Suarez Bukanlah Legenda Liverpool Tetapi Mo Salah Mungkin

Bekas penyerang Liverpool yang dikenali sebagai ‘God’ di sekitar Anfield, menyatakan bahawa seseorang itu layak digelar ikon hanya apabila penyerang itu beraksi dan membuktikan kebolehannya buat beberapa tahun terlebih dahulu.

Mohamed Salah mampu menjadi legenda Liverpool, kata Robbie Fowler, tetapi dia hanya akan mencapai kedudukan seperti itu jika dia kekal di Anfield selama beberapa tahun.

Penyerang Mesir itu terus menyerlah dalam musim kedua di Merseyside, setelah bersinar hebat di musim pertama. Salah terus berkilau pada sesi ini, di mana Salah mencipta pelbagai rekod sekelilingnya, dan sudah menjadi kegemaran Liverpool.

Walau bagaimanapun, Fowler menyatakan, seperti Luis Suarez sebelum dia, Salah perlu bertahan untuk menjadi ikon yang luar biasa.

Bekas penyerang Liverpool, Fowler memberitahu The Mirror: “Saya tidak malu untuk mengatakan bahawa saya percaya jika Mo Salah kekal dengan kelab ini untuk jangka masa yang lebih panjang, maka dia akan menunjukkan ciri-ciri penyerang terbaik untuk menyertai barisan legenda.

“Saya bermain dengan yang bintang-bintang yang terbaik di Liverpool, seperti [Ian] Rush dan [John] Barnes, [Steven] Gerrard dan [Steve] McManaman, jadi saya rasa saya tahu satu atau dua perkara tentang apa yang diperlukan. Salah mempunyai kualiti yang sama, tidak syak lagi.

“Anda telah lihat musim lalu dan anda sedang melihatnya semula kali ini. (Perlawanan dengan) Napoli adalah contoh yang paling bagus, di mana Mo Salah benar-benar luar biasa. Sering kali dia menjaringkan gol pertama dalam permainan yang sengit, atau gol kemenangan. (Ianya) bukan kebetulan.

“Orang bertanya apakah itu MoSalah … dia adalah pemain sebenar.”

Fowler menambah: “Salah telah membuktikan bahawa dia bukanlah one season wonder.

“Orang bercakap tentang Luis Suarez, dan tidak syak lagi dia adalah pemain terbaik kelab itu, tetapi (adakah) seorang yang terbaik sepanjang masa? Tak mungkin – kerana dia hanya ada selama tiga musim dan lebih sedikit. Ia juga memberi impak yang kurang senang dengan cara Suarez meninggalkan kelab.

“Saya tidak fikir dia layak sama sekali.

“Saya tidak akan membandingkannya(Salah) dengan Rush atau dengan 6 penjaring terbanyak yang lain. Mengapa? Bukan kerana saya tidak menilai dia, tetapi kerana saya sedang menunggu. Sekurang-kurangnya lima tahun lagi, saya rasa.

“Dia sudah mendapat hampir 60 gol untuk Liverpool dan nampak ada peluang yang cerah bagi dia melewati Suarez dan Fernando Torres musim ini dalam senarai penjaring terbaik sepanjang masa. Kedua-dua mereka mendapat 82 dan 81, dan itu tidak mencukupi(untuk Mo Salah tandingi) dari segi tahun atau nombor. ”

Admin : Belum tiba pertengahan musim pun tempoh hari, tetapi ramai sudah mengecap Mo Salah sebagai one season wonder, tetapi mereka telah lupa, cabaran yang perlu dia lalui musim ini lebih sengit kerana semua pasukan lawan mula menyasarkan Salah sehingga dia tidak berpeluang untuk mencipta jaringan. Namun sejak kebelakangan ini Mo Salah sudah kembali menyengat. Go Salah! Kayuh slow-slow dan pecahkan pelbagai rekod lagi!

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Goal

Post Author: Wade Wilson