Alberto Moreno Berkemungkinan Besar Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Porto

Difahamkan Robertson tidak berlatih, dan begitu juga Wijnaldum dan Woodburns. Pemain ini difahamkan akan diturunkan dalam perlawanan pusingan kedua UCL di Anfield pada awal pagi esok. Ia merupakan penampilan pertama buat Moreno sejak kali terakhir diturunkan dalam perlawanan Piala FA menentang WBA. Gini Wijnaldum dan Ben Woodburns difahamkan telah turun berlatih bersama skuad setelah pulih dari selsema. Namun begitu kedua dua pemain itu tidak akan diturunkan dalam perlawanan awal pagi esok. Menurut Klopp : “Mereka berdua telah kembali berlatih namun terlalu awal untuk mereka beraksi”. Walaupun Liverpool mendahului dari segi…

Baca Lagi

Andrew Robertson Membuktikan Beliau Sememangnya Layak Bermain Untuk Liverpool

Beliau menjadi pilihan peminat untuk diturunkan setelah bergelut pada awal karier di Anfield. Selepas diturunkan, nama beliau mula menjadi sebutan para peminat Liverpool berdasarkan aksi memberangsangkan oleh beliau setakat ini. Robertson begitu sukar untuk menembusi skuad utama pada awalnya namun prestasi konsisten beliau telah meletakkan segala kenangan awal di Liverpool di belakangnya buat masa sekarang. Setelah mempamerkan aksi memukau ketika menentang Porto, beliau sekali lagi mempamerkan aksi yang sama ketika Liverpool membenam cabaran West Ham United di Anfield pada Sabtu lepas. Tepukan gemuruh diberikan kepada Robertson yang membantu Sadio Mane…

Baca Lagi

Daniel Sturridge Tidak Akan Diberi Jaminan Oleh Liverpool Dengan Jurgen Klopp Memikirkan Danny Ings Akan Diturunkan Pada Perlawanan Piala FA

Jurgen Klopp mengakui dia tidak boleh menjamin tempat Daniel Sturridge dengan pemain tersebut bersedia beraksi semula. Masa depan pemain kebangsaan England tersebut masih tidak pasti dengan jendela perpindahan bakal berakhir pada minggu depan. Sturridge telah memberi tekanan kepada kelab untuk berpindah pada jendela perpindahan kali ini untuk beraksi dengan lebih kerap bagi mendapatkan tempatnya di skuad England pasca Piala Dunia yang akan bermula pada akhir musim ini tetapi perpindahan pinjaman ke Inter Milan ditolak oleh Liverpool kerana menginginkan perpindahan tetap untuk pemain tersebut. Penyerang berusia 28 tahun tersebut tidak beraksi…

Baca Lagi

Alberto Moreno Bersedia Untuk Merebut Tempatnya Kembali Di Posisi Bek Kiri

Pemain ini tidak beraksi di dalam skuad sejak kecederaan pada Disember lepas. Namun difahamkan pemain ini telah pulih dan kembali menjalani bersama skuad Reds beberapa minggu lepas setelah mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan UCL menentang Spartak Moscow. Sepanjang ketiadaannya, Andrew Robertson mengambilalih peranan itu dan memperagakan persembahan terbaiknya tetapi Moreno telah bersedia untuk merebut posisi tersebut dengan banyak perlawanan yang besar sehingga Mei depan. Menurut Moreno dalam Liverpool FC, beliau mengharagi usaha Robertson namun pada masa yang sama beliau mahu bersaing dengannya untuk merebut kembali posisi itu selepas ini…

Baca Lagi

Jurgen Klopp Akan Menghadapi Dilema Untuk Memilih Bek Kiri Dengan Moreno Bakal Kembali

Perlawanan menentang West Brom mungkin terlalu awal untuk Moreno, tetapi kembalinya Moreno kelak akan memberi dilema pemilihan bek kiri kepada Klopp. Bek kiri dari Sepanyol tersebut diketepikan sejak mengalami kesakitan di pergelangan kaki kirinya ketika kemenangan 7-0 ke atas Spartak Moscow pada 6 Disember lalu. Moreno mengalami kecederaan tersebut ketika prestasinya sedang memuncak dan menikmati permainan terbaiknya di Liverpool sejak perpindahannya dari Sevilla. Dikeluarkan awal separuh masa kedua kerana kecederaan, pemain Sepanyol tersebut menikmati itu menikmati perjalanan kariernya setelah diketepikan pada musim lepas dan hampir dijual pada jendela perpindahan musim…

Baca Lagi

Virgil Van Dijk Disahkan Cergas Tetapi 3 Pemain Lain Masih Diragukan Ketika Lawatan Ke Swansea City

Van Dijk dijangka akan cergas untuk pertemuan menentang Swansea City pada hari hari selasa tetapi 3 rakan sepasukan lainnya masih diragukan. Reds akan membuat lawatan ke Liberty Stadium dimana mereka mencari kemenangan keenam berturut-turut dan mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 18 perlawanan setakat ini. Van Dijk terlepas ketika perlawanan 4-3 yang memihak Liverpool pada ahad lalu dengan kecederaan kecil tetapi dia dilihat akan diturunkan pada perlawanan pertama liga perdana menentang Swansea City. Jurgen Klopp mengesahkan berita tersebut semalam tetapi menyatakan bahawa Salah, Klavan dan Lovren masih dalam keraguan. Klopp berkata…

Baca Lagi

Moreno Mungkin Akan Kembali Pada Perlawanan Man City – Namun Tiada Skala Masa Untuk Hendo

Klopp menyatakan Moreno akan terlepas perlawanan Leicester, Burnley dan Everton. Pemain pertahanan kiri itu telah terlepas 5 perlawanan sebelumnya akibat kecederaan tendon pada pergelangan kaki namun sekarang beliau dalam proses pemulihan. Beliau mungkin tidak sempat untuk kembali cergas pada perlawanan FA Cup menentang Everton namun berkemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan menentang Man City. Menurut Klopp : “Beliau mungkin cepat pulih namun saya masih ragu ragu beliau akan diturunkan”. “Beliau tidak sempat untuk diturunkan dalam 2 perlawanan seterusnya tetapi beliau boleh terlibat sedikit dalam perlawanan menentang Everton.  “Dan selepas itu ada…

Baca Lagi

Pemain ‘Top 4’ Liverpool Bagi Separuh Musim 17/18 | Berdasarkan ‘Rating’ Pemain

Mengikut laporan This Is Anfield, telah melaporkan antara pemain terbaik bagi separuh musim 17/18 ini. Dinilai berdasarkan persembahan sepanjang separuh pertama musim, mengikut perlawanan-perlawanan yang pemain itu terlibat. Tempat ke-4, berkongsi Moreno dan juga Gomez. Alberto Moreno – 8 Moreno sememangnya layak untuk mendapat pujian yang sangat besar, setelah berjaya menjadikan kerjayanya bersama The Reds gemilang semula. Dan, sehinggalah mengalami kecederaan, beliau boleh dikatakan sebagai pemain yang paling konsisten, sehingga tidak terlepas menjadi pilihan utama Klopp untuk diturunkan sebagai bek kiri tetap Liverpool. Kesilapan-kesilapan ‘bodoh’ yang sebelum ini, iaitu pada…

Baca Lagi

Alberto Moreno Diragui Akan Diturunkan Ketika ‘Derby’ Setempat Menentang Everton

Alberto moreno masih diragui untuk turun menentang Everton ahad ini selepas cedera ketika beberapa minit terakhir separuh masa pertama perlawanan pagi tadi.  Bek kiri Liverpool ini terpaksa meninggalkan padang ketika hujung-hujung separuh masa pertama selepas bertembung dengan pemain Spartak Moscow, Roman Zobnin dan digantikan dengan James Milner. Milner kelihatan menangis ketika meninggalkan padang tetapi Klopp berkata pemain Sepanyol ini mempunyai semangat juang yang tinggi apabila kembali ke bilik persalinan. Klopp berkata : “Ia satu situasi yang pelik dan dia seorang lelaki yang kuat. “Ia satu situasi yang sukar. Jika dia…

Baca Lagi

Kecederaan Moreno Tidak Begitu Parah

Alberto Moreno mendapat kecederaan di buku lali beliau, semasa perlawanan Liverpool mengalahkan Spartak Moscow, dengan 7-0. Walaupun pemain yang berasal dari Sepanyol itu cuba untuk menunjukkan yang terbaik dengan meneruskan perlawanan, dia terpaksa juga digantikan oleh James Milner. Walau bagaimanapun, selepas perlawanan, Jurgen Klopp mengandaikan yang kecederaan Moreno berkemungkinan tidak begitu buruk seperti jangkaan awal yang sangat ditakuti. Yang mana Klopp berkata, situasi yang berlaku itu sesuatu yang sukar untuk diramalkan. Moreno adalah merupakan seorang pemain yang kuat, tapi jika kelihatannya Moreno seperti tidak dapat untuk meneruskan perlawanan, pasti sesuatu…

Baca Lagi

Emre Can & Alberto Moreno Bakal Digantung Perlawanan Eropah Seterusnya Jika Perolehi Kad Kuning

Duo pemain Liverpool iaitu Emre Can dan Alberto Moreno mungkin akan berdepan dengan penggantungan 1 perlawanan di Liga Juara Eropah sekiranya kedua pemain ini memungut kad kuning ketika Liverpool melayani pasukan Spartak Moscow di Anfield nanti. Ini adalah perlawanan terakhir Liverpool bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya Liga Juara Eropah peringkat kalah mati nanti. Jika pemain antarabangsa Jerman dan Sepanyol ini menerima satu lagi kad kuning dalam perlawanan ini, maka kedua pemain ini akan terlepas perlawanan berikutnya. Kedua pemain ini telah bermain dalam semua perlawanan, iaitu 5 perlawanan dan kedua…

Baca Lagi

Ketika Separuh Masa Kedua, Punca Prestasi Buruk Adalah Kami Sendiri : Moreno

Pemain bek kiri ini menggambarkan, persembahan yang dipamerkan Liverpool pada separuh masa kedua, adalah punca kepada Sevilla dengan mudah menewaskan tiga gol awal Liverpool. Dengan beliau turut mengakui, sememangnya permainan skuad The Reds semasa separuh masa kedua menentang Sevilla, sangat teruk, langsung tidak bertenaga. Ianya sangat berbeza sekali, apabila Liverpool mempamerkan aksi yang menakjubkan pada separuh masa pertama di Roman Sanchez Pizjuan, dengan menyaksikan Liverpool mencatat kemenangan 3-0 menerusi Firmino dan tandukan dari Mane. Tiga mata sudah dalam genggaman, yang memudahkan laluan The Reds ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara,…

Baca Lagi