Virgil Van Dijk Bangkit Untuk Mempertahankan Mo Salah

Pemain Mesir ini mengalami tempoh kemarau gol yang agak panjang dalam kariernya di Anfield. Dan pemain antarabangsa Belanda itu mendedahkan beliau dan rakan sepasukan sering memberi dorongan kepada Mo Salah untuk kembali ke prestasi sebenar beliau. Ketika ini beliau gagal menjaringkan gol dalam 7 perlawanan terakhir Liverpool, namun berjaya menjaringkan 20 gol musim ini dalam […]

Fakta Perlawanan : Liverpool vs Burnley

Andy Robertson akan mencatatkan sesuatu jika beliau diturunkan pada perlawanan malam ini. Pemain antarabangsa Scotland itu akan melakukan 50 penampilan bersama Liverpool jika diturunkan hari ini, dan esok merupakan hari jadinya ke 25 tahun. Hanya 3 pemain Scotland yang berjaya mencatatkan penampilan melebihi 50 dalam era Liga Perdana Inggeris sejak 1992; iaitu Dominic Matteo (127), […]

Jurgen Klopp Berazam Membantu Mo Salah Kembali Ke Prestasi Sebenar

Beliau dikeluarkan dalam masa 11 minit sebelum waktu tamat perlawanan tamat di Old Trafford. Dan Klopp berazam mahu membantu Mo Salah kembali ke prestasi sebenar setelah mempamerkan prestasi di bawah paras sebenar di Old Trafford. Sebelum itu juga, Mo Salah mempamerkan prestasi yang kurang meyakinkan ketika perlawanan menentang Bayern Munich dalam kancah UCL dan hanya […]

Highlight Perlawanan : Man United vs Liverpool

Kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan meskipun Liverpool mendominasi perlawanan. Namun terdapat beberapa peluang yang dijelmakan oleh kedua dua pasukan tetapi ketumpulan barisan serangan dan kekentalan pertahanan menjadi faktor penentu termasuklah kecederaan. Saksikan : ADMIN Kecewa sedikit dengan persembahan Liverpool terutama barisan serangan. Sumber : Youtube

Media : Highlight Perlawanan – Liverpool 3 Bournemouth 0

Sadio Mane, Georginio Wijnaldum dan Mo Salah masing masing menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini. Liverpool seolah olah mendapat kembali nafsu kemenangan mereka apabila serangan bertali arus dilakukan dan percubaan tepat yang memaksa Artur Boruc bekerja keras pada semalam. Saksikan : ADMIN Ianya kemenangan pertama buat Liverpool setelah menerima keputusan seri dalam 2 perlawanan sebelumnya. […]

Liverpool Rampas Kembali Takhta Liga Buat Sementara : Tewaskan Bournemouth 3 – 0

Sadio Mane, Georginio Wijnaldum dan Mo Salah masing masing menjaringkan 1 gol bagi membolehkan kelab itu berada di takhta liga sekurang kurangnya 24 jam sebelum sepakmula Man City – Chelsea. Kali ini Xherdan Shaqiri terpaksa disisihkan buat sementara akibat kecederaan abdomen, sambil meletakkan Trent dan Henderson di bangku simpanan namun menurunkan Wijnaldum kembali. Tetapi Bournemouth […]

Statistik Pertemuan Liverpool – Bournemouth : Mo Salah……

The Egyptian King ini mampu mencatatkan 2 rekod statistik baru jika menjaringkan 2 gol pada perlawanan hari ini. Satu jaringan ke atas Bournemouth akan meletakkan beliau sebaris dengan Luis Suarez pada 2013 2014, dengan menjaringkan 20 gol dalam 2 musim berterusan di pelbagai kejohanan. Jika Salah menjaringkan 2 gol, beliau akan mencatatkan 50 jaringan bersama […]

Media : Skill Mo Salah Ketika Penggambaran Iklan Untuk Pepsi

Beliau mempamerkan ketajaman tendangan beliau di sebalik tabir pembikinan iklan tersebut. Menerusi rakaman video, beliau dilihat menyepak bola menerusi gelungan tayar dan juga menyasarkan tin minuman Pepsi di atas gelungan tayar tersebut. Saksikan : ADMIN Wow, bukan kebetulan ni rembatan yang tepat ke arah kedua dua target dalam satu shot. Sumber : Youtube

FA Mesir Tidak Akan Menurunkan MoSalah Untuk Mewakili Mesir Dalam AFCON

Negara Afrika bakal bertemu Nigeria dan Republik Niger dalam dua perlawanan kelayakan Piala Afrika (AFCON) pada Mac nanti. Naib presiden badan bola sepak negara, Ahmed Shobier mengesahkan bahawa bintang Liverpool tidak akan dipanggil untuk bermain dalam perlawanan yang berlangsung pada 22 dan 26 Mac depan. “Mohamed Salah tidak akan bermain dalam perlawanan Nigeria dalam kelayakan […]

West Ham & Polis Membuka Siasatan Mengenai Kecaman “Islamophobia” Terhadap Mo Salah

Polis Metropolitan sedang mengkaji semula kata kata berbau kutukan melampau terhadap Mo Salah ketika perlawanan West Ham – Liverpool. Berdasarkan rakaman video seorang peminat di stadium, jelas terdengar suara seorang peminat yang mengutuk Mo Salah dan agama Islam ketika beliau bersedia mengambil sepakan sudut dalam perlawanan tersebut. Amaran : Jika Anda Tidak Sanggup Mendengar Kata […]

Mo Salah Membuka Kembali Laman Sosialnya

Sebelum ini beliau mengejutkan ramai peminat dengan menutup laman sosial Twitter dan Instagram beliau. Dan laman sosial beliau telah diaktifkan kembali setelah 2 hari ditutup dengan post terakhir beliau adalah : “Resolusi 2019 : Masa Untuk Menyelesaikan Segala galanya”. Ramai peminat sebelum ini mendakwa beliau menutup laman Twitter dan Instagram beliau atas sebab sering dikecam […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: