Statistik Pra Perlawanan : Fulham vs Liverpool

Liverpool akan menduduki takhta teratas EPL jika berjaya menumpaskan Fulham di Craven Cottage hari ini.

The Reds telah memenangi 5 perlawanan terakhir menentang The Cottagers dalam pelbagai kejohanan – satu rekod baru untuk pertemuan ke atas kelab London tersebut.

Skuad Jurgen Klopp akan berada di tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata walaupun lebih satu perlawanan jika berjaya mencatat kemenangan hari ini.

Berikut adalah beberapa statistik dan fakta perlawanan antara kedua dua pasukan :

Liverpool telah memenangi 17, seri 4 kali dan kalah 6 kali dalam sejarah pertemuan dengan Fulham dalam Liga Perdana.

Di Craven Cottage, Liverpool berjaya mencatatkan 8 kemenangan dan 5 kekalahan di sana manakala tiada keputusan seri pada zaman Liga Perdana.

Liverpool telah mencatatkan 10 rekod tanpa bolos dalam 17 pertemuan terakhir menentang Fulham.

Mo Salah hanya kekurangan 1 gol untuk mencatatkan 50 gol semusim bersama Liverpool, di mana rekod ini dipegang oleh Fernando Torres untuk 72 perlawanan berbanding Salah dengan 67 perlawanan hari ini.

Sadio Mane telah menjaringkan 4 gol dari 3 perlawanan terakhir EPL. Selain itu, beliau hanya perlu menjaringkan 1 gol untuk menyamai jumlah jaringan Mo Salah dalam liga (17 gol) dan juga jumlah jaringan musim ini. (19 gol).

11 gol dijaringkan ke atas Fulham menerusi pemain yang bermula di bangku simpanan.

Liverpool hanya dipisahkan dengan 4 gol dari mencatatkan jaringan gol ke 400 di bawah Klopp – pengurus itu sudah mengharungi 196 perlawanan bersama Liverpool.

Selepas 30 perlawanan, Liverpool telah mencatatkan perbezaan gol terbaik mereka (51), rekod bolos terendah (17) dan mendapatkan mata terbaik (73).

Kemenangan di Fulham bakal meletakkan Liverpool berada di hadapan mata yang dikutip dari EPL musim lepas (75 mata) dengan berbaki 7 perlawanan liga. Musim lepas Liverpool meraih 75 mata dari 38 perlawanan.

Liverpool telah memenangi 2 perlawanan liga di Fulham dan mahu mencatatkan kemenangan ketiga di sana buat pertama kalinya dalam sejarah.

ADMIN

Bolehkah Liverpool mencatatkan kemenangan hari ini?

Apapun YNWA!!

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman