Media : Reaksi Sadio Mane Ketika Jaringan Curtis Jones

Pemain sayap Liverpool ketika itu sedang menjalani sesi memanaskan badan di tepi padang.  Dan lihat reaksi pemain itu setelah Curtis Jones menjaringkan gol.  Namun beliau tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Everton pada Ahad lepas.  ADMIN Agak pendek tetapi reaksi spontan Mane ketika rakan sepasukan menjaringkan gol amatlah menghiburkan. YNWA.  Sumber : Youtube

Curtis Jones Mengakui Mahukan Lebih Minit Permainan Bersama Liverpool Selepas Ini

Jaringan tunggal beliau memastikan Liverpool melayakkan diri ke Pusingan Keempat menewaskan Everton.  Dan Curtis Jones selepas ini mahukan lebih minit permainan selepas memperagakan persembahan terbaiknya setakat ini dalam kesebelasan utama Liverpool.  Pemain itu baru berusia 18 tahun dan 340 hari, menjadi antara pemain termuda yang menjaringkan gol dalam perlawanan derbi ini sejak Robbie Fowler pada […]

Kami Tidak Dapat Bermain Dengan Baik Selalu, Namun Kami Akan Berjuang Dulu – Klopp

Klopp melakukan perubahan kesebelasan utama dalam aksi Merseyside Derby menentang Everton semalam.  Namun Klopp percaya kemenangan ke atas Everton itu memberikan makna tersendiri untuk menjadi pemain dan juga penyokong juara Eropah dan dunia buat masa sekarang. Dan beliau tidak dapat menahan sabar untuk membidas kembali kritikan yang dilemparkan terhadap barisan kesebelasan utama oleh peminat semalam.  […]

Media : Highlight Perlawanan Liverpool 1 Everton 0 ( FA Cup 2019 2020 )

Jaringan tunggal Curtis Jones memastikan Liverpool menumpaskan seteru setempat Everton dan mara ke pusingan seterusnya.  Namun begitu Liverpool dipaksa bekerja keras menahan asakan awal dari Everton hinggalah menguasai perlawanan pada separuh masa kedua. Saksikan : ADMIN Persembahan yang amat membanggakan dari pasukan Liverpool terutama pemain pemain muda. YNWA. Sumber : Stadium Astro 

Pemilik Liverpool Membuat Keputusan Tepat Mendapatkan Klopp – Carlo Ancelotti

Pengurus Everton itu mendakwa beliau merupakan salah seorang calon untuk jawatan pengurus pada 2015, namun beliau tidak kisah gagal mendapatkan jawatan tersebut.  Dan Carlo Ancelotti menyatakan pemilik kelab telah melakukan keputusan yang tepat untuk mendapatkan khidmat Jurgen Klopp sebagai pengurus 4 tahun setengah lepas.  Ancelotti bakal berhadapan dengan Klopp buat pertama kalinya sebagai pengurus Everton.  […]

Perkembangan Terkini Kecergasan Naby Keita, Fabinho, Lovren Dan Beberapa Pemain Lain

Naby Keita akan menjalani pemeriksaan lanjutan hari ini berikutan kecederaan pangkal paha yang dialaminya pada Khamis lepas.  Pemain tengah itu mengalami kecederaan ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Sheffield United dan Klopp mengesahkan beliau akan terlepas perlawanan Piala FA menentang Everton esok.  Menurut Klopp menerusi sidang media : “Kami tidak boleh berkata apa apa […]

Jurgen Klopp Belum Melakukan Keputusan Samada Minamino Akan Diturunkan

Beliau tidak pasti samada pemain dari Jepun itu akan melakukan penampilan pertama dalam aksi FA Cup menentang Everton.  Pemain itu menjalani latihan bersama rakan rakan sepasukan pada awal minggu ini setelah melengkapkan perpindahannya dari RB Salzburg bulan lepas.  Menurut Klopp menerusi sidang media : “Saya berpendapat ianya seperti situasi Van Dijk ketika tiba di sini, […]

error: Content is protected !!