Disebabkan Liverpool Tak Berjaya Dapatkan Thomas Muller, Philippe Coutinho Tidak Dijual?

Umum mengetahui bahawa Liverpool memang menolak bidaan daripada Barcelona untuk menjual Philippe Coutinho sejak bidaan pertama dalam perlawanan pra-musim lagi. Jurgen Klopp telah menyatakan dari awal bahawa Philippe Coutinho tidak akan dijual selagi dirinya menjadi pengurus (jika tiada sebarang penggantian). Namun, secara tiba-tiba sebuah akhbar daripada Jerman berani membuka cerita yang tidak diketahui kesahihannya. Menurut akhbar Bild, Liverpool akan menjual Philippe Coutinho jika dapat membawa masuk pemain Bayern Munich, Thomas Muller ke Liverpool. Dan apa yang terjadi sebaliknya. Ketika Liverpool ingin mengetahui dan menanyakan tentang penyerang berusia 27 tahun ini,…

Read More

Statisitk : Dalam 3 Perlawanan Lepas, Bukan Hanya Salah Pertahanan, Serangan Juga Perlu Dipersoalkan

Liverpool tewas dalam perlawanan terakhir menentang Leicester City yang lepas yakni bermakna Liverpool telah terkeluar daripada cabaran dalam Piala Liga atau Piala Carabao pada musim ini. Dalam 3 perlawanan lepas, tidak termasuk perlawanan menentang Man City, Liverpool telah seri 2 perlawanan dan yang terbaru satu kekalahan. Jika diambil garis waktu sejak Mac 2017, ini adalah kali ke-3 Liverpool tewas yang menunjukkan Liverpool hanya ‘beberapa kali’ sahaja tewas daripada momentum musim lepas. Di Liga Perdana Inggeris, Liverpool hanya tewas kepada Man City itupun disebabkan bantuan kad merah yang terus menurunkan moral…

Read More

Philippe Coutinho Tersenarai Dalam 50 Pemain Terbaik FIFA FIF Pro 2017

Philippe Coutinho adalah antara nama yang tersenarai dalam calon FIFA FIF Pro untuk tahun 2017. Ini adalah anugerah untuk memilih pemain terbaik yang akan dimasukkan dalam Kesebelasan Utama Terbaik Dunia bagi tahun 2017. Pemilihan akan berdasarkan undian daripada 24,000 pemain profesional bernaung dengan FIFA yang akan membentuk formasi 4-3-3. Philippe Coutinho termasuk dalam 15 pemain tengah senarai pendek untuk anugerah ini bersama 20 pemain pertahanan, 15 pemain serangan. Keputusan akan dimaklumkan pada 23 Oktober 2017 nanti. Philippe Coutinho menjaringkan 13 gol bagi Liverpool pada musim lepas. Malangnya tiada sebarang kelibat…

Read More

Video : Coutinho vs Burnley | Perlawanan Pertama Beliau Untuk PL 17/18

Selepas pulih dari ‘sakit belakang’, yang membelenggu beliau sejak hari pertama PL 17/18, kini di minggu kelima, Coutinho di namakan dalam kesebelasan utama Liverpool menentang Burnley di Anfield. Penyertaan pertama yang mendapat pertikaian lidah ramai dikalangan peminat Liverpool sendiri, terhadap pro dan kontra aksi persembahan beliau. Setiap pendapat adalah patut, kerana kita berbeza, bagi yang suka akan terus memuji, bagi yang tidak suka, akan terus mengeji. Berlapang dadalah, dan terima dengan hati yang terbuka. 🎥 Jom tengok ! #ynwa #oncearedalwaysared🌹

Read More

Philippe Coutinho Akhirnya Bercakap Mengenai Tawaran Barcelona Kepadanya

Seperti yang diketahui umum, Coutinho telahpun membuat permintaan perpindahan kepada Liverpool, kerana keinginannya untuk mencapai impian dari kecil, bermain dengan Barcelona. Namun, ianya gagal, walaupun tiga bidaan telah dibuat oleh Barcelona untuk bintang Amerika Selatan itu. Dalam tempoh itu, Coutinho tidak sertai skuad utama Liverpool, dengan alasan mengalami ‘sakit belakang’. Dengan itu, membolehkan Coutinho mengelakkan diri dari media. Tetapi, selepas perlawanan menentang Burnley, Coutinho akhirnya mula membuka mulut. Coutinho bercakap kepada ESPN Brazil mengenai Barcelona yang gagal melalui 3 bidaan mereka, dengan memberikan komen berikut, : Apa yang berlaku adalah…

Read More

Benarkah Coutinho Mula Dilupakan Oleh Para ‘Manager’ Di FPL

Kembalinya Coutinho dalam kesebelasan utama Liverpool, kurang mendapat perhatian dari kalangan ‘manager’ di FPL. Mengikut fakta dari FPL sendiri .. SCOUT: Coutinho is handed a first appearance of the season. He’s owned by only 3% of #FPL managers#LIVBUR pic.twitter.com/hMu2I8UhSD — FPL (@OfficialFPL) September 16, 2017 Dan, memetik sebahagian pendapat dari kalangan peminat FPL .. @ElssieEl22 😔😔😔😔 — Athirah_89 (@athirah8929) September 16, 2017 aduhaiii..sharian aku dok pk..nape kta 2 boleh lupa pasal mamat nih — Elssie Robin (@ElssieEl22) September 16, 2017 tu la psal..aku x teringat langsung..hmmm — Athirah_89 (@athirah8929) September…

Read More

Coutinho Mengecewakan Sebahagian Peminat Selepas Aksi Pertama Musim 17/18

Liverpool gagal untuk memenangi perlawanan ketiga berturut-turut pada hari Sabtu, selepas seri 1-1 dengan Burnley di Anfield. The Reds benar-benar memerlukan kemenangan untuk mengejar pasukan di bahagian atas carta Liga Perdana Inggeris, tetapi menghadapi pertahanan Burnley teramat sukar untuk Liverpool mendapatkan tiga mata. Keputusan yang menyedihkan datang berturut-turut selepas kekalahan 5-0 kepada Manchester City minggu lepas, dan seri 2-2 dengan Sevilla di Liga Juara UEFA pada hari Rabu. Selepas penampilan sulung di perlawanan Sevilla, Philippe Coutinho diberi peluang untuk bersinar semula oleh Jurgen Klopp, tetapi gagal untuk mengatasi penjaga gol…

Read More

“Kaki saya kejang, elok berhenti.” – Coutinho

Klopp tentang mengapa beliau terpaksa keluarkan Coutinho .. Terang Klopp, Coutinho memerlukan rentak beliau semula. Setelah sudah lama tidak beraksi bersama pasukan utama Liverpool, Coutinho perlu untuk mencari rentak permainannya semula. Kata Klopp lagi, sedikit menjadi keliru pada awalnya beliau tidak mahu untuk menggantikan Coutinho, tapi apabila Klopp bertanyakan kepada Coutinho, dia menunjukkan isyarat ibu jari ‘ok’ 👍. Dan ketika skuad mendapat minuman, Coutinho telah berkata kepadanya, kakinya kejang, mungkin lebih baik untuk berhenti. Kerana itulah, Klopp terpaksa menggantikan beliau. Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds Sumber : Liverpool FC…

Read More

Philippe Coutinho Tidak Dibenarkan Ditemuramah Semasa Perlawanan Sevilla

Kali terakhir Philippe Coutinho bercakap dengan wakil media adalah ketika perlawanan pra-musim baru-baru ini, sekitar sebulan yang lepas. Bermulalah tawaran Barcelona yang pertama sekitar 75 juta pounds, bermula juga sakit belakang “misteri” Coutinho. Selepas itu, hadirnya “Transfer Request” melalui emel diberikan oleh Coutinho (dipercayai oleh agennya) kepada Liverpool. Dan Coutinho masih membisu. Melapor diri ke Brazil, beberapa individu menjadi “jurucakap” tidak rasmi untuk Coutinho. Didalangi berita tidak munasabah juga daripada Sepanyol mengeruhkan lagi keadaan. Namun, dalam perlawanan Liga Juara Eropah, ketika Liverpool melayani Sevilla lepas, seluruh “wartawan” berpusat daripada Brazil…

Read More

Coutinho Kembali Disambut Meriah Oleh Anfield

Steve Nicol dan beberapa bekas pemain yang lain, terus terperanjat dengan corak permainan para pemain pertahanan Jurgen Klopp, ketika Liverpool memberikan dua gol mudah kepada Sevilla. Berikut adalah 3 pandangan dari keputusan seri 2-2 yang diraih Liverpool di Liga Juara-Juara, yang berlangsung di Anfield. 1. Liverpool gagal memanfaatkan peluang. Assalamualaikum & Good Morning,🌹Mereka yang terperanjat dengan pertahanan Liverpool vs Sevilla, memberikan… https://t.co/xh2tC40te7 — LFC Malaysian Reds (@LMreds) September 14, 2017 2. Liverpool perlu mencari kembali keseimbangan sebagai sebuah pasukan. Liverpool perlu mencari kembali keseimbangan sebagai sebuah pasukan. Klik :… https://t.co/o9UhZoPMv4…

Read More

Coutinho ‘Sihat’ Untuk Menghadapi Pertembungan Dengan Sevilla

Jürgen Klopp mengesahkan, Philippe Coutinho adalah ‘sihat dan cergas‘ untuk menghadapi perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara yang pertama bagi Liverpool musim ini menentang Sevilla. Tetapi Klopp diam seketika dalam menyampaikan, sama ada pemain antarabangsa Brazil itu akan turut terlibat sama dalam skuadnya untuk menghadapi pemain Eduardo Berizzo di Anfield. Coutinho baru-baru ini kembali ke latihan bersama pasukan pertama selepas terlepas beberapa perlawanan bagi kempen awal musim 17/18, kerana mengalami sakit belakang dan tidak sihat. Apabila ditanya sama ada Coutinho mungkin membantu Liverpool dalam pertembungan dengan Sevilla nanti, Klopp memberitahu pemberita, yang…

Read More

Ekslusif : Saya Bukan Pengurus Ketika Suarez & Sterling Dijual, Tetapi Saya Pengurus Sekarang

Secara peribadinya saya begitu lantang ‘mengkritik’ pengurusan FSG sebelum ini terutama dalam pengurusan kewangan, polisi pembelian pemain, penggunaan Lembaga Perpindahan dan kebanyakannya memberi profit semata-mata. Sudahlah memberi profit, namun, perbelanjaan tidak seperti yang diharapkan pada musim perpindahan. “TRANSFER NET” LIVERPOOL SANGAT RENDAH Jika kita imbau kembali pada pertengahan musim lepas, banyak koresponden Liverpool menyatakan bahawa Liverpool tidak ‘takut’ berbelanja sebanyak 200 juta pounds pada musim ini. Maklumat itu walaupun tidak dinyatakan secaa rasmi, pasti disalurkan oleh wakil-wakil Liverpool yang rasmi ketika itu. Ya, sememangnya kita telah ditipu dengan angka tersebut…

Read More