Southampton Pecat Pellegrino

Beliau dipecat selepas Southampton hanya mencatatkan 1 kemenangan dari 17 perlawanan.

Kekalahan Southampton 3 – 0 di tangan Newcastle pada minggu lepas menyebabkan pasukan itu berada 1 mata dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris dengan hanya berbaki 8 perlawanan dalam liga.

Sebelum itu Pellegrino mengakui pemainnya seperti berputus asa dan kelab membuat keputusan untuk merombak pengurusan bagi memberikan semula suntikan kepada pemain kelab yang mengakhiri EPL musim lepas di tangga kelapan.

Berikut adalah kenyataan daripada Southampton :

“Kelab telah mengesahkan bahawa Pellegrino telah dilepaskan dari tugasnya”.

“Penolong pengurus, Carlos Compagnucci dan Ketua Jurulatih Xavier Tamarit turut dilepaskan dari jawatan mereka”.

“Pihak kelab merakamkan jutaan terima kasih kepada Mauricio, Carlos dan Xavier atas usaha mereka untuk membantu Southampton, serta ucapan semoga berjaya buat mereka di masa hadapan”.

“Setakat ini kelab sedang mencari pengganti mereka secepat mungkin, dengan pencarian sudah bermula buat masa sekarang”.

Pellegrino menggantikan Claude Puel musim lepas yang dipecat walaupun kelab mengakhiri liga di tempat kelapan dan membawa pingat naib juara Piala Liga.

Southampton hanya mencatatkan 5 kemenangan musin ini, dengan kemenangan 3 – 2 ke atas WBA pada Februari adalah yang terkini selepas kali terakhir mencatatkan kemenangan pada November tahun lepas. Mereka berada di Suku Akhir Piala FA namun menghadapi tugas berat dalam liga apabila bermain 5 perlawanan di gelanggang lawan dari 8 perlawanan.

ADMIN

Liverpool B ini berada dalam kedudukan bahaya untuk disingkirkan dari EPL buat masa sekarang.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman