TAA Serta Rakan Sepasukan Teruja Dengan Ox Dan Rhian Brewster

Alex Oxlade-Chamberlain dan Rhian Brewster mengambil bahagian dalam latihan sulung kem empat hari The Reds di Marbella. Mereka kelihatan sudah kembali ke kecergasan penuh setelah mengalami kecederaan jangka panjang.

Kemunculan Oxlade-Chamberlain dan Brewster dengan rakan sepasukan mereka dipenuhi dengan kegembiraan oleh penyokong apabila gambar sesi latihan itu tular di media sosial- dan Alexander-Arnold telah menjelaskan mengapa perasaan di kalangan pemain lain adalah sama.

Beliau memberitahu Liverpoolfc.com: “Ia adalah sesuatu yang mengangkat semangat secara besar-besaran. Anda melihat mereka setiap hari di bilik rawatan, anda melihat mereka di sekeliling, dan saya fikir semua orang sering bertanya kepada mereka berapa lama lagi untuk kembali.

“Ia mungkin agak melelahkan bagi mereka untuk menjawab tarikh yang tepat mereka boleh kembali kerana mereka lalui kecederaan jangka panjang yang anda tidak pasti, bilakah anda akan kembali, tetapi kedua-duanya menunjukkan bahawa mereka boleh bangkit dan kembali secepat mungkin.

“Ia adalah perjalanan yang sangat panjang untuk kedua-dua mereka; Ox lebih berprofil tinggi daripada Rhian, tetapi Rhian telah bekerja keras sepertimana Ox lakukan. Banyak kredit perlu pergi kepadanya kerana dia berada pada usia yang amat muda. Dia tidak banyak bermain dengan pasukan pertama, tetapi dia telah diletakkan dalam keadaan di mana dia berada di dalam dan di sekitar pasukan pertama tetapi tidak mempunyai peluang untuk menonjolkan bakat diri.

“Itu benar-benar sukar bagi dia, (lebih-lebih lagi ketika) melihat pemain muda lain di bangku simpanan dan berfikir (bahawa) mungkin dirinya (berada di situ) jika bukan kerana kecederaannya, tetapi dia mungkin mengambil ia dengan cara yang lain dan menggunakannya sebagai motivasi untuk mengatakan bahawa dia mahu tunggu di sini (rehat sepenuhnya sebelum kembali memberikan khidmatnya). Dia menunjukkan kesungguhannya kepada pengurus bahawa apabila dia kembali, dia mahu berada di dalam (pasukan) dan di sekitar pasukan pertama. Itulah yang dia mahu lakukan dan saya yakin jika tidak mengaalami kecederaan, itulah yang pasti akan berlaku.

Bagi TAA yang juga baru kembali dari kecederaan, segala kredit perlu diberikan kepada pasangan itu kerana mereka adalah contoh bagi para pemain lain bahawa ia memerlukan kesabaran dan keyakinan yang tinggi untuk bangkit kembali dalam masa yang singkat.

Admin: Liverpool sedang giat menjalani latihan sebelum bertemu Bayern dalam Liga Juara-Juara pada 20Februari ini. Diharap Klopp menggunakan tempoh yang panjang ini dengan sebaik mungkin.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

Post Author: Wade Wilson