Statistik Penting : Liverpool 3 – 0 Bournemouth

Liverpool berjaya memperoleh satu lagi kemenangan selesa di Anfield, kali ini bertemu Bournemouth. Berikut disenaraikan beberapa statistik penting berdasarkan perlawanan menentang the Cherries.

Pesta Gol

Liverpool telah menjaringkan 300 gol di bawah kendalian Jurgen Klopp, hanya dalam 148 perlawanan. Secara purata, 2 gol telah terhasil dalam setiap perlawanan dan sudah tentu disebabkan oleh keberkesanan bahagian serangannya. Sadio Mane dan Mo Salah juga menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, di mana Mane melengkapkan gol ke10 buat dirinya dalam Liga Perdana. Kini sudah 4 musim berturut-turut di beliau berjaya mencapai dua angka dalam Liga Inggeris. Beliau kini memegang rekod sebagai pemain Senegal paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris, dengan jumlah 44 bagi sejak bermain untuk Southampton dan kini Liverpool.

Salah pula telah mengumpul 40 gol musim ini, dengan 30 di dalam Liga Perdana. Beliau merupakan pemain ke-8 sejak era Liga Perdana Inggeris diperkenalkan untuk menjaringkan 30 gol di dalam satu musim. Malah, beliau berpotensi untuk mengatasi jumlah yang dihasilkan Luis Suarez (31 gol), dan merupakan pemain pertama Liverpool yang berjaya menyumbang 40 gol semusim sejak zaman Ian Rush, 1987. Dan melengkapkan malam indah buat the Reds, Bobby Firmino menjaringkan gol ke 25 bagi dirinya musim ini, menjadikan ini kali ke-7 trio kita ini menjaringkan gol dalam perlawanan yang sama.

 

Fungsi Pemain Tengah

Walaupun trio serangan di atas yang lebih mencuri tumpuan, namun barisan tengah lebih memainkan peranan dan berhak mendapat pujian. Alex Oxlade-Chamberlain paling menonjol, dengan berjaya menggelecek lawan sebanyak 4 kali, 2 hantaran tepat termasuk peluang keemasan Firmino, 4 bentesan dan sudah pasti, 1 bantuan gol. Henderson pula bijak mengawal perlawanan, dengan 97 sentuhan dan 83 hantaran, 4 bentesan serta 3 halangan tepat. Beliau juga berhasil mencipta 2 peluang buat dirinya, dan beberapa situasi berbahaya kepada the Cherries. Gini juga semakin konsisten, dengan 100% hantaran tepat (jumlah 42 hantaran), dengan 4 daripadanya mencipta peluang gol. Corak bertahannya turut mendapat perhatian, dengan 3 bentesan dan kemas mengawal bola.

 Badi Kelab Bawahan

Kemenangan ini merupakan rentetan kepada siri kejayaan ke atas kelab-kelab pertengahan liga yang menjadi badi buat kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. The Reds kini berjaya menang 9 daripada 12 perlawanan menentang kelab selain dari tempat keenam ke atas di Anfield. 7 daripada kemenangan tersebut adalah daripada 8 kelab terbawah liga (Liverpool hanya bolos 1 gol dalam perlawanan-perlawanan ini), dan memperoleh ‘clean sheet’ ke-10 musim ini. Liverpool turut menjaringkan 3 gol sekali lagi, (6 daripada 7 perlawanan berjaya merekodkan sekurang-kurangnya 3 gol), dan rekod keseluruhan menentang kelab bawahan adalah 24-1 di Anfield.

Perbandingan Mata

Suatu yang harus dibanggakan. The Reds kini telah mengumpul 12 mata lebih baik selepas 34 perlawanan berbanding 5 daripada 7 musim sebelum ini. Hanya satu musim sahaja kita beroleh mata lebih baik (7 mata lebih dalam musim 2013/2014), dan musim ini Liverpool mengatasi musim lepas dengan 4 mata. \

Musim ini turut menyaksikan kita menjaringkan gol lebih banyak berbanding musim-musim sebelumnya (sekali lagi, kecuali 2013/2014) dan turut memiliki rekod pertahanan terbaik dalam tempoh tersebut, dengan hanya bolos 35 gol. Musim ini turut diraikan dengan kemenangan terbanyak selain musim 13/14, tetapi kekalahan kurang dari musim tersebut.

Ternyata, perkembangan positif sedang ditunjukkan skuad kendalian Klopp ketika ini. Dan sebagai peminat setia Liverpool, kita adalah antara yang terlibat dalam atmosfera positif dalam pasukan ketika ini.

 

Kredit : Tom Holmes, penganalisis perlawanan di Anfield HQ.

Related posts