Staf Medikal Bersedia Di Perancis, Tapi Thomas Lemar Mungkin Kekal Di Monaco

Dalam jam-jam terakhir sebelum tempoh perpindahan berakhir pada 1159 waktu UK,  atau 0659 waktu Malaysia,  Liverpool masih berbincang dengan kelab Monaco.

Ketika ini,  Lemar berada dalam persiapan sebelum perlawanan untuk Pasukan Jerman nanti.

Wakil Liverpool masih berada di Perancis bersama staf Medikal untuk pemeriksaan perubatan  jika persetujuan harga dicapai di antara Liverpool dan Monaco.

Namun,  kelihatannya,  Monaco tidak mahu lakukan  sebarang perbincangan yang positif lagi untuk Liverpool.

Dilaporkan juga Arsenal turut membida,£100 juta untuk pemain ini bagi menggantikan Alexis Sanchez. Turut kelihatannya Alexis Sanchez kekal di Arsenal,  dan pasukan itu menarik balik bidaan.

Seperti yang diketahui,  Lemar mahukan perpindahan ke Liverpool walaupun Arsenal menunjukkan minat Sejak 1 musim yang lalu.

Sehingga kini, tidak nampak sebarang tanda bahawa Thomas Lemar ke Liverpool  untuk musim ini.

Walaubagaimanapun,  kita masih menunggu 2-3 seterusnya jika ada perkembangan yang terbaru dan terakhir sebelum waktu perpindahan tamat.

Related posts