Disebalik ‘Final’ Liga Juara-Juara Eropah 2005 – Kisah Di Bilik Persalinan

Tamat separuh masa pertama semua pemain menuju ke bilik persalinan dengan muka yang kelat. Ketinggalan 3-0 pasti satu tugas yang berat. Suasana amatlah tegang, Gerrard menyumpah-nyumpah dalam pelat Inggeris nan pekat. Namun biar aku terjemahkan ke Bahasa Melayu versi Kelantan, : Baso sumbak, 3-0 bohh bek tidur ko guano sapa kito keno berat ?!!. Gerrard […]

Rafa Benitez Dedahkan Kenapa Dia Sokong Liverpool Untuk Kejuaraan Liga

Rafa Benitez menaruh sepenuh kepercayaan, dengan yakin Liverpool mempunyai segalanya untuk menamatkan penantian mereka meraih kejuaraan Liga Perdana musim ini. Bekas pengurus Liverpool itu kembali ke Anfield pada hari Rabu, di mana dia menjadi saksi Newcastle dikalahkan dengan keputusan 4-0. The Reds dengan bantuan 4 pemainnya menyumbangkan gol, menjadikan pasukan Jurgen Klopp kini meraih kemenangan […]

Rafael Benitez Yakin Newcastle Boleh Mengalahkan Pendahulu Liga, Liverpool Di ‘Boxing Day’

Rafa Benitez dengan perancangan terbaik beliau, akan memastikan Newcastle United menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, kerana beliau merasakan terlalu awal untuk menggelar Liverpool pencabar kuat kejuaraan liga musim ini. Benitez turut akui yang sememangnya skuad Liverpool sekarang merupakan sebuah pasukan yang paling kuat yang pernah dilihatnya di era Liga Perdana, tetapi beliau yakin Liverpool masih […]

Perkembangan Terkini Menjelang Pertembungan Liverpool FC – Newcastle United

Trent Alexander Arnold dan Naby Keita dilaporkan sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan. Trent yang mengalami kecederaan ketika menentang Napoli hingga menyebabkan beliau tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Wolves dan Manchester United dilaporkan sudah pulih dan menjalani latihan di Melwood. Begitu juga dengan Naby Keita, yang sebelum ini dikeluarkan ketika menentang Wolves turut menjalani latihan […]

Jose Mourinho Sekali Lagi Memandang Rendah Skuad Liverpool FC Sekarang

Beliau membanding beza pasukan Liverpool pada 2005 dengan sekarang yang ketika ini gagal meraih sebarang trofi buat masa kini. Ketika itu Jose Mourinho sedang membimbing pasukan Chelsea dengan berhadapan Liverpool pada Separuh Akhir UCL 2004 2005, di mana ianya dimenangi Liverpool menerusi jaringan “gol hantu” Luis Garcia yang sentiasa diperkatakan Mourinho dari semasa ke semasa. […]

Rafa Benitez Mahukan Khidmat Divock Origi & Dominic Solanke Januari Hadapan?

Dikhabarkan beliau mahu menambah pilihan pemain di bahagian serangan, dengan Newcastle United belum lagi mencatat kemenangan dalam liga musim ini. Dan beliau telah dikhabarkan untuk membawa masuk dua pemain dari bekas kelab yang dibimbingnya bagi menyelamatkan Newcastle United dari kancah kelompok penyingkiran musim ini. Namun begitu beliau hanya dapat membawa masuk kedua dua pemain ini […]

Pepe Reina Dinamakan Penjaga Gol Terbaik Dalam Era Liga Perdana Inggeris

Beliau dinilai menerusi peratusan rekod tanpa bolos yang dimilikinya ketika bersama Liverpool. Kajian daripada Four Four Two Football mendedahkan bahawa daripada 285 perlawanan yang disertai Reina dari 2005 hingga 2013, beliau mencatatkan 134 perlawanan tanpa bolos dengan peratusan 47.02%. Ini membolehkan Reina meraih gelaran Sarung Tangan Emas Liga Perdana selama 3 musim pertamanya bersama Liverpool […]

Djibril Cisse : Kata Kata Stevie G Di Istanbul Kekal Di Minda Saya Hingga Sekarang

Pemain legenda Anfield menyatakan beliau mahu rakan sepasukannya memenangi UCL untuk beliau. Dan Stevie G juga menyatakan kelab itu adalah “segala galanya” buat beliau sebelum kembali dari ketinggalan 3 – 0 untuk menjuarai UCL pada 2005. Ianya didedahkan oleh bekas pemain Djibril Cisse, yang turut sama berada dalam bilik persalinan di pada separuh masa pertama […]

Liverpool FC vs Newcastle United : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Kepulangan Rafa Benitez ke Anfield bersama Newcastle menjadikan perlawanan hari ini lebih hangat daripada biasa. SEPAKMULA Waktu minum petang di UK, jam 5.30.petang. Manakala di Malaysia, 1.30 pagi. TONTONAN Tiket di stadium sudah habis terjual. Namun begitu, peminat di England boleh menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi BT Sports 1. Di Malaysia siaran langsung boleh diikuti […]

Jurgen Klopp Menggesa Anak Buahnya Menghentikan Pemberian “Hadiah” Kepada Rafa

Sebaliknya beliau mahukan pendekatan tanpa belas kasihan ketika pertembungan Liverpool ke atas skuad kendalian Rafa itu pada hari ini. Skuad kendalian Klopp telah gagal menewaskan pasukan bekas pengendali Liverpool sebanyak 2 kali dalam EPL. Pertemuan terakhir adalah pada musim 2015 2016 apabila keputusan berakhir 2 – 2 meskipun satu ketika mendahului selesa 2 – 0, […]

Rafa : Saya Masih Sayangkan Liverpool, Namun Saya Datang Ke Anfield Untuk Menang.

Beliau menegaskan sentimen itu tidak memainkan peranan besar di Anfield pada Sabtu ini. Rafa Benitez menyatakan bagaimana “hubungannya” dengan Liverpool namun menegaskan beliau akan datang bersama Newcastle untuk mencatatkan kemenangan di sana. Beliau merupakan figura popular di sana setelah membawa Liverpool menjuarai Piala FA pada 2006, setelah meraih gelaran kelima UCL bersama Liverpool setahun sebelum […]

Jonjo Shelvey Tidak Sabar Untuk Kembali Ke Anfield Bersama Newcastle

Beliau menyatakan keterujaan untuk kembali ke bekas kelabnya. Sebelum ini Shelvey telah bersama Liverpool dari tahun 2010 – 2013 dengan melakukan 69 penampilan sebelum berhijrah ke Swansea City. Namun begitu kecergasan beliau masih diragui setelah mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan menentang Bournemouth minggu lepas. Tetapi Shelvey berusaha untuk pulih dengan harapan untuk diturunkan menentang skuad […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: