Spurs Liverpool : Prediksi Kesebelasan Utama

Liverpool akan ke Wembley pada hari Ahad ini, dan akan bertemu dengan naib juara musim lalu, Spurs. Pada perlawanan terakhir Liverpool menurunkan barisan kesebelasan seperti berikut: Mignolet Trent-Matip-Lovren-Moreno Can-Milner-Wijnaldum Salah-Firmino-Coutinho Namun, dalam perlawanan menentang Spurs, mungkin Jurgen Klopp akan melakukan sedikit perubahan. Ini adalah barisan kemungkinan terbaik untuk waktu ini. PERTAHANAN Joel Matip akan kekal memandangkan ini adalah nama pertama yang diturunkan oleh Jurgen Klopp dalam ‘backfour’ Liverpool. Akan diturunkan walaupun tidak mendapat ‘rehat’ pada perlawanan Eropah. Pasangannya, Dejan Lovren adalah pemain bek tengah yang kedua dan terbaik yang dimiliki…

Read More

Diskusi: Adakah Klopp Terlalu Lewat & Kurang Impak Dalam Pertukaran Pemain

Liverpool hanya mampu seri 0-0 dengan Man Utd dalam pertarungan kelapan bagi kedua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 di Anfield pada kali ini. Pada sekitar minit ke 60, Jose Mourinho telah memasukkan Lingaard dan menggantikan dengan Mkhirtaryan. Manakala Rashford di masukan berselang beberapa minit selepas itu menggantikan Anthony Martial. Jurgen Klopp hanya menunggu pada minit ke 78 dengan melakukan 2 pertukaran sekaligus memasukkan Alex Oxlade Chamberlain dan Daniel Sturridge dan menggantikan dengan Philippe Coutinho dan Mohamed Salah. Perlawanan berbaki 5 minit lagi, Dominic Solanke dimasukkan yang menggantikan Roberto…

Read More

Liverpool Man Utd: Prediksi Barisan Kesebelasan

Liverpool akan melayan Man Utd pada hari ini, petang ini. Tiada sebarang kecederaan panjang yang baru selain daripada Adam Lallana dan Joe Gomez. Cuma, hanya Sadio Mane sahaja yang menerima nasib malang setelah mendapat kecederaan hamstring pada perlawanan antarabangsa lepas. Sadio Mane mungkin terlepas sekitar 6 minggu untuk beraksi dan lebih kurang 7 perlawanan. Ini adalah barisan prediksi yang mungkin diturunkan oleh Jurgen Klopp. BEK & DEFENSIF Joel Matip pasti akan diturunkan memandangkan pemain ini tidak terlibat dalam sebarang aksi perlawanan antarabangsa. Pasangannya, sudah semestinya Dejan Lovren, pasangan yang terbaik…

Read More

Analisa : Bagaimana Prestasi Jurgen Klopp Sejak Menggantikan Brendan Rodgers

Jurgen Klopp mula menggantikan Brendan Rodgers ketika minggu antarabangsa 2 musim yang lepas sebelum ini. Sejak memegang jawatan ini pada Oktober 2015, terdapat beberapa perubahan signifikan yang berjaya dilakukan oleh Jurgen Klopp. Pengurus berkelahiran Jerman ini telah mencapai ulangtahunnya yang kedua ketika memegang Liverpool sejak 8 Oktober 2015 yang lepas. Jurgen Klopp telah melakukan evolusi atau perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya satu revolisi. CORAK PERMAINAN Brendan Rodgers menggunakan counter-pressing ketika mengendalikan Liverpool. Memulakan corak formasi 4-3-3 atau 4-5-1 dalam musim pertamanya. Mengubah kepada 4-5-1 dan 4-4-2 (diamond) pada musim…

Read More

Diskusi : Kritikan Kadang-Kala Tidak Realisitik, Tetapi Jurgen Klopp Perlukan Kejuaraan

Jurgen Klopp telah meraikan ulangtahunnya yang kedua sejak mengambil alih daripada Brendan Rodgers pada 8 Oktober 2015 yang lepas. Ya, ini bermaksud Jurgen Klopp telah 2 tahun mengambilalih. Namun, apa yang perlu diingatkan ianya adalah musim kedua bagi Jurgen Klopp untuk menguruskan Liverpool secara penuh. Musim 2015/16 bolehlah dikira sebagai waktu penyesuaian kepadanya seperti mana Gerard Houllier yang menguruskan Liverpool bersama Roy Evans sebelum ini. Bolehlah anggap ianya sebagai tempoh ‘caretaker’ atau tugas sambilan atau tugas peganti sahaja. RAMALANKU TIDAK BENAR BELAKA Dan setelah ulangtahun Klopp yang kedua, kita akan…

Read More

Newcastle 1 Liverpool 1 : Rating Pemain

Keputusan yang mengecewakan walaupun keputusan seri 1-1 dalam perlawanan ini menentang Newcastle United di tempat lawan dalam perlawanan ketujuh Liga Perdana Inggeris. Namun, jika dihitung kepada deretan percubaan, lambakan peluang dan manipulasi keseluruhan penguasaan bola, ianyanya seumpama satu kekalahan. SIMON MIGNOLET – 6 Tidak pasti mengapa Mignolet tidak berada lebih ‘tinggi’ ketika Matip & Lovren membina ‘high-line’ hampir ke tengah padang. Ya, walaupun Mignolet bukan ‘Sweeper-Keeper’, namun, posisinya harus lebih ke hadapan untuk ‘compact the area’. Tiada apa yang boleh dilakukan dengan rembatan ‘deflection’ tersebut untuk diselamatkan. Menahan beberapa percubaan…

Read More

Newcastle 1 Liverpool 1 : Gol Bolosi, Secara Taktikal Bukan Salah Matip Sepenuhnya

Bertandang ke Stadium St James Park dengan harapan 3 mata tatkala semua pasukan big 6 menenagi perlawanan masing-masing (kecuali Chelsea), di kala perlawanan terakhir bagi minggu, ianya terlalu besar untuk dimetrai dengan 3 mata penting. Jurgen Klopp menurunkan skuad yang mungkin boleh diharapkan atau mungkin idaman peminat dengan meletakkan Daniel Sturridge sebagai penyerang utama setelah seminggu Roberto Firmino dikritik. Hasil masih sama. Dan spesifik, gol yang dijaringkan oleh Newcastle, hampir sama situasinya dengan gol yang dijaringkan oleh Sergio Aguero juga bukan? Untuk pasukan yang menggunakan filosopi ‘counter pressing’ atau gegenpress…

Read More

Newcastle Liverpool : Prediksi Kesebelasan Utama

Liverpool akan bertandang ke Stadium St James Park untuk perlawanan ketujuhnya menentang Newcastle United, dibawah bimbingan Rafa Benitez. Ketika ini Liverpool berada di tangga ke 5 dengan 11 mata manakala Newcastle United di tangga kesembilan dnegan 9 mata. Baca (klik) : Skuad Terakhir Rafa Benitez Di Liverpool, Di Mana Mereka Sekarang Perlawanan terkini, Liverpool menewaskan Leicester City 3-2 manakala Newcastle tewas menentang Brighton 1-0. Ini adalah prediksi kesebelasan Liverpool berhubung kait dengan sidang media pra-perlawanan dan senarai kecederaan terkini. PERTAHANAN Saya memilih kombinasi Gomez-Matip-Lovren-Moreno Joe Gomez akan mengambil posisinya semula…

Read More

Spartak 1 Liverpool 1: Reviu Perlawanan

Liverpool turun ke bumi Rusia dan ke ibu negaranya ,Moscow demi untuk melangsaikan pertarungan kedua Liga Juara Eropah, Kumpulan E. Turun dengan kuartet serangan idaman, Sadio Mane, Mohamed Salah, Roberto Firmino & Philippe Coutinho. Antara reviu penting dalam perlawanan ini. Perlukah Salahkan “Badluck” Setiap Perlawanan? Samada larian cantik, hantaran terakhir tersangkut. Atau hantaran telah dilakukan tandukan atau rembatan tidak tepat. Atau rembatan telah tepat, penjaga gol selamatkan percubaan tersebut. Atau penjaga gol telah outposition, rembatan pula tersasar. Adakah ini yang perlu kita lihat sepanjang musim? Ya, ini adalah kombinasi pertama…

Read More

Spartak Liverpool : Prediksi Barisan Kemungkinan

Liverpool akan bertandang ke Russia untuk perlawanan kedua Kumpulan E, Liga Juara Eropah apabila menentang Spartak Moscow pada awal pagi Rabu nanti waktu Malaysia. Ini adalah prediksi barisan kemungkinan pada perlawanan ini berdasarkan status kecederaan dan sidang media pra-perlawanan sempena perlawanan Liga Juara Eropah. PENJAGA GOL Jurgen Klopp telah menyatakan bahawa Loris Karius akan menjadi penjaga gol utamanya dalam perlawanan Liga Juara Eropah menentang Spartak Moscow. Simon Mignolet masih lagi tidak tampil dalam perlawanan Piala Liga Juara Eropah peringkat kumpulan dan hanya diturunkan dalam 2 perlawanan pra-kelayakan menentang Hoffenheim lepas.…

Read More

Liverpool Leicester City : Barisan Kemungkinan

Liverpool akan menentang pasukan Leicester City sekali lagi setelah tewas dalam perlawanan Piala Carabao di stadium yang sama, Stadium King Power awal pagi Rabu yang lepas. Untuk itu, berdasarkan senarai kecederaan semasa dan apa yang telah dimaklumkan oleh Jurgen Klopp semasa sidang media pra perlawanan, barisan kemungkinan pada awal pagi nanti dipercayai seperti berikut PENJAGA GOL Simon Mignolet akan mengambil balik tempatnya sebagai penjaga gol setelah menyerahkan kepada Danny Ward pada perlawanan menentang Leicester dalam Piala Carabao dan juga Loris Karius dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Burnley lepas.…

Read More