Jurgen Klopp Menuding Jari Kepada “Jadual Padat” Berikutan Kecederaan James Milner

Pemain itu hanya bermain selama 6 minit sebelum dibawa keluar ketika aksi menentang Everton semalam.  Dan Klopp menyalahkan jadual padat berikutan kecederaan yang dialami pemain itu meskipun memenangi perlawanan dengan jaringan 1 – 0. James Milner menerima rawatan untuk beberapa ketika sebelum dibawa keluar dengan kemungkinan mengalami kecederaan hamstring atau paha. Beliau akan menjalani pemeriksaan […]

Perkembangan Terkini Kecederaan Alex Oxlade Chamberlain

Pemain tengah itu mengalami ketika perlawanan menuju tamat waktu perlawanan sebenar.  Beliau dikeluarkan pada minit ke 75 dengan Liverpool mencatatkan kemenangan 1 – 0 ke atas Flamengo untuk ditabalkan juara kelab dunia buat pertama kalinya.  Oxlade Chamberlain dilihat seperti mengalami terseliuh dengan Klopp menyatakan ianya tidak bagus namun pemain itu menyatakan semuanya okay selepas penilaian […]

Liverpool Benam Bournemouth 3 – 0 Untuk Lebarkan Rekod Tanpa Kalah Liga Musim Ini

Alex Oxlade Chamberlain, Naby Keita dan Mo Salah masing masing menyumbang gol untuk The Reds bawa 3 mata dari Vitality Stadium. Berikutan jadual padat yang dihadapi Liverpool dan isu kecederaan, Jurgen Klopp melakukan rombakan untuk perlawanan malam ini.  ( Siapa kaptenkan Mane dalam FPL memang kecewa habis )  Liverpool tidak membuang masa untuk menekan lawan, […]

Perlawanan Antarabangsa : Alex Oxlade dan Naby Keita Berada Dalam Senarai Penjaring Pasukan Kebangsaan

Alex Oxlade Chamberlain membuka jaringan pada minit ke 11 dalam perlawanan antarabangsa ke 1000 England ketika menentang Montenegro di Wembley.  Menyambut hantaran dari sebelah kanan kotak penalti, pemain tengah Liverpool itu mengawal bola dan melepaskan rembatan ke gol.  Pemain itu kemudiannya bermain selama 56 minit sebelum dikeluarkan dengan England memenangi perlawanan dengan 7 – 0 […]

Alex Oxlade Dan Naby Keita Mempunyai Dilema Tersendiri – Stephen Warnock

Namun beliau menjangkakan kedua dua pemain itu akan diturunkan lebih kerap selepas ini.  Alex Oxlade Chamberlain telah memperagakan reputasi yang dimilikinya setelah menjaringkan gol kemenangan ke atas Genk pada perlawanan UCL minggu ini.  Pemain berusia 26 tahun itu telah menempuhi saat sukar sejak tiba dari Arsenal namun berjaya memenangi hati peminat Liverpool selepas itu.  Namun […]

Highlight Perlawanan : Liverpool 2 Genk 1 ( UCL 2019 2020 )

Jaringan awal dari Georginio Wijnaldum dan Alex Oxlade Chamberlain membantu Liverpool mengutip 3 mata penuh dari Anfield awal pagi tadi. Namun pemain Genk, Samatta berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan menuju rehat separuh masa.  Saksikan : ADMIN Liverpool kini berada di tangga teratas Kumpulan E dengan 9 mata. YNWA. Sumber : Goal.com

Alex Oxlade Bagaikan Mimpi Ngeri Genk : Bantu Liverpool Catat Kemenangan 2 – 1

Sebelum itu Wijnaldum menjaringkan gol pendahuluan sebelum tandukan Samatta menyamakan kedudukan buat Genk di separuh masa pertama.  Klopp merombak sedikit barisan serangan beliau dengan kali ini memberi ruang buat Oxlade – Origi – Salah bergandingan dan juga Naby Keita diturunkan sementara James Milner bermain di bek kiri.  Liverpool terlebih dahulu menguji kekentalan benteng Genk dengan […]

Jurgen Klopp : Saya Mahukan Lebih Lagi Dari Alex Oxlade Chamberlain

Pemain tengah Liverpool itu menjaringkan 2 gol ke atas Genk awal pagi tadi.  Meskipun mendapat pujian dari Jurgen Klopp, namun pengurus itu merasakan bahawa Ox dapat melakukan yang lebih baik dalam perlawanan akan datang.  Kedua dua gol dari Alex Oxlade itu merupakan gol pertama yang dijaringkan beliau sejak mengalami kecederaan lutut serius sejak 18 bulan […]

Media : Highlight Perlawanan Genk 1 Liverpool 4 ( UCL 2019 2020 )

2 gol dari Alex Oxlade Chamberlain, dan masing masing 1 gol dari Sadio Mane dan Mo Salah membolehkan Liverpool menang bergaya di Belgium awal pagi tadi.  Namun Genk berjaya mendapatkan 1 gol menerusi Odey pada lewat perlawanan.  Saksikan : ADMIN Kemenangan yang selesa di Genk. Apapun YNWA.  Sumber : Goal.com

Liverpool Catat Kemenangan Bergaya 4 – 1 Di Genk

Dua gol dari Alex Oxlade Chamberlain, dan masing masing satu gol dari Sadio Mane dan Mo Salah membantu Liverpool meneruskan rentak kemenangan dalam UCL, dengan gol saguhati oleh Odey di lewat perlawanan.  Sebelum itu Jurgen Klopp telah melakukan rombakan dalam kesebelasan utama berikutan kecederaan Joel Matip dan Trent yang kurang sihat, dengan Milner serta Lovren […]

Alisson, Lallana Dan Oxlade Chamberlain Fokus Menjalani Latihan Di Melwood Sepanjang Cuti Rehat Antarabangsa

Paling signifikan adalah Alisson yang kini semakin hampir untuk kembali beraksi menjelang pertemuan dengan Man United.  Ketiga tiga pemain itu menjalani latihan tambahan di Melwood dengan mengintai peluang untuk kembali beraksi dalam skuad di Old Trafford.  Alisson telah mengalami kecederaan betis ketika perlawanan pembukaan EPL pada 09 Ogos lepas menentang Norwich.  Namun beliau telah melangkah […]

error: Content is protected !!