Firmino Puji Salah Disaat ‘King Egypt’ Berada Dalam Dilema Menjelang Pertembungan Dengan Huddersfield

ROBERTO FIRMINO menceritakan hubungannya dengan rakan seperjuangan jentera serangan Liverpool, Mohamed Salah. Liverpool, setakat ini telah membuat permulaan yang baik untuk musim ini, dengan langsung tidak terkalahkan dalam lapan perlawanan pertama kempen Liga Perdana. Meskipun demikian, trio serangan Liverpool, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah masih belum dapat untuk menggegarkan gawang lawan dengan aksi-aksi […]

Peminat Reds Berang Selepas Mendapat Tahu Coutinho Yang Menjadi Dalang Untuk Barca Menandatangani Firmino

Bekas pemain tengah Reds dilaporkan mahu menjalinkan kembali kerjasama hebat beliau dengan Firmino, kali ini bertempat di Sepanyol. Atas sebab itu, para peminat Liverpool mula berasa tidak gembira dengan berita tersebut, yang dilaporkan Coutinho mahu Barcelona menandatangani bekas rakan sepasukannya, Roberto Firmino. Laporan sensasi dari Sepanyol mendedahkan bagaimana Barcelona melihat Firmino sebagai pengganti yang sesuai […]

Kemenangan ‘Superclasico’ Firmino dan Alisson Ditenggelamkan Oleh Kehebatan Harry Wilson

Berikut, beberapa pemain Liverpool yang terlibat dalam tugas antarabangsa mereka untuk negara masing-masing. Jom kita lihat bagaimana perkembangan mereka .. Roberto Firmino dan Alisson telah menjulang piala mereka yang tersendiri, apabila bersama Brazil menjuarai ‘Superclasico Cup’ di King Abdullah Sports City, dengan mengalahkan Argentina 1-0. View this post on Instagram A post shared by Alisson […]

Apa Yang Tidak Kena Pada Jentera Serangan Liverpool Kini ?

Persoalan yang berlegar-legar diminda, boleh dikatakan membelenggu seluruh bangsa Liverpool di Malaysia kini. Setuju ? Soalan : Sesuatu tidak kena pada bahagian serangan Liverpool ? Jawapan : Kita mulakan dengan jawapan yang mudah terlebih dahulu ! Seakannya satu persoalan yang tidak relevan untuk dipersoalkan, yang Liverpool ketandusan gol untuk musim ini, sedangkan dalam masa yang […]

‘Saya Takut Akan Menjadi Buta’ : Firmino

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino mengakui dia takut akan menjadi buta dengan sebelah matanya, selepas mengalami kecederaan ketika menentang Tottenham bulan lepas. Penyerang Brazil itu dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan susulan, namun syukur tidak ada kecederaan serius yang dihadapi beliau. Beliau terpaksa dikeluarkan daripada perlawanan tersebut, tetapi terlebih dahulu telah menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool […]

Klopp Mengkritik Sadio Mane Dan Roberto Firmino Berikutan Kekalahan Ke Atas Napoli

Beliau mengakui kedua dua pemain itu memegang bola terlalu lama dalam perlawanan tersebut. Dan Jurgen Klopp juga mengakui mereka berhak menerima kekalahan ini berikutan persembahan di bawah “par” di Naples awal pagi ini. Kekalahan ini menyebabkan Liverpool turun ke tangga kedua Kumpulan C, dengan berkongsi mata dengan PSG sambil Napoli mengambilalih kedudukan pertama kumpulan dengan […]

Chelsea FC vs Liverpool FC : Info Perlawanan Tengah Malam Ini

Segalanya yang anda perlu tahu mengenai perlawanan “heavyweight” minggu ini. Liverpool mahu mengekalkan rentak kemenangan dalam EPL musim ini setelah berakhirnya rekod tanpa kalah mereka musim ini di tangan lawan yang sama dalam aksi Carabao Cup pertengahan minggu ini. Skuad Jurgen Klopp mencatatkan kemenangan 6 kali dari 6 perlawanan, namun sebarang kekalahan bakal menyaksikan Chelsea […]

Alisson Mendedahkan Peranan Phil Coutinho Dalam Perpindahan Ke Liverpool FC

Bekas pemain Liverpool itu memainkan peranan untuk meyakinkan Alisson bahawa perpindahan ke Anfield adalah sesuatu yang tepat. Penjaga gol nombor 1 Brazil itu mendapat nasihat daripada rakan senegaranya sebelum Piala Dunia 2018 apabila mengetahui Liverpool berminat untuk mendapatkan beliau dari Roma. Coutinho meninggalkan Liverpool untuk menyertai Barcelona pada Januari 2018 dengan nilai £142 juta, namun […]

Media : Dokumentari Ringkas Mengenai Perjalanan Kehidupan Roberto Firmino

Bagaimana beliau keluar dari kemiskinan di Brazil untuk menjejakkan kaki ke salah satu kelab terbaik di dunia. Saksikan domentari ringkas oleh Oh My Goal ini : ADMIN Kesimpulan yang paling mudah untuk Roberto Firmino; “A Perfect Forward”. Nikmat apa lagi yang didustakan lagi untuk beliau sebagai seorang penyerang bolasepak moden? Sumber : Youtube

Liverpool FC vs Southampton ( Liverpool B ) : Info Perlawanan Malam Ini

Liverpool akan turun semula ke Anfield untuk mencari kemenangan ketujuh musim ini. The Reds hampir keciciran mata dalam perlawanan awal pagi Rabu lepas setelah mendahului 2 – 0, sebelum Firmino yang diturunkan dari bangku simpanan menjaringkan gol kemenangan di Anfield menentang PSG. Jika kemenangan dicatatkan malam ini,  Liverpool bakal mencipta rekod baru dalam sejarah 126 […]

Jurgen Klopp : Roberto Firmino dan Daniel Sturridge Boleh Bergandingan Bersama

Kelab itu bersedia untuk mencatatkan kemenangan keenam dari enam perlawanan pada hari ini. Dan beliau tidak mempunyai masalah untuk menggandingkan kedua dua pemain itu jika keadaan memerlukan. Kedua dua pemain telah diturunkan dalam perlawanan menentang PSG dan telah menyumbangkan jaringan gol, dengan Sturridge terlebih dahulu diturunkan. Firmino tidak berlatih sepanjang minggu setelah mengalami kecederaan mata […]

Sadio Mane : “Bobby, Anda Tidak Perlukan Mata Anda Untuk Bermain”

Permintaan Sadio Mane itu berbaloi apabila Roberto Firmino menjaringkan gol kemenangan ke atas PSG di masa kecederaan. Pemain dari Brazil itu pada mulanya diragui untuk diturunkan ketika menentang PSG apabila mengalami kecederaan mata ketika menentang Spurs 3 hari sebelumnya. Namun selepas sedikit galakan daripada Mane, Firmino menyatakan beliau cergas untuk diturunkan pada awal pagi tadi. […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: