Danny Ings Disokong Oleh Klopp Untuk Menjaringkan Banyak Gol Pada Masa Akan Datang

Penyerang Reds tersebut mengakhiri kemarau gol ketika jaringannya yang pertama pada musim ketika menentang West Bromwich Albion. Danny Ings disokong untuk terus menjaringkan gol secara berterusan selepas ini setelah mengakhiri kemarau jaringannya. Ings membuka jaringan untuk Liverpool ketika seri 2-2 menentang West Bromwich Albion pada hujung miggu lalu, jaringan tersebut juga adalah yang pertama sejak Oktober 2015. Mengalami kecederaan lutut yang serius  membuatkan pemain berusia 25 tahun tersebut 931 hari tanpa gol untuk pasukan utama. Klopp berkata : “Dia sememangnya seorang pemain yang baik. Dia sayangkan kumpulannya, dia sayangkan kelab…

Read More

Jurgen Klopp : “Ambil Trofi Itu Dan Pulang Dengan Segera, Kita Akan Bermain Pada Selasa!”

Jurgen Klopp sempat berseloroh selepas mengucapkan tahniah kepada pemainnya, Mohamad Salah. Mo Salah telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Musim 2017 2018 oleh PFA setelah mendapat undian tertinggi dari 92 kelab yang mendaftar menjadi ahli PFA. Beliau menewaskan beberapa pesaing terdekat seperti Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan Harry Kane untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik setelah kali terakhir pemain Liverpool dinobatkan dengan anugerah itu pada 2013 2014 iaitu Luis Suarez. Dan berikut adalah transkrip ucapan penghargaan oleh Klopp selepas Mo Salah menerima anugerah tersebut. “Ianya agak janggal dalam bolasepak di mana…

Read More

Mo Salah Memenangi Anugerah PFA Player Of The Year Untuk 2017 2018

Pemain sayap Liverpool ini dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij ini di atas permulaan musim beliau yang cemerlang di Liverpool. Anugerah ini telah diiktiraf kepada beliau melalui ahli PFA dari 92 kelab Liga Perdana dan liga di bawahnya dalam satu majlis yang diadakan di London pada Ahad. 41 jaringan daripada 46 perlawanan yang disertainya bersama Liverpool telah membantu beliau untuk meraih anugerah tersebut, sekaligus menewaskan pesaing terdekat seperti Kevin De Bruyne, David Silva, Leroy Sane, David De Gea dan juga Harry Kane. Bercakap selepas meraih anugerah tersebut, Salah berkata : “Saya…

Read More

Jurgen Klopp Menuding Jari Kepada Pengadil Dan Permukaan Padang Selepas Perlawanan Ke Atas WBA

Beliau marah selepas Liverpool dipaksa untuk seri walaupun mendahului 2 gol pada satu ketika. Dan Klopp melepaskan amarah itu kepada pengadil perlawanan Stuart Attwell dan juga keadaan padang di The Hawthorns. Pada awal perlawanan, jaringan daripada Danny Ings dan juga Mo Salah meletakkan Liverpool seakan akan kukuh di Top 4 sehingga pada 11 minit terakhir di mana Jack Livermore dan Salomon Rondon masing masing menyumbang gol berpunca dari situasi bola mati. Dan Klopp tidak menyatakan kegembiraan mengenai mutu pengadilan ketika perlawanan tersebut dengan gagal memberikan sepakan penalti ketika Danny Ings…

Read More

Salomon Rondon Hancurkan Harapan Liverpool Kutip 3 Mata di The Hawthorns

Walaupun pada satu ketika Liverpool selesa mendahului dengan 2 – 0 menerusi jaringan Ings dan Mo Salah. Jurgen Klopp melakukan perubahan drastik apabila meletakkan Ragnar Klavan, Joe Gomez dan Alberto Moreno sementara di bahagian serangan Danny Ings menggantikan Roberto Firmino. Liverpool tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan apabila kombinasi permainan antara Mane dan Wijnaldum membolehkan Ings meledakkan gol awal menerusi satu rembatan leret jarak dekat untuk memberikan Ings gol pertama beliau sejak kali terakhir berbuat demikian pada 2015. Gol itu membangkitkan semangat WBA apabila mula mencari ruang menjaringkan gol…

Read More

West Bromwich Albion vs Liverpool FC : Info Perlawanan Petang Ini

Liverpool akan ke The Hawthorns hari ini untuk menghadapi saingan liga sebelum kembali ke kancah pertandingan Eropah minggu hadapan. SEPAKMULA Waktu di UK, jam 12.30 tengahari. Manakala di Malaysia, 7.30 malam. TONTONAN Penyokong lawan di WBA memaklumkan tiket sudah habis terjual. Namun siaran langsung di UK dapat diikuti menerusi Sky Sports Premier League. Siaran langsung di Malaysia, Astro Supersport 816 / 834 HD. Kami tidak menyediakan link live streaming dan live FB tetapi jika ada, kami akan kongsikan. PENGADIL PERLAWANAN Stuart Attwell. Beliau akan dibantu oleh Jon Moss. PEMAIN TUMPUAN…

Read More

Jurgen Klopp Bersedia Untuk Menurunkan Mo Salah Ketika Menentang WBA Hari Ini

Salah berada dalam kedudukan terbaik untuk memenangi Kasut Emas musim ini. Dan Jurgen Klopp tidak teragak agak untuk menurunkan Mo Salah pada perlawanan hari ini walaupun Liverpool bakal menghadapi ujian getir menentang Roma pada minggu hadapan. Beliau menolak kemungkinan akan merehatkan pemain utamanya dalam perlawanan ini untuk memberi tumpuan dalam perlawanan UCL pada minggu hadapan. Nathaniel Clyne masih tersisih akibat kecederaan namun dua pemain pertahanan lain iaitu Dejan Lovren dan Joe Gomez dilaporkan sudah pulih dari kecederaan. Salah yang telah menjaringkan gol ke 40 beliau dalam aksi menentang Bournemouth minggu…

Read More

Jurgen Klopp Mendedahkan Pelan Persaraan Beliau Dan Mengenai Bayern Munich

Klopp berhasrat untuk menghormati kontraknya bersama Liverpool walaupun terdapat khabar angin beliau akan kembali ke Bundesliga. Dan beliau juga telah berjanji dengan keluarganya untuk meninggalkan karier bolasepak selama setahun apabila tiba masanya meninggalkan Liverpool kelak. Beliau yang mempunyai kontrak bersama Liverpool hingga tahun 2022, menyatakan bahawa beliau akan bersara “lebih awal dari persaraan biasa seorang jurulatih”. Klopp yang berumur 50 tahun pada tahun ini tidak akan mengikuti jejak langkah seorang jurulatih Germany, Jupp Hyneckes yang masih aktif dalam bidang kejurulatihan walaupun menjangkau usia 72 tahun. Bercakap menerusi Sky Germany, Klopp…

Read More

Kenny Daglish Memuji Peningkatan Prestasi Andrew Robertson

Beliau telah menanti peluang untuk diturunkan sebelum ini dan menggunakan peluang itu sebaiknya. Robertson telah diturunkan dalam 22 daripada 27 perlawanan Liverpool dalam separuh musim kedua EPL ini sekaligus kelab itu telah mencatatkan peningkatan dengan layak ke Separuh Akhir UCL dan kedudukan yang kukuh untuk Top 4 musim ini. Pemain antarabangsa Scotland itu merupakan salah satu nama yang sentiasa meniti di bibir peminat Liverpool buat masa sekarang dan mendapat perhatian lagenda bolasepak Liverpool, Kenny Daglish. Menurut Daglish : “Andy berada dalam prestasi terbaik sejak ketibaan beliau di sini. Saya yakin…

Read More

Alex Oxlade Chamberlain Menyukai Setiap Hari Kehidupan Beliau Di Liverpool

Beliau sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Anfield. Dan beliau sedang mengintai peluang untuk membantu Liverpool ke perlawanan akhir UCL selepas ini. Sebelum ini, beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di Anfield selepas berpindah dari Arsenal namun beberapa minggu lepas persembahan beliau berada dalam prestasi terbaik buat masa sekarang. Pemain tengah itu menjaringkan salah satu gol penting ketika pertemuan ke atas Man City dalam kancah UCL, dan seterusnya mempersembahkan lagi aksi terbaik ketika menentang Bournemouth minggu lepas. Dan beliau mahu memfokuskan fikirannya untuk bermain dalam kesebelasan utama ketika menentang Roma…

Read More

Adam Lallana Berlepas Ke Afrika Selatan Untuk Rawatan Lanjut Kecederaan Beliau

Pemain berusia 29 tahun ini akan menerima rawatan di Sport Science Institute, Cape Town. Ianya merupakan rawatan daripada pakar perubatan di sana untuk pemulihan mengenai kecederaan hamstringnya untuk harapan terakhir menyertai skuad England ke Piala Dunia 2018. Lokasi itu dipilih oleh pakar perubatan kelab di mana ianya boleh membantu pemulihan kecergasan Adam Lallana. Setakat ini, Adam Lallana hanya bermain 3 perlawanan dan 10 sebagai pemain gantian pada musim ini serta hanya bermain pada akhir November disebabkan kecederaan otot paha. Dan pemain ini telah menerima beberapa kecederaan susulan selepas itu, dan…

Read More

Presiden Roma : Liverpool “Tiada Peluang” Untuk Mendapatkan Allison

Kelab dari Itali itu tidak berminat untuk melepaskan penjaga gol dari Brazil pada musim panas ini. Presiden kelab tersebut, James Palotta menyatakan kelab Serie A itu tidak berminat untuk menjual aset penting kelab itu. Allisom telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sepanjang musim ini – kelab yang akan ditentang oleh Roma dalam aksi Separuh Akhir UCL minggu hadapan. Persembahan cemerlangnya bersama kelab terutama di Eropah telah menarik minat beberapa kelab untuk mendapatkan khidmatnya. Roma tidak melepaskan gol dalam siri perlawanan di UCL di Stadio Olimpico menentang Atletico Madrid, Chelsea, Qarabaq,…

Read More