Statistik Pertemuan Liverpool – Bournemouth : Mo Salah……

The Egyptian King ini mampu mencatatkan 2 rekod statistik baru jika menjaringkan 2 gol pada perlawanan hari ini.

Satu jaringan ke atas Bournemouth akan meletakkan beliau sebaris dengan Luis Suarez pada 2013 2014, dengan menjaringkan 20 gol dalam 2 musim berterusan di pelbagai kejohanan.

Jika Salah menjaringkan 2 gol, beliau akan mencatatkan 50 jaringan bersama Liverpool dalam kancah liga, dengan hanya mengharungi 62 perlawanan.

Setakat ini Mo Salah telah menjaringkan hatrik dalam pertemuan terakhir menentang kelab itu di Vitality Stadium, sekaligus menjadi penjaring gol terbanyak dalam pertemuan menentang The Cherries dalam sejarah kelab.

Berikut adalah beberapa Fakta Menarik untuk pertemuan kedua dua pasukan ini :

Liverpool telah memenangi 3 perlawanan berterusan menentang Bournemouth, menjaringkan 11 gol tanpa bolos. 

Ianya merupakan pertemuan ke 15 antara kedua dua pasukan dalam pelbagai kejohanan, dengan Liverpool memenangi 10 perlawanan, seri 3 kali dan kalah 1 kali. (Kekalahan pertama pada 04 Disember 2016). Dalam sejarah pertemuan, Liverpool telah menjaringkan 34 gol dan bolos 11. 

Liverpool menyasarkan 2 kemenangan sepanjang musim ke atas Bournemouth untuk 3 kali dalam masa 4 tahun. 

Mo Salah telah menjaringkan gol dalam 3 perlawanan terakhir menentang The Cherries – satu satunya pemain The Reds yang mencatatkan rekod tersebut. 

Roberto Firmino telah melakukan 8 penampilan menentang Bournemouth setakat ini, lebih banyak dari mana mana pemain Liverpool lain. 

Tiada pemain gantian yang menjaringkan gol ke atas Bournemouth setakat ini. 

Perlawanan ini juga menyaksikan Jordan Henderson bakal melakukan 300 penampilan di Liga Perdana,  di mana 71 perlawanan sebelumnya adalah untuk Sunderland. 

Sadio Mane telah menjaringkan 4 gol dari 5 perlawanan terakhir Liverpool di Anfield setakat ini. 

Joshua King pula hanya menjaringkan 2 gol ke atas The Reds, lebih banyak dari mana mana pemain Bournemouth.

ADMIN

Sesi memanaskan badan ….. Hahaha.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman