El Hadj Diouf : “Saya Menyesal Menyertai Liverpool Dan Sepatutnya Ke Barcelona atau Man United!”

Bekas pemain Liverpool ini tidak teragak agak untuk mengkritik bekas kelabnya yang ditinggalkan pada 2005. Dan beliau menyatakan kekesalannya dengan menyertai Liverpool apabila mendakwa mendapat tawaran dari Barcelona dan Man United sebelum menyertai The Reds. Gerard Houllier membuat keputusan untuk mendapatkan beliau dengan nilai £10 juta pada musim panas 2002, sekaligus mengenepikan Nicolas Anelka yang […]

Sadio Mane Bersetuju Dengan Kontrak Jangka Panjang Di Liverpool

Beliau akan kekal di Anfield sehingga 2023. Dan beliau percaya bahawa beliau telah membuat keputusan yang tepat untuk kekal di kelab dan dijangka akan melengkapkan kontrak lanjutan itu sebelum Tahun Baru. Pada musim panas lepas, perbincangan telah dilakukan untuk kontrak lanjutan beliau setelah Mo Salah dan Roberto Firmino menandatangani kontrak jangka panjang di Liverpool. Namun […]

Sadio Mane Selamat Menjalani Pembedahan Untuk Kecederaannya

Namun begitu The Reds masih belum pasti bilakah beliau akan mula diturunkan. Meskipun pembedahan itu telah dilakukan dengan jayanya, namun Liverpool tidak pasti adalah pemain itu dapat diturunkan ketika menentang Huddersfield hujung minggu ini. Beliau mengalami kecederaan patah ibu jari tangan ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan Senegal menjelang perlawanan menentang Sudan dalam kempen kelayakan […]

Sadio Mane : Real Madrid Adalah Pasukan Yang Hebat, Namun Saya Mahu Fokus Bersama Liverpool Sekarang

Pemain Liverpool ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab La Liga tersebut musim panas ini. Dan beliau menafikan sebarang perpindahan atau perbincangan yang berlaku dan menganggapnya sebagai salah satu khabar angin. Mane merupakan penjaring gol tunggal buat Liverpool ketika kekalahan ke atas Real Madrid dalam kancah Final UCL pada Mei lepas di Kiev. Dan selepas […]

Sadio Mane : “Saya Tidak Meniru Gaya Firmino, Beliau Yang Memaksa Saya Melakukannya!”

Pemain ini diusik oleh peminat Liverpool kerana meraikan jaringan serupa dengan Firmino. Dengan kedua dua pemain ini menjaringkan hampir 50 gol musim ini, terdapat banyak gaya bagaimana mereka berdua meraikan jaringan bersama Liverpool ketika itu. Bersama sama Mo Salah, mereka memperagakan bagaimana tajamnya gandingan mereka bersama Liverpool apabila 91 gol sahaja terhasil oleh mereka bertiga […]

Sadio Mane Bantu Senegal Tewaskan Poland

Pasukan Lions Of Teranga ini memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan apabila menewaskan Poland 2 – 1 dalam aksi Kumpulan H. Sadio Mane dilantik sebagai kapten untuk pasukan Senegal dengan beliau bermain penuh untuk 90 minit. Beliau memainkan peranan penting dalam gol pembukaan Senegal apabila melorongkan bola kepada pemain Everton, Idrissa Gueye yang melakukan […]

Sadio Mane : Saya Gembira Di Liverpool, Namun Impian Saya Adalah Menjulang Kejuaraan UCL

Beliau bercakap mengenai masa depannya di Liverpool dengan pasukan kebangsaan Senegal bersedia menghadapi Piala Dunia 2018. Dan beliau juga menyatakan beliau sangat gembira di Liverpool meskipun sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke ‘pasukan terbaik di dunia’ iaitu Real Madrid. Namun beliau juga tidak menolak untuk mempertimbangkan masa depan beliau di tempat lain di mana impiannya […]

Liverpool Mahu Menawarkan Kontrak Baru Untuk Sadio Mane

Pemain sayap yang menjaringkan hatrik ke atas Porto baru baru ini dilihat sebagai pemain yang penting untuk skuad Liverpool di masa hadapan. Liverpool difahamkan mahu menawarkan kontrak lanjutan dan tambahan kepada pemain ini dengan hasrat untuk mengekalkan barisan serangan sedia ada sekarang. Walaupun Mane bukanlah beraksi dalam tahap sebenarnya beliau musim ini, namun beliau menghasilkan […]

Sadio Mane Pulang Awal Ke Melwood – Dan Menunggu Hasil Pemeriksaan Perubatan Lanjutan

Jurgen Klopp mengharapkan isu kecederaan itu adalah ‘ringan’. Pemain itu dilepaskan oleh pasukan kebangsaan Senegal dan difahamkan Liverpool akan memantau perkembangan kecergasan pemain itu selepas ini. Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pasukan Senegal bahawa Sadio Mane telah kembali ke Melwood lebih awal, setelah mengalami sedikit masalah terhadap ‘kecederaan lama’ beliau semasa kelayakan Piala Dunia […]

Klopp Mempersoalkan Dakwaan Senegal – Menyatakan Sadio Mane Akan Pulih Lebih Cepat

Buat masa sekarang Sadio Mane mengalami kecederaan hamstring dan dijangka mengambil masa 6 minggu untuk pulih. Skuad Lions of Teranga akan menentang Afrika Selatan untuk 2 perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2018, dan Aliou Cisse telah menyenaraikan 25 pemainnya untuk perlawanan itu termasuk Sadio Mane. Cisse telah membuat kenyaan bahawa pemain Liverpool itu dijangka pulih […]

Mane Berkemungkinan Sertai Skuad Senegal

Jurgen Klopp memberitahu tiada perubahan pada situasi kecergasan Sadio Mane. Mane telah tersenarai dalam skuad Senegal untuk kelayakan Piala Dunia November ini, dengan meletakkan spekulasi pemain berumur 25 tahun itu akan kembali dalam masa terdekat. Malah, Klopp dalam sidang media terbaru, telah menyatakan, Mane masih dalam proses pemulihan. Yang jelas Klopp lagi, Mane hanya melakukan […]

Liverpool Tenang Mane Dipanggil Untuk Perlawanan Antarabangsa

Pengurus Senegal, Aliou Cisse mengejutkan seluruh peminat Liverpool, apabila memanggil Sadio Mane untuk sertai dua perlawanan kelayakan bagi Senegal untuk Piala Dunia bulan depan. Walaupun, hakikatnya mengetahui yang pemain itu kini direhatkan akibat masalah kecederaan. The Reds yang menjangkakan Mane terpaksa dikecualikan selama lima minggu lagi selepas mengalami kecederaan ‘hamstring’ minggu lalu. Itupun, beliau perolehi […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: