Southampton FC vs Liverpool FC : Info Perlawanan Malam Ini

Liverpool akan bertandang ke St Mary Stadium hari ini untuk meneruskan cabaran dalam kancah EPL.

SEPAKMULA

Waktu tempatan yang paling sesuai untuk menghabiskan cuti hujung minggu, 4.30 petang.

Manakala di Malaysia, jam 12.30 tengahmalam ini.

TONTONAN

Anda mahu bertandang ke St Mary Stadium ketika ini di UK? Semua tiket telah habis dijual.

Namun siaran langsung akan ditayangkan menerusi Sky Sports Premier League di UK.

Manakala di Malaysia, Astro Supersport 816 / 834 HD. Sejurus tamat Anugerah Juara Lagu malam ini.

Jika ada link live streaming dan live FB, kami akan paste link di ruang komen. Jika ada ….

PENGADIL PERLAWANAN

Martin Atkinson

Beliau telah mengendalikan perlawanan Liverpool sebanyak 4 kali termasuk perlawanan malam ini; iaitu perlawanan menentang Man United, kemenangan Liverpool 3 – 0 di Stoke City dan perlawanan di Emirates yang berakhir dengan kedudukan 3 – 3.

Secara ironinya beliau pernah mengendalikan pertemuan antara kedua pasukan ini, ketika separuh akhir kedua Piala Liga musim lepas di Anfield dengan kemenangan 1 – 0 Southampton.

PEMAIN TUMPUAN

Southampton

Dijangka James Ward Prowse bakal menjadi tumpuan barisan pertahanan Liverpool, dengan pemain itu merupakan nadi bahagian tengah dan kepakaran menerusi set pieces. Begitu juga dengan para scout Liverpool yang memerhati pemain ini dengan penuh minat.

Begitu juga dengan kelibat penyerang Nathan Redmond, Dusan Tadic dan juga Guido Carrillo yang merupakan pemain yang baru dibeli dari Monaco bernilai £19 juta.

Yang lain …. Liverpool sudah membeli semua pemain terbaik mereka. Haha.

Liverpool FC

Dijangka Virgil Van Dijk bakal menerima sambutan yang dingin hari ini di atas perpindahan saga beliau Januari lepas.

Begitu juga Sadio Mane dan Adam Lallana yang dijangka mungkin diturunkan.

Roberto Firmino dan Mo Salah bakal mengetuai barisan serangan hari ini.

PENGURUS SOUTHAMPTON

Mauricio Pellegrino

Beliau menghabiskan karier beliau di Velez Sarsfield, sebelum ke Spain dengan menyertai Barcelona sebelum ke Valencia.

Beliau kemudian mengikuti jejak langkah Benitez ke Anfield dan sempat bermain untuk Liverpool selama 6 bulan sebelum kembali ke Alaves.

Karier kejurulatihan Pellegrino bermula di Valencia, Liverpool dan Inter Milan sebelum mengambil alih sebagai pengurus Valencia selama 6 bulan sahaja.

Beliau kemudian menabur bakti di Estudientes dan juga Alaves sebelum dilantik menjadi pengurus Southampton musim panas lepas.

KECEDERAAN DAN PENGGANTUNGAN

Southampton FC

Manulo Gabbiadini mengalami kecederaan pinggul minggu lepas, namun difahamkan sudah mula berlatih minggu ini.

Hanya Charlie Austin sahaja yang masih tersisih akibat kecederaan hamstring.

Liverpool FC

Ragnar Klavan dan Alberto Moreno sudah pulih daripada kecederaan otot.

Manakala Adam Lallana turut akan disenaraikan dalam skuad hari ini.

Joe Gomez masih tersisih akibat kecederaan lutut dan Nathaniel Clyne masih belum berlatih secara berpasukan.

PERTEMUAN TERAKHIR

Kemenangan solid Liverpool 3 – 0.

Mo Salah menjaringkan 2 gol ketika itu manakala Phil Coutinho menjaringkan 1 gol.

Pertemuan terakhir di St Mary berakhir dengan keputusan 0 – 0, dengan Southampton hanya bertahan sepanjang perlawanan untuk mencatatkan keputusan seri.

FAKTA PERLAWANAN

Southampton sebenarnya tidak terkalah dalam 6 perlawanan terakhir, dengan mencatatkan 3 kemenangan termasuk dua kemenangan ketika kancah FA Cup.

Mereka telah berjaya menewaskan WBA di laman lawan minggu lepas.

Liverpool tidak bolos di tangan Southampton dalam 3 pertemuan terakhir EPL, dengan 1 kemenangan dan 2 kali seri. Kali terakhir Liverpool dibolosi di Southampton adalah ketika kekalahan 3 – 2 dengan pemain yang menjaringkan gol ketika itu adalah pemain Liverpool sendiri, Sadio Mane.

Liverpool hanya tumpas sekali daripada 17 perlawanan liga setakat ini.

Sadio Mane telah menjaringkan 6 gol dari 5 pertemuan kedua dua pasukan di St Mary.

ADMIN

Ramalan anda?

Misi untuk mengutip 3 mata hari ini. Wajib jika berhasrat untuk ke UCL musim hadapan.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts