Sah! Billy Koumetio Melengkapkan Perpindahan Ke Liverpool.

Liverpool melakukan perpindahan pertama dalam Januari ini dengan mendapatkan pemain pertahanan remaja untuk akademi – untuk masa hadapan. Menurut ESPN FC, The Reds melengkapkan perpindahan pemain pertahanan muda dari France ini setelah menjalani “trial” di akademi kelab tersebut. Billy Koumetio menghabiskan masa bersama skuad Liverpool bawah 17 tahun sebelum ini, dengan bersama sama pasukan ke […]

Trent Alexander Arnold Menandatangani Kontrak Lanjutan Di Liverpool

Bekas pemain dari Akademi ini meletakkan masa depannya di kelab untuk jangka masa panjang. Dan beliau menzahirkan rasa gembiranya bersama kelab setelah menandatangani kontrak jangka panjang untuk kelab. “Saya teruja dan sangat berbangga. Saya menghargai segala sokongan dan kepercayaan buat kelab yang membuatkan mereka menawarkan kontrak baru kepada saya”. “Saya sememangnya mahu melanjutkan tempoh saya […]

Siapakah Pemain Muda Ki-Jana Hoever?

Beliau mencipta sejarah menjadi pemain ketiga termuda diturunkan oleh The Reds dalam Piala FA awal pagi tadi. Liverpool bukan sahaja memiliki pemain pertahanan Netherlands, Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan namun memiliki sekali pemain pertahanan remaja Netherland yang meningkat mendadak dari skuad Bawah 18 Tahun ke skuad utama Liverpool sekarang. Pada mulanya beliau diletakkan di […]

Klopp Bawa Masuk Pemain Muda Ki-Jana Hoever Dalam Skuad Utama LFC

Pemain muda Netherlands dari Academy yang baru berumur 16 tahun akan menjalani latihan bersama skuad senior. Jurgen Klopp dilaporkan berpuas hati dengan perkembangan pemain ini setelah dihantar ke Melwood untuk menjalani latihan di sana. Hoever boleh bermain di bek kanan dan tengah, telah dibawa masuk dari Academy setelah Liverpool mengalami krisis kecederaan dengan kehilangan khidmat […]

Trent Alexander Arnold : Saya Mahu Menjadi “One Club Man”

Ianya mengubah impian seorang remaja menjadi realiti; daripada pemain akademi kepada pemain utama pasukan senior, daripada pengalaman UCL kepada pengalaman Piala Dunia. Dan impian Trent Alexander Arnold seterusnya adalah untuk kekal dan berkhidmat di Liverpool selama mana tenaga dan keringat beliau diperlukan. Ditanya mengenai adakah beliau akan mengikuti jejak langkah Jamie Carragher yang melakukan 737 […]

Trent Alexander-Arnold Bersedia Untuk Menentang West Ham

Pemain muda Liverpool tersebut dijangka mudah untuk mendapatkan tempatnya semula walaupun dengan kembalinya Nathaniel Clyne yang telah kelihatan cergas. Pemain muda ini memberitahu Jurgen Klopp bahawa dia bersedia untuk memulakan perlawanan pertama menentang West Ham walaupun berjaya membantu England untuk mencapai ke peringkat separuh akhir. Bintang muda tersebut dijangka kembali ke Melwood pada hari isnin, […]

Klopp : Saya Menyokong Penuh Apa Jua Keputusan Gerrard Namun Dengan Satu Syarat ……

Lagenda Liverpool itu sedang mempertimbangkan tawaran yang dilakukan oleh Rangers buat masa sekarang. Dan Jurgen Klopp menegaskan beliau menyokong penuh apa keputusan Gerrard kelak jika beliau berhasrat menyahut cabaran di kelab Scotland itu. Menurut Klopp : “Saya tidak risau”. “Jika, Steven Gerrard melakukan keputusan untuk ke Rangers, beliau akan sentiasa menjadi lagenda dan sebahagian daripada […]

Steven Gerrard Ditawarkan Jawatan Sebagai Pengurus Di Rangers

Perbincangan sedang berlangsung antara Pengarah Sukan Rangers, Mark Allen dengan wakil Steven Gerrard. Dan Pengerusi Rangers difahamkan berada di tempat duduk penonton ketika perlawanan antara Liverpool dan Roma pada Selasa, dan Gerrard juga berada di Ibrox ketika perlawanan Old Firm antara Rangers dan Celtic Mac lepas. Gerrard harus mempertimbangkan adakah beliau wajar meninggalkan karier kejurulatihan […]

Rhian Brewster Ke London Untuk Mendapatkan Rawatan Pakar

Pemain berusia 17 tahun itu mengalami kecederaan buku lali yang teruk pada minggu lepas. Beliau telah diusung keluar semasa perlawanan di antara Liverpool dengan Manchester City Bawah 23 Tahun dan difahamkan beliau akan ke London untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Difahamkan kelab mahu mendapatkan nasihat khidmat pakar di London mengenai kecederaan tersebut. Pengurus pasukan bawah 18 […]

Pendedahan Trent Alexandre Arnold Mengenai Kekuatan Diri Jurgen Klopp

Beliau menyatakan kemahiran pengurusan pemain adalah kekuatan diri pengurus itu. Pemain muda itu merupakan pemain muda dari yang diserap masuk ke skuad utana dari Akademi Liverpool, melakukan penampilan penuh dalam EPL dan juga UCL musim ini sejak dua musim lepas. Dan beliau mendedahkan kepada This Is Anfield apakah kekuatan sebenar Jurgen Klopp sebagai pengurus. “Beliau […]

Jon Flanagan Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Menyerang

Beliau bakal memberi keterangan di mahkamah selepas ditahan pada awal pagi di pusat bandaraya. Beliau disoal siasat polis semasa ditahan pada 22 Disember 2017, dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyerang individu lain. Insiden itu diterima oleh pihak polis Merseyside apabila menerima panggilan di Duke Street pada jam 3.20 pagi. Beliau dibebaskan dengan jaminan […]

Rhian Brewster Tidak Akan Diturunkan Dalam Aksi Liga Remaja UEFA Minggu Ini

Beliau diberikan cuti oleh kelab di atas penglibatan beliau dalam aksi Piala Dunia Bawah 17 bersama England. Pemain itu tiba di Liverpool semalam dan telah memuatnaik satu ‘tweet’ di media sosial bahawa beliau sudah berada di Chadwell Heath High Road di London, iaitu kawasan kejiranan rumahnya di London. Brewster berhijrah dari Chelsea ke London sejak […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: