Media : Inside Training – Bersama Takumi Minamino Di Hari Pertama Di Melwood

Pemain baru itu menjalani latihan pertama di bawah Klopp dan rakan sepasukan yang baru.  Dimulai dengan sesi perkenalan dengan rakan sepasukan, taklimat serta tepukan semangat sempena hari jadi dan sesi latihan. Saksikan : Malah, Takumi Minamino diminta mengucapkan selamat hari jadi dalam bahasa Jepun. ADMIN Nampak semangat berpasukan itu diterapkan oleh Jurgen Klopp untuk Liverpool.  […]

Jurgen Klopp Sukakan Kelab Ini – Ejen Mark Kosicke

Pengurus Liverpool itu “menutup mulut” khabar angin apabila menandatangani kontrak lanjutan bersama Liverpool baru baru ini.  Dan ejen beliau, Mark Kosicke akhirnya menjelaskan mengapa Klopp menandatangani kontrak lanjutan hingga 2024. Terdapat juga dakwaan dari France bahawa pengurus itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab PSG baru baru ini, namun ejen beliau segera menepis dakwaan itu.  Menurut […]

Tarikh Baru Perlawanan West Ham vs Liverpool – 29 Januari 2020

Ianya diubah pada tarikh tersebut disebabkan komitmen Liverpool dalam Piala Kelab Dunia 2019. Perlawanan tersebut akan diadakan pada Rabu 29 Januari 2020 dengan sepakmula pada jam 7.45 malam waktu tempatan.  Liverpool sebelum ini dijadualkan menentang West Ham di London pada 21 Disember 2019, namun ditunda berikutan ketika itu berlangsungnya Piala Kelab Dunia 2019 di Qatar.  […]

Liverpool Akan Menentang Monterrey Dalam Separuh Akhir Piala Kelab Dunia 2019

Pasukan dari Mexico itu menewaskan Al Sadd 3 – 2 dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu di Qatar.  Mereka akan menentang Liverpool dalam separuh akhir kedua di Khalifa International Stadium pada Rabu 18 Disember 2019. Pada perlawanan sebelum itu, gol tunggal dari Bafetimbi Gomis sudah cukup untuk Al Hilal menewaskan ES Tunis, sekaligus mengesahkan tempat ke […]

Jurgen Klopp Jelaskan Kualiti Teknikal Yang Perlu Ditambahbaik Oleh Harry Wilson

Pemain muda itu kini dipinjamkan ke Bournemouth untuk tempoh semusim. Dan Klopp memberikan pendapat mengenai prestasi Harry Wilson yang kini menjaringkan 6 gol musim ini, dengan ketinggalan 1 gol di belakang Mo Salah dan Harry Kane.  Harry Wilson tidak dibenarkan bermain menentang kelab asalnya menerusi perjanjian pinjaman dan Klopp lega skuad beliau tidak berhadapan dengan […]

Robbo Mempunyai Nama Baru Untuk Origi

Pemain Beligium itu menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool mencatatkan kemenangan besar 5-2 pagi tadi.  Pemain pertahanan kiri Liverpool tersebut memberikan pujian kepada Lord Origi yang bermain sangat bagus dalam kemenangan keatas musuh setempat, Everton.   Origi adalah salah satu pemain yang dirombak oleh Jurgen Klopp dalam perlawanan pagi tadi selain Shaqiri dan Lallana. Walaubagaimanapun, keputusan […]

Saya Tidak Berminat Untuk Mengetahui Rekod Baru, Kami Harus Teruskan Kemenangan – Jurgen Klopp

Kemenangan ke atas Everton mencatatkan Klopp untuk rekod terpantas pengurus Liverpool untuk 100 kemenangan namun beliau hanya berminat untuk mengakhiri penantian 30 tahun kejuaraan liga.  Kemenangan Liverpool 5 – 2 ke atas Everton merupakan rekod baru untuk Klopp selain daripada 100 kemenangan – iaitu 32 perlawanan tanpa tewas dalam kancah liga.  Klopp mencatatkan 100 kemenangan […]

Saya Berterima Kasih Kepada Liverpool FC – Alisson Becker

Penjaga gol Brazil ini meraih Anugerah Yachine yang mengiktiraf penjaga gol terbaik di dunia buat masa sekarang oleh majalah France Football.  Penjaga gol itu merupakan antara watak penting dalam kejuaraan UCL yang dimenangi Liverpool musim lepas, selain membantu kelab untuk menduduki tempat kedua liga dengan 97 mata.  Alisson bermain dalam setiap perlawanan Copa America tahun […]

Jurulatih Egypt Mahu Membawa Mo Salah Ke Sukan Olimpik Tahun Hadapan

Beliau mahu pemain Liverpool itu menjadi sebahagian daripada skuad yang terdiri dari pemain Bawah 23 Tahun ke Sukan Olimpik di Tokyo.  Kejohanan itu dijangka akan bermula pada 24 Julai 2020 dengan undang undang Olimpik yang terpakai ketika ini adalah skuad bolasepak yang berjaya layak boleh menyenaraikan 3 pemain yang melepasi had umur 23 tahun.  Bercakap […]

Fabinho Menolak Tawaran Man United, Man City Dan PSG Sebelum Menyertai Liverpool FC

Perbincangan dengan Jurgen Klopp yang memberikan beliau “cabaran” di Anfield mendorong untuk beliau meninggalkan Monaco dan menyertai Liverpool.  Dan nilai beliau sekarang adalah lebih daripada jumlah £39 juta yang dibayar oleh Liverpool untuk mendapatkan khidmat beliau dari Monaco.  Sebelum itu beberapa kelab berminat untuk mendapatkan khidmat beliau setelah membantu Monaco menjuarai kejuaraan liga pada 2017. […]

Gini Wijnaldum Meledak Hatrik Dalam Penampilan Antarabangsa Bersama Netherlands

Skuad Oranje mengakhiri kempen kelayakan Euro 2020 dengan membelasah Estonia 5 – 0. Ketiadaan Virgil Van Dijk membuatkan Netherlands melantik Gini Wijnaldum menjadi kapten dengan pemain tengah Liverpool itu menjaringkan gol pertama, kedua dan keempat untuk negaranya.  Alisson Becker dan Fabinho bermain selama 90 minit penuh ketika menentang Korea Selatan di Abu Dhabi, dengan menyaksikan […]

error: Content is protected !!