Penilaian Pemain : Man City – Liverpool

Penilaian Pemain-Pemain Liverpool Ketika Menentang Manchester City: Dejan Lovren Menunjukkan Aksi Yang Menakjubkan Di Bahagian Pertahanan. Manchester City telah menunjukkan aksi yang sangat bertenaga dan berintensiti tinggi di babak pertama sehingga menyukarkan Liverpool untuk settle down. Mereka berjaya mendapatkan gol seawal minit ke-2 perlawanan hasil daripada kesilapan Van Dijk yang meninggalkan posisinya dan membuka peluang kepada Raheem Sterling untuk membantu Gabriel Jesus menewaskan penjaga gol Liverpool,Loris Karius. Man City meneruskan penguasaan permainan dalam usaha untuk menambah jaringan gol dan gol kedua seakan-akan menjelma setelah Leroy Sane menyepak masuk bola ke…

Baca Lagi

Liverpool “Mungin” Perlukan 10 Mata Daripada 15 Mata Layak Kempen Liga Juara Eropah

Liverpool seri dalam perlawanan Merseyside Derby, ketika menentang Everton semalam di Goodison Park dengan keputusan akhir adalah 0-0. Pencabar spot Liga Juara Eropah di tempat kelima iaitu Chelsea yang kini berada di tangga kelima akan menentang West Ham pada malam ini. Setelah keputusan di Goodison Park itu, Liverpool telah mengumpul 67 mata daripada 33 perlawanan manakala Chelsea dengan 56 mata hasil 31 perlawanan, 2 perlawanan berbeza dengan Liverpool. Pun begitu pun, Liverpool yang mempunyai baki perlawanan sebanyak 5 sahaja, hanya perlu mencatatkan 10 mata daripada 15 perlawanan bagi sah layak…

Baca Lagi

Liverpool Perlu 4 Kemenangan Layak Ke Liga Juara Eropah Musim Hadapan

Liverpool menang tipis menentang Crystal Palace, manakala pencabar di tempat ‘ketiga’ ketika ini, Spurs dan Chelsea berkesudahan dengan kemenangan kepada Spurs, 3-1. Selepas kemenangan Liverpool menjadikan mata keseluruhan dengan 32 perlawanan adalah 66 mata. Manakala Spurs dan Chelsea mengumpul 64 dan 56 mata dengan jumlah perlawanan adalah 31 perlawanan. Liverpool ketika ini mempunyai perbezaan dengan Chelsea pada jarak 10 mata dengan baki 1 perlawanan. Jumlah perbezaan jaringan Liverpool adalah 40 manakala Chelsea adalah 23. Ini menjadikan Liverpool hanya perlu 4 kemenangan dalam 6 perlawanan terakhir sebelum liga ini tamat bagi…

Baca Lagi

Mohamed Salah Telah Pecahkan Lama Rekod Fernando Torres

Mohamed Salah ketika ini hampir merapati dan memecahkan rekod seterusnya iaitu yang dipunyai oleh Ian Rush setelah memusnah rekod yang dilakukan oleh Fenando Torres sebelum ini. Pemain Mesir ini telah memahat kembali namanya dalam lipatan sejarah Liverpool apabila merekodkan 36 gol dengan baki 7 perlawanan dan 2 perlawanan Liga Juara Eropah pada musim pertamanya di Anfield ini. Mohamed Salah telah memecahkan rekod yang dimiliki oleh Fernando Torres yang telah mencipta 33 gol dalam perlawanan kompetitif untuk musim debut di Anfield dan kini, bakal memecahkan rekod Ian Rush pula. Penjaring prolifik Liverpool…

Baca Lagi

Perlumbaan Penjaring Terbanyak Di Antara Mohamed Salah, Harry Kane & Sergio Aguerp

Pertembungan untuk menjadi penjaring terbanyak bagi Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 sedang di ketuai oleh 3 pemain yang mendahuluinya. Selepas menjaringkan 4 gol ketika menentang Leicester City, Sergio Aguero menyertai Harry Kane dan Mohamed Salah untuk menjaringkan lebih daripada 2 gol dalam musim ni, ketika musim hanya 27 perlawanan sahaja. Ini adalah rekod terbaru yang terpantas yang dilakukan oleh penjaring gol sejak ianya dilakukan (terpantas) ketika musim 1995/96 apabila Alan Shearer, Robbie Fowler dan Les Ferdinand lakukan sebegitu. Harry Kane telah mendahului dengan 23 gol. Penyerang Spurs itu sedang dalam perancangan…

Baca Lagi

Video : Bagaimana Taktikal Liverpool Menjadikan Mohamed Salah Sebagai Mesin Gol

Ini menceritakan bahawa bagaimana Mohamed Salah disusun dengan taktikal Liverpool untuk menjadi gol mesin bagi pasukan daripada Merseyside ini. Pada asasnya, Mohamed Salah boleh bermain di mana-mana bahagian hadapan samada sebagai pemain sayap kanan atau kiri atau penyerang tunggal. Untuk taktikal Liverpool, Jurgen Klopp menggunakan Mohamed Salah sebagai pemain sayap kanan yang mampu untuk masuk ke kotak penalti (inside forward). Dengan menggunakan Roberto Firmino, ianya mampu untuk membuka ruang bagi Mohamed Salah samada untuk menerima hantaran atau melakukan larian. Larian daripada Mohamed Salah ini mampu untuk merubah struktur pertahanan pasukan…

Baca Lagi

Loris Karius Tertangkap ‘Kepala’ Virgil Van Dijk

Kedua pemain ini adalah nadi penting bagi Liverpool dalam kemenangan ke atas Porto dalam Liga Juara Eropah pusingan 16 terbaik. Walaupun pada asasnya, Sadio Mane mendapat tajuk utama dengan jaringan hatriknya, Roberto Firmino dengan ‘kungfu-celebration’-nya dan Mohamed Salah dengan ‘world class goal’ yang ditunjukkannya. Namun, sebenarnya ada beberapa ‘unsung-hero’ yang tidak didendangkan. Kali ini, kita bercerita tentang Loris Karius dan Virgil Van Dijk secara serba ringkas. Keampuhan kombinasi bek tengah dan penjaga gol ini memang diraikan dan diberi perhatian sejak akhir-ahir ini. Virgil Van Dijk telah menzahirkan rasa gembira dan…

Baca Lagi

Analisa : Liverpool Lebih Banyak Menang Tanpa Philippe Coutinho

Hampir sebulan pemergian magis daripada Philippe Coutinho di bumi Merseyside yang kini berada salah satu bandar (atau negara yang mahukan kemerdekaan – Catalan), ada pelbagai yang boleh dianalisa. Dalam satu bulan ini juga berlaku naik dan turun yang membelenggu kepada peminat Liverpool sendiri. Daripada kemenangan bergaya ke atas bakal juara Liga Perdana Inggeris atau calon juara Liga Juara Eropah, hinggalah kalah secara berturut-turut dengan Swansea dan West Brom dalam Piala FA. Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan 1 mata dalam bulan ini menentang Spurs dan kemenangan terbaru menentang Southampton. Dan pada akhirnya,…

Baca Lagi

Jurgen Klopp Akan Menghadapi Dilema Untuk Memilih Bek Kiri Dengan Moreno Bakal Kembali

Perlawanan menentang West Brom mungkin terlalu awal untuk Moreno, tetapi kembalinya Moreno kelak akan memberi dilema pemilihan bek kiri kepada Klopp. Bek kiri dari Sepanyol tersebut diketepikan sejak mengalami kesakitan di pergelangan kaki kirinya ketika kemenangan 7-0 ke atas Spartak Moscow pada 6 Disember lalu. Moreno mengalami kecederaan tersebut ketika prestasinya sedang memuncak dan menikmati permainan terbaiknya di Liverpool sejak perpindahannya dari Sevilla. Dikeluarkan awal separuh masa kedua kerana kecederaan, pemain Sepanyol tersebut menikmati itu menikmati perjalanan kariernya setelah diketepikan pada musim lepas dan hampir dijual pada jendela perpindahan musim…

Baca Lagi

Statistik : Kenapa Emre Can Harus Kekal Ditempatnya Meskipun Henderson Telah Kembali Daripada Kecederaan

Kapten Liverpool, Jordan Henderson semakin hampir untuk kembali semula kedalam pasukan Jurgen Klopp tetapi statistik mencadangkan agar Emre Can mengekalkan tempatnya dalam pasukan buat masa ini. Henderson kembali ke latihan di Melwood dan akan menjadi sebahagian daripada skuad Reds pada perlawanan pagi ini menentang Swansea City dalam saingan Liga Pedana. Pemain tengah tersebut diketepikan sejak seri 3-3 menentang Arsenal pada 22 Disember lalu, terlepas lima perlawanan dengan kecederaan hamstring yang dialaminya. Sebelum ini, Henderson telah memulakan 21 daripada 23 perlawanan untuk musim ini, dengan Klopp mengabaikan kritikan luar terus mempercayai…

Baca Lagi

Penggiliran Musim Sejuk Yang Dilakukan Oleh Jurgen Klopp Menunjukkan Kedalaman Skuad Menjadi Faktor Utama Pada Separuh Kedua Musim Ini

Liverpool yang meneruskan rekod tanpa kalah pada musim sejuk dengan jadual yang padat amat mengagumkan tetapi pemergian pemain pada januari ini perlu digantikan semula jika Reds mahu mengekalkan cabaran mereka dalam kedudukan tiga pasukan teratas liga. Melihat kepada kekuatan memberi cabaran di kedudukan empat teratas, masih bersaing dalam Piala FA dan melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara. 2018 boleh menjadi permulaan yang menarik untuk pasukan Jurgen Klopp. Sudah tentu, kualiti akan menentukan sejauh mana penekanan kelab untuk kejuaraaan tetapi kuantiti juga turut penting, kedalaman skuad harus diperbaiki. Banyak…

Baca Lagi

Firmino, Tunggak Utama Liverpool Yang Sering Digantikan Klopp Dalam PL Musim Ini

Firmino, beliau telah 18 kali menjadi kesebelasan utama, dan 13 kali beliau telah digantikan Klopp. Dengan sistem pertukaran pemain yang diamalkan Klopp kini, berupaya untuk membentuk sebuah skuad Liverpool yang bertenaga lagi berdaya saing. Dan, semestinya juga dengan sistem tersebut, sudah pasti dapat membayar dividen yang tinggi buat Liverpool. Yang mana, empat pemain Liverpool yang paling kerap digantikan musim ini ialah : Firmino (13) Mohamed Salah (11) Sadio Mane (9) Philippe Coutinho (8) Malah, tiada di antara mereka yang memulakan perlawanan lebih daripada 19 kali, daripada 22 perlawanan Liga Perdana…

Baca Lagi