Nasihat Cafu Kepada TAA – “Jangan Berpuas Hati Dengan Prestasi Sekarang”.

Pemain antarabangsa England ini bakal turun buat pertama kali setelah tersisih selama sebulan akibat kecederaan. Dan Cafu telah memberikan nasihat kepada Trent bahawa beliau harus berani berganjak dari kedudukannya sekarang jika mahu terus memperkembangkan bakatnya. Trent Alexander Arnold telah menikmati saat terbaik dalam kariernya selama 18 bulan apabila apabila berjaya menembusi skuad utama kelab, bermain […]

Pele : Tepisan Gordon Banks Itu Bermulanya Hubungan Kami Sebagai Rakan

Ikon bolasepak dunia itu memberikan penghormatan ke atas pemergian bekas penjaga gol England itu baru baru ini. Pemergian Gordon Banks telah diumumkan pada hari Selasa lepas berikutan keadaan kesihatannya yang merosot baru baru ini. Penghormatan telah diberikan kepada beliau sejak berita mengenai mendiang tersebar dengan Pele mengucapkam takziah kepada keluarga mendiang. Kedua dua pemain mempunyai […]

Guillem Balaque : Barca Mahukan Lebih Dari Coutinho – Namun Kelab Itu Enggan Melepaskan Beliau

Bekas pemain Liverpool ini tampak sukar menyesuaikan diri di Catalan setelah berpindah dengan nilai £142 juta. Dan kelab Catalan itu menjangkakan Coutinho mampu memberikan “lebih” daripada sekarang, setelah pemain itu mahukan perpindahan ke Barcelona pada Januari 2018 walaupun Liverpool menolak 3 bidaan dari kelab itu sebelumnya. Pemain dari Brazil itu sudah semestinya telah menjulang gelaran […]

Alisson Mengakui Beliau Sukar Memahami Dialek “Scouse”

Beliau sukar memahami apa yang dituturkan oleh Trent Alexander Arnold, dan begitu juga dialek “Mackem” Henderson, “Glaswegian” Robertson dan juga “Yorkshireman” Milner. Alisson tiba di Anfield musim panas lepas dan memberikan impak yang cukup mengagumkan. Namun begitu, beliau mengakui lebih memahami bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pemain dari luar Britain berbanding dari dalam Britain sendiri. […]

TIte Puji Klopp, Ingin Gunakan Taktikal Liverpool Untuk Brazil

Jurgen Klopp mungkin tidak pernah langsung terlintas di benak fikirannya, yang gaya formasi dan taktikal menyerangnya akan mempengaruhi pasukan terkenal kebangsaan Brazil ini. Namun, itulah hakikat dan kenyataannya. Bercakap kepada media menjelang perlawanan persahabatan Brazil vs Uruguay, pengurus Brazil, Tite memuji kehebatan salah seorang anak didikan Klopp di Liverpool, Roberto Firmino. Yang mana, Firmino bakal […]

Ederson Membincangkan “Persaingan” Posisi Bersama Alisson

Beliau mengakui penjaga gol Liverpool itu berada “selangkah” di hadapan beliau di dalam skuad Brazil. Alisson telah bermain sebanyak 32 kali untuk skuad Canaries setakat ini sekaligus menjadi penjaga gol utama ketika kempen Piala Dunia 2018, manakala Ederson hanya bermain sekali meskipun usianya setahun lebih muda dari penjaga gol Liverpool itu. Dan sekarang mereka berdua […]

Media : Dokumentari Ringkas Mengenai Perjalanan Kehidupan Roberto Firmino

Bagaimana beliau keluar dari kemiskinan di Brazil untuk menjejakkan kaki ke salah satu kelab terbaik di dunia. Saksikan domentari ringkas oleh Oh My Goal ini : ADMIN Kesimpulan yang paling mudah untuk Roberto Firmino; “A Perfect Forward”. Nikmat apa lagi yang didustakan lagi untuk beliau sebagai seorang penyerang bolasepak moden? Sumber : Youtube

Video : Fabinho Bermain Posisi ‘RB’ Dipuji Ramai

Keinginan para peminat Liverpool yang membuak-buak, mahu melihat Fabinho beraksi, akhirnya termakbul. Tetapi, bukan bersama skuad merah Liverpool namun bersama skuad kebangsaan Brazil, mengalahkan USA 2-0. Mendapat pujian menyeluruh dalam perlawanan tersebut, nama Fabinho tidak lekang di ‘up’ status melalui laman rasmi Twitter pasukan kebangsaan Brazil, Selecao Brasileira. Malah, Fabinho sendiri begitu terbuka untuk bermain […]

Tite Akhirnya Akui Firmino Lebih Hebat Dari Jesus

Tite Sedar Percaturannya Dengan Tidak Turunkan Firmino Semasa Piala Dunia Adalah Tindakan Yang Salah Jurulatih Brazil Tite, mengatakan apa yang dilakukan Roberto Firmino adalah lebih baik daripada Gabriel Jesus. Jesus, umum sendiri nampak, yang dia lebih menjadi pilihan Tite untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Brazil berbanding Firmino sepanjang kejohanan Piala Dunia musim panas baru ini […]

Media : Gol Firmino Ketika Brazil Menentang USA

Beliau diturunkam buat pertama kalinya dalam kesebelasan utama pasukan Brazil dalam perlawanan persahabatan. Dan Firmino tidak perlu menunggu lama untuk membuka akaun gol bersama Brazil dalam perlawanan ini, dalam minit ke 11. Saksikan : ADMIN Selain dari Firmino, Neymar turut menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti. Dan Alisson serta Fabinho disenaraikam dalam kesebelasan utama, bersama […]

Impian Firmino Dan Brazil Terkubur – Tewas 2 – 1 Kepada Belgium

Manakala seorang lagi pemain Liverpool, Simon Mignolet berada di bangku simpanan pada perlawanan tersebut. Pemain Liverpool itu hanya dimasukkan di awal separuh masa kedua di mana ketika itu Brazil ketinggalan 2 – 0, hasil jaringan sendiri Fernadinho dan rembatan leret oleh Kevin De Bruyne. Pasukan bimbingan Tite itu berjaya merapatkan jurang jaringan hasil tandukan Renato […]

Bobby Firmino Diturunkan Dalam Skuad Brazil Meskipun Diikat Switzerland 1 – 1

Namun beliau bermula dari bangku simpanan untuk beraksi dalam perlawanan awal pagi tadi. Roberto Firmino dimasukkan dalam 12 minit terakhir perlawanan di Rostov sambil mengharapkan sesuatu setelah gol pendahuluan Brazil dipadamkan oleh Steven Zuber. Antara peluang terbaik Firmino adalah satu rembatan voli yang melepasi palang dari sudut sukar, dan memaksa Yan Sommer melakukan aksi cemerlang […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: