Southgate Mendedahkan Klopp Turut Memainkan Peranan Dalam Penguguran Adam Lallana

Pemain itu dibelenggu kecederaan musim ini dengan hanya melakukan 13 penampilan dalam kesemua perlawanan Reds.

Dan pengurus England itu mendedahkan keputusannya untuk mengugurkan Adam Lallana dan hanya meletakkan beliau dalam senarai menunggu dalam skuad Piala Dunia 2018.

Pemain itu gagal menempatkan diri dalam senarai 23 pemain England ke Piala Dunia 2018 dan jelas ianya satu kekecewaan buat pemain tersebut.

Sebelum ini beliau dibelenggu kecederaan pada awal musim hingga sepanjang musim ini dengan hanya menyaksikan beliau hanya melakukan 13 penampilan sahaja bersama Liverpool.

Dalam sidang media semalam, Southgate mendedahkan bahawa Jurgen Klopp turut mempengaruhi keputusan beliau untuk mengugurkan Adam Lallana.

Menurut Southgate :

“Kami berdua sering berbincang mengenai kecergasan Adam Lallana sepanjang masa”.

“Dalam situasi sebenar, beliau tidak akan berada dalam senarai menunggu namun beliau masih mempunyai masa dan diberikan peluang. Untuk mencari semula kecergasan dalam saat yang genting ini pastinya sesuatu yang sukar”.

“Anda tidak akan dapat mengembalikan kecergasan anda dalam latihan untuk pertandingan besar, dan Jurgen Klopp juga berpendapat begitu”.

ADMIN

Memang benar apa yang dikatakan Klopp dan Southgate. Latihan untuk pertandingan besar bukanlah platform untuk mencari semula kecergasan.

Dan Adam Lallana lebih bertuah dari beberapa pemain lain seperti Jack Wilshere dan Daniel Sturridge.

Sumber : Daily Mirror

Related posts