau dan keluarga.

Kenyataan terbuka itu juga merupakan langkah awal bagi Lovren untuk membersihkan nama dan reputasi beliau. Terutamanya kepada keluarga, kawan, para penyokong beliau di Croatia, buat kelab Liverpool dan semua peminat Liverpool di England dan seluruh dunia, yang bahawasanya beliau tidak bersalah.

Lovren menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Buat apa ?
Beliau sendiri begitu bangga dengan kehidupan beliau, setiap langkah dalam hidup beliau bersama keluarga, beliau bina dengan caranya yang bersih. Bukan dari cara yang kotor.

Sebagai seorang pemain bola sepak, Lovren begitu menikmati kehidupan beliau. Segala kerjaya beliau, beliau usaha mendapatkannya dengan kudrat beliau sendiri.

Dengan berusaha keras mendapatkannya, dipilih kerana beliau Dejan Lovren. Beliau tidak akan sesekali memusnahkan kehidupan beliau. Kerana kehidupan beliau terkait rapat dengan keluarga beliau sendiri, dengan jiran, dengan tanah air, dengan Liverpool dan semua peminat beliau. Bukan mudah untuk Lovren mengkhianati segala kepercayaan yang diberikan.

Tegas !
Lovren menolak semua tuduhan terhadap beliau, dan juga beliau memberi pesanan kepada sesiapa yang mahu merosakkan reputasi beliau dan keluarga, yang ianya tidak akan berjaya.

Dejan Lovren akan berlawan habis-habisan, demi nama beliau, keluarga, pasukan kebangsaan Croatia dan juga demi nama Liverpool.

Akhiri beliau, :

Salam kepada semua, terima kasih diatas sokongan yang kuat.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Instagram

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds