Presiden Kelab Roma Membidas Dakwaan Presiden Napoli – Seperti “Tweet” John W Henry!

Presiden kelab itu didakwa mempunyai pegangan ekuiti dalam saham Liverpool oleh presiden kelab Napoli, Aurelio de Laurentiis. Pemilik kelab Roma itu merupakan kawan karib kepada pemilik kelab Liverpool John W Henry dan kedua dua pemilik kelab itu telah terlibat dalam urusan perpindahan berprofil tinggi dalam dua musim ini apabila menjual Mo Salah dan Alisson sejak […]

Media : Alisson Becker “Signing Day”

Bermula dari hotel, pemeriksaan kesihatan, menandatangani kontrak dan akhirnya diumumkan sebagai pemain Liverpool. Dan di penghujung video, lihat di mana Jurgen Klopp menerjah beliau semasa temuramah untuk mengalu alukan kedatangan di Anfield. ADMIN Kelihatan Micheal Edwards di video itu. Orang penting di sebalik semua perpindahan kali ini. Sumber : Youtube

Alisson : Faktor Anfield Yang Mempengaruhi Keputusan Saya Untuk Menyertai Liverpool

Penjaga gol Brazil ini akhirnya membuat keputusan menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan termahal dunia yang bernilai £65 juta. Dan Alisson menyatakan suasana di Anfield itu juga membantu beliau untuk membuat keputusan menyertai Liverpool musim ini. AS Roma dan Liverpool telah bertemu dalam Separuh Akhir UCL 2017 2018, di mana The Reds menumpaskan kelab Itali itu […]

Liverpool Melengkapkan Perpindahan Alisson Becker Dari AS Roma

Beliau menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan termahal di dunia untuk penjaga gol. Alisson telah menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan selepas itu dan menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama The Reds. Roma sebelum ini telah menyatakan nilai perpindahan itu adalah mencecah £66.8 juta namun sumber terdekat Anfield menyatakan ianya hanya bernilai £65 juta. Sekitar £56 juta […]

Reaksi Peminat Mengenai Perpindahan Alisson : “Romapool!”

Difahamkan segala perbincangan telah berjaya dilaksanakan dan pemain itu sedang dalam perjalanan untuk ujian perubatan di Melwood. Dan peminat Liverpool tidak melepaskan peluang untuk berseloroh mengenai perpindahan ini menerusi laman sosial masing masing. Jika semuanya berjalan lancar, Alisson merupakan pemain kedua dari AS Roma yang menyertai Liverpool selepas Mo Salah melakukannya pada musim lepas. Peminat […]

Alisson Bersetuju Dengan Terma Peribadi – Akan Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Di Melwood

Beliau kini semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan berprofil tinggi ke Anfield. Difahamkan juga Alisson akan menamatkan cutinya lebih awal di Sardinia dan akan terbang ke Merseyside bagi menjalani pemeriksaan kesihatan bagi melengkapkan perpindahan £66.8 juta dari Roma. Beliau telah bersetuju dengan terma kontrak yang ditawarkan selama 5 tahun setelah diberikan kebenaran untuk berbincang dengan Liverpool. […]

Liverpool Mungkin Melupakan Hasrat Untuk Mendapatkan Allison

Difahamkan Liverpool enggan membayar nilai setinggi £80 juta untuk penjaga gol Brazil itu. Selain itu, Sky Sports difahamkan bahawa Allison lebih berminat untuk berhijrah ke Real Madrid. Manakala Real Madrid pula dilaporkan berminat untuk merekrut Thibaut Cortois, di mana telah memasuki fasa akhir kontraknya di Chelsea. Chelsea juga berminat untuk mendapatkan khidmat Allison jika Cortois […]

Roberto Firmino : Allison Telah Berbicara Mengenai Potensi Perpindahan Ke Liverpool

Beliau mendedahkan perkara tersebut selepas kem latihan Brazil menjelang Piala Dunia 2018. Penjaga gol Roma itu telah bertanya mengenai kemungkinan perpindahan yang akan berlaku pada musim panas ini ke Liverpool. Jurgen Klopp dijangka akan merombak posisi penjaga gol dan berkemungkinan besar dua penjaga gol sedia ada, Simon Mignolet dan Danny Ward berkemungkinan besar akan dilepaskan. […]

Alex Oxlade Chamberlain Berkemungkinan Tersisih Hingga November Hadapan

Pembedahan terhadap lutut beliau telah berjaya namun beliau bakal tersisih dalam tempoh yang lama. Beliau mengalami kecederaan itu ketika aksi menentang Roma dalam separuh akhir pertama UCL Di Anfield, yang memaksa beliau dikeluarkan serta merta. Pembedahan itu berjaya, dan kini beliau sedang bertongkat untuk berjalan dan memulakan usaha untuk pemulihan kecederaan beliau selepas ini. Liverpool […]

Roma Tidak Akan Menjual Allison Dengan Nilai “Kurang Daripada £88 Juta”

Penjaga gol dari Brazil merupakan sasaran Liverpool sebelum ini untuk menggantikan Loris Karius. Dan difahamkan juga Roma enggan menjual Allison dengan nilai kurang dari £88 juta dan sekaligus berhasrat untuk mengekalkan penjaga gol itu di Olimpico bagi menghadapi musim hadapan. Sebelum ini penjaga gol itu pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, dengan Jurgen Klopp mahu […]

Realiti Kisah Mo Salah Bersama Chelsea – Beliau Hanya Mahu Buktikan Bakatnya Selama Ini

Beliau akan turun menentang kelab yang telah menghadiahkannya pingat kejuaraan liga – namun tidak mempercayai bakat yang dimilikinya. Pada 2015, ketika beliau bersama Fiorentina sepanjang musim itu tatkala menerima mesej dari kelab yang meminjamkan beliau keluar, Chelsea. Kelab dari London itu baru sahaja mengesahkan kejuaraan liga, dan Mourinho mahu mengagihkan pingat kepada pemainnya yang telah […]

Klopp : Perlawanan Menentang Chelsea Ibarat Perlawanan Separuh Akhir UCL

Beliau percaya cabaran di Stamford Bridge tiada bezanya dengan cabaran yang diberikan Roma pada Rabu lepas. Chelsea akan melayani kunjungan The Reds sambil berharap kemenangan akan menghidupkan lagi peluang mereka untuk memburu slot Top 4 EPL musim ini. Satu kemenangan lagi akan menjamin kedudukan Liverpool di UCL musim depan namun seri hanyalah memberikan halangan buat […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: