Perkembangan Terkini Mengenai Joe Gomez

Liverpool telah mengesahkan bahawa beliau mengalami retak tulang kaki ketika perlawanan menentang Burnley. Pemain pertahanan itu telah diusung keluar dari permainan ketika memasuki minit ke 23 setelah ditakel keras oleh pertahanan Burnley semalam. Keadaan Joe Gomez telah diperiksa sepenuhnya oleh pakar perubatan di Melwood sejurus selepas itu. Beliau berkemungkinan besar akan tersisih selama lebih 6 […]

Jurgen Klopp Mendedahkan Perubahan Taktikal Ketika Kemenangan Ke Atas Burnley

Rombakan kesebelasan utama dilihat menyukarkan keadaan Liverpool dalam 45 minit pertama di Turf Moor. Dan Jurgen Klopp percaya perubahan taktikal ketika rehat separuh masa pertama adalah faktor utama Liverpool dapat mengekalkan rentak kemenangan untuk perebutan kejuaraan liga musim ini. Pada mulanya Liverpool gagal untuk bermain dengan bermain dengan baik pada separuh masa pertama, namun separuh […]

Sam Dyche Dilihat “Bertengkar” Pula Dengan Jurgen Klopp

Jurgen Klopp baru baru ini didenda £8000 di atas kesalahan meraikan jaringan di dalam padang ketika perlawanan menentang Everton. Dan beliau hampir terlibat dengan kontroversi sekali lagi dengan Liverpool ketika ini kembali merapati Man City di takhta liga. Sam Dyche ketika itu bercakap sesuatu dengan Klopp ketika kedua dua pengurus itu menuju ke bilik persalinan […]

Media : Highlight Perlawanan Burnley vs Liverpool

Jack Cork menjaringkan gol awal buat Burnley sebelum Milner, Firmino dan Shaqiri menjaringkan gol buat The Reds. Dan Liverpool hanya dapat membolosi gawang Burnley setelah separuh masa kedua untuk meraih 3 mata dari sana. Saksikan : ADMIN Mungkin ada yang tidak suka akan lineup awal, namun pasukan kedua ini penting untuk merehatkan beberapa pemain utama […]

The Reds Teruskan Rentak Kemenangan Di Turf Moor

Burnley mendahului menerusi Jack Cork seketika namun Liverpool menyumbat 3 gol menerusi James Milner, Firmino dan Shaqiri. Jurgen Klopp akhirnya melakukan 7 pertukaran pemain disebabkan kecederaan dan isu kecergasan dengan memasukkan Joel Matip, Alberto Moreno, Divock Origi, Daniel Sturridge sementara Jordan Henderson, James Milner dan Naby Keita bergandingan di bahagian tengah. Liverpool memulakan separuh masa […]

Burnley vs Liverpool : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Segala galanya yang anda perlu tahu dalam kunjungan The Reds ke Turf Moor. Liverpool semestinya mahu meneruskan rentak kemenangan dalam liga tanpa sebarang kekalahan ketika ini bersama sama juara bertahan Man City. Selepas jaringan lewat perlawanan Merseyside Derby yang memberikan Liverpool 3 mata di Anfield Ahad lepas, pasukan di bawah kendalian Jurgen Klopp ini mahu […]

Kemungkinan ‘Lineups’ vs Burnley Di Turf Moor

Dengan perlawanan vs Bournemouth akan datang pada hari Sabtu, diikuti oleh pergolakan berprofil tinggi vs Napoli dan Man United minggu depan, nampaknya keputusan yang tepat untuk merehatkan Mane dalam pertembungan awal pagi ini. Setelah Mane selesai dijahit kakinya akibat pembedahan kecil kerana kecederaan yang ditanggung semasa Derby Merseyside, bijak untuk membenarkan No. 10 itu pulih […]

Danny Ings Mahu Meninggalkan Liverpool – Namun Klopp Tidak Mahu Melepaskan Beliau

Difahamkan beliau masanya sudah tiba mahu memulakan kehidupan baru di luar Anfield selepas 3 tahun. Bekas penyerang Burnley ini ditimpa dua kecederaan serius sepanjang hampir 3 musim di Liverpool, dan hanya bermain 8 perlawanan untuk kelab itu sejak 2015. Pemain berusia 25 tahun ini mahu meninggalkan Anfield untuk mendapatkan lebih minit permainan dan mahu mencari […]

Alex Oxlade Chamberlain Memberikan “Flying Kiss” Kepada Penyokong Burnley Sejurus Tamat Perlawanan

Beliau secara berseloroh melakukan aksi tersebut setelah kemenangan lewat Liverpool di Turf Moor. Tandukan Ragnar Klavan memberikan gol kemenangan buat Liverpool setelah terikat 1 – 1 sebelum itu, sekaligus mengecewakan penyokong tuan rumah namun menggembirakan penyokong Liverpool yang berkunjung ke sana. Sejurus tamat perlawanan, Alex Oxlade Chamberlain dilihat memberikan ‘flying kiss’ kepada penyokong lawan sebelum […]

Keputusan : Teka Skor & Penjaring Pertama

Ramai telah meneka dengan betul, namun ramai juga yang tidak mengikut format yang ditetapkan. Berikut adalah beberapa komen yang kami telah telitikan dalam peraduan ini. Penyertaan DIBATALKAN kerana meneka 2 kali.  Pertama :  Penyertaan Tidak Lengkap Kedua : Tidak Mengikut Format   Ketiga : Tekaan Gol Tepat, Namun Penjaring Tidak Tepat Keempat : Masa Tekaan […]

Klavan Muncul Hero Minit Akhir Untuk Liverpool Bawa Pulang 3 Mata Dari Turf Moor

Skuad Jurgen Klopp berjaya atasi Burnley 2 – 1. Sekali lagi skuad Liverpool dirombak apabila Mo Salah dan Coutinho mengalami kecederaan manakala Firmino direhatkan dengan Solanke, Adam Lallana dan Klavan diturunkan. Liverpool memulakan perlawanan dengan agak perlahan, dengan hantaran hantaran kurang kemas dan hampir memberi ruang kepada Arfield melepaskan rembatan ke gol namun rembatannya tinggi […]

Teka Skor & Penjaring Pertama : Burnley FC vs Liverpool FC

Hadiah merupakan tajaan daripada G8 Store ( Gedung Jersi Anda ). SYARAT SYARAT PENYERTAAN Hanya dibenarkan MENEKA SKOR dan PENJARING PERTAMA mengikut format yang diberikan. Format lain tidak dibenarkan dan berkemungkinan besar penyertaan anda tidak lengkap selepas itu. Begitu juga dengan perkataan yang tidak sesuai digunakan dan bersifat “troll”. Cth : Burnley 0 Liverpool 1 […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: