Jurgen Klopp Bercakap Mengenai Taktik Dan Tekanan Di Liverpool

Beliau lebih suka situasi yang mudah ketika menentukan formasi buat Liverpool. Formasi 4 2 3 1 adalah salah satu sistem yang telah digunakan Jurgen Klopp dalam musim ini, namun beliau menegaskan bahawa perkara itu bukanlah sesuatu yang baru dalam pengurusan beliau. Selain itu, pergerakan pemain yang disokong oleh kombinasi permainan yang diperkenalkan Klopp juga menjadi […]

Steven Gerrard Bercakap Mengenai Insiden “Tergelincir” Semasa Menentang Chelsea Pada 2013 2014

Kesilapan beliau ketika itu dihukum serta merta oleh Demba Ba yang menjaringkan gol untuk hampir meranapkan impian Liverpool terhadap kejuaraan liga musim itu. Dan beliau menyifatkan insiden itu adalah “”nasib malang yang amat mengecewakan”. Setelah gol yanh dijaringkan Demba Ba, Willian menambah lagi gol kedua pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk menamatkan rekod 11 […]

John Aldridge : Tidak Menghairankan Jika Liverpool Membida Dua Pemain Fulham Ini

Fulham berkemungkinan sedang bergelut dengan prestasi pasukan namun beberapa pemain mungkin menarik minat Liverpool FC. Alexander Mitrovic dan Ryan Sessegnon bukanlah di kalangan pemain yang teruk di dalam skuad Fulham sekarang. Mereka mempunyai 3 peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan tidak pasti mengapa pasukan itu sekarang bergelut dengan prestasi di tangga terbawah liga. Andy Robertson […]

FA Buka Siasatan Mengenai Pertaruhan Oleh Daniel Sturridge

Penyerang Liverpool ini berhadapan tuduhan salahlaku dalam bolasepak. FA England sedang melakukan siasatan mengenai pertaruhan terhadap Daniel Sturridge yang dipinjamkan ke WBA pada Januari lepas. Beliau didakwa melakukan salahlaku mengenai pertaruhan itu dan akan memberi keterangan balas sehingga 20 November ini. Sturridge sebelum ini telah mengakui bahawa beliau “tidak pernah bertaruh dalam bolasepak” namun masih […]

Jurgen Klopp : “Liverpool Hanya Bernasib Baik, Namun Layak Memenangi Perlawanan Ini”

Pengurus Liverpool itu menyatakan Liverpool terselamat dari mimpi ngeri apabila jaringan Fulham dibatalkan kerana ofsaid. Namun begitu ia hanya mencetuskan gol dari Mo Salah dan Xherdan Shaqiri selepas itu yang memberikan Liverpool 3 mata penuh di Anfield semalam. Sebelum itu, Alexander Mitrovic menanduk masuk gol untuk Fulham dan dibatalkan akibat ofsaid terlebih dahulu, sebelum 14 […]

Media : Highlight Perlawanan Liverpool vs Fulham

Gol masing masing dari Mo Salah dan Xherdan Shaqiri memastikan The Reds tidak bermasalah untuk mengutip 3 mata penuh di Anfield semalam dan kembali ke landasan kemenangan. Saksikan : ADMIN Kemenangan yang bermakna untuk mengekalkan Liverpool di kelompok atasan Liga Perdana Inggeris ketika ini. YNWA. Sumber : Stadium Astro

Hanya 14 Saat Sahaja Diperlukan …….

Mo Salah kembali menemui sentuhan beliau dan Shaqiri menambah gol untuk memberikan 3 mata penuh. Hanya 14 saat sahaja diperlukan buat The Reds yang dilihat bakal ketinggalan gol untuk kembali mencabar kedudukan takhta EPL untuk minggu ini. Fulham dilihat ketika itu sedang meraikan gol ofsaid Alexandr Mitrovic, namun Virgil Van Dijk yang sedar akan pembatalan […]

Liverpool FC vs Fulham : Info Perlawanan Ringkas Malam Ini

Previu ringkas mengenai perlawanan EPL pada hari ini. The Reds mahu memberikan reaksi positif berikutan kekalahan ke atas Red Star Belgrade pada awal pagi Rabu lepas. Skuad Jurgen Klopp belum lagi tewas dalam kempen liga musim ini dan mahu mengekalkan rekod tanpa kalah itu selama yang mungkin dengan melayani Fulham hari ini. Berikut adalah beberapa […]

Penyokong Liverpool Bakal Memberikan Tumpuan Terhadap Perlawanan Man United Dan Everton

Pasukan kelompok teratas EPL akan turun beraksi pada hari ini dengan tiga pasukan mahu melebarkan rekod tanpa kalah mereka. Dua minggu lepas Liverpool melayan kunjungan Cardiff City di Anfield. Ianya perlawanan yang ditunggu oleh peminat Liverpool setelah mengalami jadual yang agak padat sebelum cuti perlawanan antarabangsa pada Oktober. Hanya memenangi sebahagian perlawanan dengan menentang pasukan […]

Nice Mahukan Khidmat Simon Mignolet Januari Ini?

Penjaga gol dari Belgium ini hanya memanaskan bangku simpanan sejak ketibaan Alisson dari Roma. Menurut akhbar Belgium Het Belang Van Limburg, beliau mungkin menjadi perhatian pengendali Nice, Patrick Vieira di mana belum lagi melakukan penampilan bersama Liverpool dalam aksi EPL dan juga UCL. Akhbar itu juga mendakwa Patrick Vieira tidak gembira dengan dua penjaga gol […]

Naby Keita Dan Jordan Henderson Sedia Untuk Diturunkan Minggu Ini

Barisan tengah Liverpool bakal kembali kukuh menjelang perlawanan menentang Fulham Ahad ini. Dan Naby Keita dilaporkan telah cergas sepenuhnya, setelah diturunkan ketika prestasi terbaiknya pertama kali dalam perlawanan pembukaan EPL menentang West Ham United – dan selepas itu merudum dan ditimpa kecederaan. Pemain tengah ini telah mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa – dan kali terakhir […]

Analisa Statistik : Red Star Belgrade vs Liverpool FC

Bagaimana sebuah pasukan yang memenangi perlawanan dengan jumlah yang besar di halaman sendiri, tumbang dengan lawan yang sama di gelanggang mereka? Berikut adalah statistik ringkas kedua dua pasukan selepas berakhirnya perlawanan. Jika dirujuk kepada statistik ringkas ini, adalah cukup menghairankan mengapa Liverpool tumpas dalam perlawanan ini dengan 2 gol margin sedangkan mereka dilihat menguasai perlawanan […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: