Jurgen Klopp :”Kami Memerlukan Aura Penyokong Untuk Perlawanan Penentuan UCL”

Liverpool harus menumpaskan Napoli dengan kelebihan satu atau dua gol untuk memastikan laluan ke Pusingan Kedua Kalah Mati. Dan pengurus Liverpool itu meminta pertolongan daripada semua penyokong untuk memberikan sokongan padu di Anfield pada perlawanan awal pagi Rabu. Carlo Ancelotti pula amat berhati hati dengan kelibat Mo Salah di hadapan gol mereka. Klopp meminta peminat […]

Polis Merseyside Membuka Kertas Siasatan Mengenai Insiden “Suar Biru” Di Anfield

Selain itu terdapat laporan objek lain dilontar ke dalam padang oleh penyokong “Everton”. Liverpool menumpaskan Everton 1 – 0 menerusi jaringan lewat perlawanan menerusi tandukan Divock Origi hingga seluruh Anfield ketika itu bersorak kegembiraan meraikan jaringan tersebut. Selepas perlawanan berakhir, terdapat laporan bahawa suar dan pelbagai objek lain telah dilontar ke dalam stadium oleh penyokong […]

Klopp : “Liverpool Belum Konsisten Namun Akan Terus Meningkatkan Prestasi

Pengurus Liverpool itu tahu pasukannya hilang sengat di bahagian, namun berharap fokusnya terhadap pertahanan sekarang akan membuahkan hasil. Dan Jurgen Klopp mengakui bahawa beliau sedang mencari formula terbaik untuk menyeimbangkan kekuatan pertahanan dan serangan ketika ini. Kekuatan bahagian serangan Liverpool amat terbukti pada musim lepas dengan melangkah ke Final UCL pada Mei meskipun tumpas kepada […]

Trent Alexander Arnold : Saya Mahu Menjadi “One Club Man”

Ianya mengubah impian seorang remaja menjadi realiti; daripada pemain akademi kepada pemain utama pasukan senior, daripada pengalaman UCL kepada pengalaman Piala Dunia. Dan impian Trent Alexander Arnold seterusnya adalah untuk kekal dan berkhidmat di Liverpool selama mana tenaga dan keringat beliau diperlukan. Ditanya mengenai adakah beliau akan mengikuti jejak langkah Jamie Carragher yang melakukan 737 […]

Mo Salah Meraih Anugerah Pemain Terbaik LFC Untuk Oktober

Beliau memainkan peranan penting untuk kelab tersebut dalam usaha mencatatkan 3 kemenangan berterusan. Mo Salah menjaringkan gol tunggal ketika Liverpool mencatatkan kemenangan 1 – 0 ke atas Huddersfield sebelum membantu kelab itu mencatatkan kemenangan ke atas Red Star Belgrade dengan menjaringkan 2 gol. Beliau kemudiannya menjaringkan gol dan memberikan dua “assist” untuk Liverpool menumpaskan Cardiff […]

Media : Sadio Mane Skill & Trick 2018 2019

Petikan video mengenai skil tersendiri beliau dalam perlawanan melibatkan Liverpool musim 2018 2019. Pastinya yang paling kita ingati adalah apabila beliau memperagakan skil untuk memperdayakan Neymar ketika aksi UCL. Saksikan : ADMIN Tamak itu terlalu meluas konsepnya. Asalkan kita lihat dari sudut positif iaitu berusaha untuk membantu kelab ketika ini, itu lebih baik. YNWA. Sumber […]

Pendedahan : “Klausa Khas” Liverpool Terhadap Barcelona Selepas Perpindahan Phil Coutinho

Pemain itu meninggalkan Anfield untuk ke Barcelona pada Januari lepas dengan nilai £142 juta. Namun Liverpool didakwa mempunyai “klausa khas” bersama Barcelona sekiranya kelab itu mahu mendapatkan pemain Reds lagi di masa hadapan. Sebelum itu, Coutinho dilaporkan mahu meninggalkan Anfield pada musim panas 2017 namun Liverpool berkeras untuk tidak melepaskan beliau hinggalah pada Januari 2018. […]

Jurgen Klopp Bercakap Mengenai Taktik Dan Tekanan Di Liverpool

Beliau lebih suka situasi yang mudah ketika menentukan formasi buat Liverpool. Formasi 4 2 3 1 adalah salah satu sistem yang telah digunakan Jurgen Klopp dalam musim ini, namun beliau menegaskan bahawa perkara itu bukanlah sesuatu yang baru dalam pengurusan beliau. Selain itu, pergerakan pemain yang disokong oleh kombinasi permainan yang diperkenalkan Klopp juga menjadi […]

Media : Highlight Perlawanan Liverpool vs Fulham

Gol masing masing dari Mo Salah dan Xherdan Shaqiri memastikan The Reds tidak bermasalah untuk mengutip 3 mata penuh di Anfield semalam dan kembali ke landasan kemenangan. Saksikan : ADMIN Kemenangan yang bermakna untuk mengekalkan Liverpool di kelompok atasan Liga Perdana Inggeris ketika ini. YNWA. Sumber : Stadium Astro

Liverpool FC vs Fulham : Info Perlawanan Ringkas Malam Ini

Previu ringkas mengenai perlawanan EPL pada hari ini. The Reds mahu memberikan reaksi positif berikutan kekalahan ke atas Red Star Belgrade pada awal pagi Rabu lepas. Skuad Jurgen Klopp belum lagi tewas dalam kempen liga musim ini dan mahu mengekalkan rekod tanpa kalah itu selama yang mungkin dengan melayani Fulham hari ini. Berikut adalah beberapa […]

Media : “Bezzie” Antara Joe Gomez dan Virgil Van Dijk

Persefahaman di antara kedua dua pemain ini semakin baik setelah mereka terlibat dalam program kuiz. Mereka dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan mengenai sifat masing masing dan Joe Gomez akhirnya memenangi kuiz tersebut. Van Dijk mendedahkan bahawa loker Joe Gomez bagaikan “farmasi” disebabkan produk yang digunakan dan disimpan di sana. Saksikan : ADMIN Meskipun begitu, mereka […]

Media : Iklan Lavazza Coffee Bersama Liverpool FC

Liverpool FC mengalu alukan kehadiran rakan kongsi baru mereka, Lavazza Coffee sebagai kopi rasmi untuk kelab tersebut. Lavazza akan menjadi pembekal kopi eksklusif buat kelab dengan menyediakan kopi untuk 54,000 peminat yang berada di Anfield dan juga pelancong di luar hari perlawanan. Berikut adalah iklan yang memaparkan Sturridge, Lovren dan juga Virgil Van Dijk. Saksikan […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: